General Electric CF6

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Diagram keratan melintang enjin CF6-6.
Enjin turbofan CF6 di bengkel enjin milik KLM.

General Electric TF39 dan CF6 adalah enjin dalam keluarga turbofan saluran tinggi. Ia adalah enjin pesawat yang paling popular dan digunakan untuk menjana pesawat berbadan lebar dan jet tentera.

Variasi[sunting | sunting sumber]

TF39[sunting | sunting sumber]

Dibina pada tahun 1960an yang berdaya tujahan antara 191 hingga 205 kN (43,000 - 46,300 lbf). Ia adalah enjin pirau tingga pertama dibina.

CF6-6[sunting | sunting sumber]

Merupakan sebahagian daripada pembangunan enjin TF39 untuk jet tentera. Ia juga menjana pesawat DC-10-10.

CF6-50[sunting | sunting sumber]

Enjin pirau tinggi mejana kuasa tujahan antara 205 ke 240 kN (46,000 hingga 54,000 lbf). Enjin ini kemudiannya diubah suai lalu menghasilkan enjin LM2500, sebuah enjin turboshaft untuk tujuan marin dan industri.

CF6-50 dilancarkan pada tahun 1969 dan digunakan untuk menjana DC-10-30.

Pada akhir 1969, enjin ini dipilih untuk menjadi enjin Airbus A300. Air France menjadi pelanggan pertama yang telah menempah enam pesawat A300 semasa pelancarannya.

Pada tahun 1975, KLM adalah syarikat penerbangan pertama yang menempah Boeing 747 yang dijana oleh enjin CF6-50. Ini kemudiannya membawa kepada pembinaan enjin CF6-80.

CF6-80[sunting | sunting sumber]

CF6-80 adalah enjin pirau tinggi yang menjana daya berjulat 214 kN - 334 kN (48,000 - 75,000 lbf). Pembinaan enjin terdorong selepas kejayaan siri sebelumnya iaitu CF6-50. Walaupun ciri-cirinya hampir sama dengan CF6-50, tetapi komponen-komponen enjin ini tidak boleh digunakan untuk CF6-50. Enjin ini dibahagikan kepada 3 model yang berbeza iaitu:

CF6-80A[sunting | sunting sumber]

Tujahannya antara 214 - 222 kN (48,000 - 50,000 lbf) untuk pesawat enjin kembar: B767 pada tahun 1982 dan A310 pada tahun 1983. Ia mendapat digred sebagai enjin ETOPS

CF6-80C2[sunting | sunting sumber]

Enjin memasuki perkhidmatan pada Oktober 1985 dan menghasilkan tujahan antara 234 - 282 kN (52,500 ke 63,500 lbf). Operasi enjin ini adalah ekonomik dari segi pembakaran minyak.

CF6-80C2 diluluskan untuk dipasang pada 11 pesawat berbadan lebar termasuklah Boeing 747. Ia mendapat kelulusan ETOPS-180 untuk A300 dan 767

CF6-80E[sunting | sunting sumber]

Direka khusus untuk Airbus A330 dengan tujahan antara 300 ke 334 kN (67,500 hingga 75,000 lbf). Siri lain bagi enjin ini ialah LM6000 untuk kegunaan marin dan industri.

Aplikasi[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • GE CF6 website
  • "Volvo Aero CF6-80 webpage". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-06-22. Dicapai pada 2008-10-23. subcontractor
  • NTSB Safety Recommendation on GE CF-6 engines of December 12 2000 PDF 262 KB
  • Stammen, Ken (2001-01-03). "Engine failures cause GE overhaul". The Cincinnati Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-08-22. Dicapai pada 2008-10-23. More than one of |author= dan |last= specified (bantuan)