General Certificate of Secondary Education

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

General Certificate of Secondary Education (Bahasa Melayu: Ijazah Umum Pendidikan Menengah) ialah peperiksaan kelayakan pendidikan yang secara umumnya diduduki bersertakan beberapa mata pelajaran oleh pelajar sekolah menengah di England, Wales dan Ireland Utara.

Sebelum pelaksanaan GCSE, pelajar menduduki peperiksaan CSE atau O-Level, atau campuran kedua-duanya, yang merangkumi pelbagai mata pelajaran. Terdapat beberapa lembaga peperiksaan serantau atau badan pengiktirafan yang menggubal peperiksaan masing-masing. Pelajar biasanya mengambil sekurang-kurangnya 5 mata pelajaran GCSE untuk memenuhi perkiraan perolehan 5 gred A*-C, termasuk Bahasa Inggeris dan Matematik. GCSE, BTEC atau kelayakan Tahap 2 lain secara umumnya diperlukan untuk meneruskan pengajian ke Tahap 3 seperti A-level atau diploma selepas umur 16 tahun. GCSE dianggap setaraf dengan kelayakan di negara lain seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Malaysia. Antara kutukan dan kontroversi GCSE ialah ketidakseragaman markah, kekurangan pengambilan mata pelajaran, inflasi markah dan kesilapan pemarkahan.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Trust for London and New Policy Institute. "Education". Londonspovertyprofile.org.uk. Dicapai 14 June 2015.