Geng Tomei

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Geng Tomei telah merompak 3 buah kedai emas di Lembah Kelang termasuk kedai emas Tomei .


Ketua geng ini ialah Ngai Chah Hong @ Ah Seow/Ah Soh/ Man (29 tahun). Dia membekalkan pistol kepada ahli geng setiap kali merancang satu-satu rompakan. Empat anak buah Ngai Chah Hong berjaya ditahan tetapi Ah Seow berjaya melepaskan diri. Kerugian dianggarkan RM1.1 juta.

Ngai Chah Hong hanya mengerah anak-anaknya buahnya merompak dan mengaut semua hasil rompakan. Setiap anak buah akan dapat menerima RM20,000 hingga RM30,000 sebagai upah manakala selebihnya akan dibolotnya. Ngai Chah Hong seorang penjenayah berbahaya dan dipercayai memiliki senjata api. Nombor kad pengenalan suspek ialah 790710-10-5241 dan dia juga mempunyai beberapa alamat dan terakhir ialah di No 17, Jalan Imbi, Kuala Lumpur. Sebelum ini menetap di rumah No 43, Jalan CJ 4/15-1E, Cheras Jaya, Batu 9 Cheras, A-17-5, Jalan 3/149E, Taman Sri Endah dan No 6, Jalan Indah 1/4 Taman Universiti, Sri Kembangan, Selangor.

Ngai Chah Hong dipercayai perancang utama dalam tiga kes samun , merompak kedai emas di Wangsa Maju, Alam Damai, Cheras dan Kota Kemuning, Selangor.Polis D9 dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur melancarkan Ops Api Tomei bagi memburu 4-5 lelaki terbabit.

Pada 18 Ogos 2008 hingga 4 September 2008 D9 menahan 4 lelaki berusia 26-39 tahun disyakki menyamun kedai emas di pasar raya. Tahanan reman sehingga 30 September 2008 dan disiasat mengikut Seksyen 3A Akta Senjata Api 1971.Kematian peniaga cakera padat video (VCD) akibat ditembak di Taman Sungai Besi pada 6 Ogos 2008 dipercayai dilakukan suspek. Suspek adalah orang terakhir berjumpa dengan penjual VCD itu. Penjual VCD itu dipercayai ahli Geng Tomei dan berebut hasil samun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner II Ku Chin Wah memberi sidang akhbar di Kuala Lumpur. Orang ramai yang ada maklumat tentang Ah Seow boleh menghubungi Deputi Superintendan Yahya Abdul Rahman di 019-4708946 atau Asisten Superintendan Ng Man Fatt di 012-2348802. [1][2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]