General Electric LM2500

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
LM2500
USS Ford (FFG-54) Gas Turbine.jpg
Sebuah LM2500 di atas kapal USS Ford (FFG-54)
Jenis Turbin gas
Negara pengeluar Amerika Syarikat
Pengeluar General Electric
Pertama kali diguna 1960-an
Dibangunkan dari General Electric CF6

General Electric LM2500 adalah sebuah turbin gas untuk kegunaan industri dan marin yang dikeluarkan oleh GE Aviation. LM2500 merupakan enjin terbitan General Electric CF6 yang digunakan pada pesawat terbang.

LM2500 boleh didapati dalam 3 versi yang berbeza iaitu:

  • LM2500 yang mampu menjana 33,600 kuasa kuda aci (shp) (25,060 kW) dengan kecekapan termal dengan kadar 37 peratus pada keadaan ISO. Apabila digandingkan dengan sebuah penjana elektrik, ia mampu menjana 24 MW kuasa elektrik pada 60 Hz dengan kecekapan termal di tahap 36 peratus di keadaan ISO.[1]
  • Versi dipertingkat, generasi ke-3, LM2500+ mampu menghasilkan 40,500 shp (30,200 kW) dengan kecekapan termal pada tahap 39 peratus di keadaan ISO. Apabila digandingkan dengan sebuah penjana elektrik, ia mampu menghasilkan 29 MW kuasa elektrik pada 60 Hz dengan kecekapan termal pada kadar 38 peratus di keadaan ISO.[2][3]
  • Generasi terkini iaitu generasi ke-4, LM2500+G4 yang diperkenalkan pada bulan November 2005; mampu menghasilkan 47,370 shp (35,320 kW) dengan kecekapan termal pada tahap 39.3 peratus di keadaan ISO.[4]

Sehingga tahun 2004, Tentera Laut Amerika Syarikat dan sekurang-kurangnya 29 buah tentera laut negara-negara lain menggunakan lebih daripada seribu buah turbin gas LM2500/LM2500+ untuk memacu kuasa kepada kapal perang.[5] Antara kegunaan lain termasuk hidrofoil, hovercraft dan feri laju.

Pada tahun 2012, GE telah membangunkan sebuah versi FPSO untuk memenuhi tuntutan industri minyak dan gas yang memerlukan turbin gas yang lebih ringan dan kompak untuk menghasilkan elektrik dan memacu pemampat untuk menghantar gas asli melalui saluran paip.[6]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pembangunan berkaitan

Senarai berkaitan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "LM2500 Marine Gas Turbine Data Sheet" (PDF). GE Aviation. Diarkibkan daripada asal (PDF) pada 15 September 2012. Dicapai 4 January 2014. 
  2. ^ "LM2500+ Marine Gas Turbine Data Sheet" (PDF). GE Aviation. Archived from the original on 29 July 2012. 
  3. ^ Ramsdal, Roald. "På disse plattformene fyrer de minst for måkene" Teknisk Ukeblad, 27 October 2014.
  4. ^ "LM2500+G4 Marine Gas Turbine Data Sheet" (PDF). GE Aviation. Diarkibkan daripada asal (PDF) pada 14 March 2014. Dicapai 27 July 2012. 
  5. ^ "GE Marine to Supply IHI with LM2500 Gas Turbines to Power Japan's 15DDG AEGIS Destroyer" (Siaran akhbar). GE Aviation. 6 May 2004. Diarkibkan daripada asal pada 17 October 2006. 
  6. ^ "From aircraft to blowout preventer, GE's global technology cross-pollinates". World Oil Online. 10 September 2012. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]