Geng Klon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Geng Klon merupakan sindiket yang bergerak aktif di Kajang dan Nilai , Negeri Sembilan untuk menukar nombor casis kereta. Mereka dianggotai 5 lelaki dan telah ditangkap dalam beberapa serbuan . Berusia 30-43 tahun .

Mereka membeli kereta rosak di beberapa bengkel kenderaan dan mendakwa kononnya hanya mahu mengambil kepingan besi atau alat ganti. Seterusnya mereka mencuri kenderaan lain jenis sama seperti kereta rosak terbabit sebelum mengikis atau memadamkan nombor casis dan ‘menampalnya’ umpama keadaan asal. Kereta curi yang diubah suai akan dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) sebelum dibenarkan bergerak di jalan raya. Kerjasama daripada kakitangan syarikat insurans untuk mendapatkan kad pendaftaran dengan kadar bayaran tertentu sekali gus memudahkan kereta terbabit dijual sama ada kepada individu atau kedai kenderaan terpakai.

Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras diketuai Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ahmad Amir Mohd Hashim, berjaya membuat beberapa serbuan pada hari Selasa 13 Januari 2009. Sebuah Perodua Kelisa yang nombor casis dan enjinnya sudah diubah suai ditemui. Ekoran itu seorang ahli sindiket ditahan di Kajang. Kemudian 4 rakan suspek termasuk pemilik bengkel ditahan di Nilai, Negeri Sembilan.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]