General der Gebirgstruppe

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
General der Gebirgstruppe
(Jeneral pasukan gunung)
Insignia pangkat Heer

General der Gebirgstruppe (Secara harfiah: Jeneral Pasukan Gunung) dikategorikan sebagai pangkat tiga bintang dalam tentera darat Jerman, satu contoh baru bagi pangkat tradisional Jerman 'General der' yang diperkenalkan oleh Wehrmacht pada tahun 1940, setanding dengan gred NATO OF-8.

Pangkat dan insignia[sunting | sunting sumber]

Pangkat ini setaraf dengan General der Kavallerie, General der Artillerie dan General der Infanterie yang telah lama wujud. Pihak Wehrmacht juga memperkenalkan pangkat General der Panzertruppe (pasukan armor), General der Pioniere (jurutera), General der Fallschirmtruppe (pasukan paracut) dan General der Nachrichtentruppe (pasukan semboyan).

Para jeneral infantri gunung (Gebirgsjäger) boleh dikenali dengan lambang edelweiss dilengan baju mereka dan insignia topi serta topi gunung (bergmütze) yang dipakai bagi menggantikan peak kap pegawai dari cawangan lain Wehrmacht. Pada Oktober 1942 satu arahan telah menyatakan bahawa pegawai jeneral mesti mempunyai piping emas disekeliling puncak kap bagi membezakan mereka dengan lebih mudah dari pangkat-pangkat lain.

Pangkat junior
Generalleutnant
Balkenkreuz.svg

(Pangkat pegawai Jerman)
General der Gebirgstruppe

Pangkat senior
Generaloberst

Galeri[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]