Geng Sahabat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Geng Sahabat merupakan kumpulan penjenayah yang beroperasi di Malaysia.

Pada 19 Januari 2009, 3.30 pagi ,seorang peniaga runcit ditetak dengan pisau rambo di Kampung Bapong, Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang, Malaysia .Peniaga berusia 57 tahun itu cedera di kepala akibat ditetak dengan pisau rambo selepas cuba melawan 5 penyamun yang memecah masuk rumah dengan memotong jeriji tingkap dapur dan mengikat anak serta pembantu rumah mangsa. Operasi memburu Geng Sahabat dibantu oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub dan IPD Jerantut.

Pada 22 Januari 2009, sepasukan anggota IPD Raub yang membuat sekatan jalan raya di Tras menahan dua motosikal ditunggangi dua lelaki warga Indonesia, kira-kira jam 7.20 pagi. Polis menemui pemotong besi, pemutar skru, dua telefon bimbit dan RM25 dalam raga motosikal itu sebelum menahan seorang lagi penunggang, kira-kira jam 8.40 pagi di lokasi sama. Mereka tiada dokumen perjalanan sah selain gagal memberi keterangan mengenai semua barangan ditemui ketika disoal siasat. Rupa-rupanya, dua motosikal ditunggangi lelaki terbabit milik jiran mangsa samun di Kampung Bapong dilaporkan hilang sebelum itu. Tiga lelaki terbabit mengaku bersahabat mendedahkan dua lagi tempat tinggal rakan di rumah kongsi di Batu 3, Jalan Raub-Lipis sebelum polis membuat serbuan.Kemudian polis menahan dua lagi suspek di rumah kongsi berkenaan dan dibawa ke IPD Kuala Lipis untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kuala Lipis , Superintendan Abdul Razak Hassan menyatakan penyamun akan didakwa di bawah Seksyen 395/379 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan dan Seksyen 379 (a) kerana mencuri kenderaan bermotor.

Rujukan[sunting | sunting sumber]