Gengkey

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gengkey
Kulit novel grafik pertama Gengkey
Maklumat penerbitan
Penerbit Kumpulan Art Square
Majalah: Gempak
Format Berwarna & Hitam-putih
Genre Lawak
Tarikh penerbitan Pertengahan 2002-2008
Bil. isu 6
Novel grafik: 6
Watak utama Lowkey
Pasukan kreatif
Karya Michael Chuah

Gengkey ialah karya daripada kartunis terkenal iaitu Michael Chuah atau lebih dikenali sebagai C2V di dalam majalah terbitan Kumpulan Art Square iaitu Gempak. Gengkey menjadi komik bersiri dalam majalah Gempak sejak 2001. Gengkey adalah diantara karya paling popular di majalah Gempak. Ia mengisahkan tentang Lowkey,Paul dan Amin dalam menjalani kehidupan yang berbeza.Pada tahun 2005 buku ilustrasi Gengkey telah diterbitkan yang berjadul Gengkey 100 The Character Guide.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Gengkey mengisahkan mengenai seorang budak bernama Lowkey yang sangat bermasalah dan dua orang kawan karibnya Paul dan Amin yang sentiasa memenuhi kehidupan harian mereka dengan perkara yang ceria samada di sekolah atau di luar kampus.

Watak-watak[sunting | sunting sumber]

Watak Perwatakan
Lowkey Watak utama di dalam siri ini.Sangat nakal dan mempunyai kulit berwarna merah.Kawan baik Paul dan Amin.
Paul Kawan baik Lowkey dan Amin.Paul merupakan anak daripada keluarga yang kaya.
Amin Kawan baik Lowkey dan Paul.Sangat pengotor dan mempunyai kuasa luar biasa.
Kenji Pelajar dari Jepun.Seorang ninja dan berdendam dengan Lowkey
Cikgu Chyna Guru perempuan di sekolah Lowkey.Merupakan peminat Cosplay.
Guru Besar Encik Yunus Guru besar di sekolah Lowkey dan sangat gatal.
Cikgu Charles Guru di sekolah Lowkey.Sangat popular di kalangan murid-murid.
Cik Tipah Penjaga perpustakaan di sekolah Lowkey.
Jaddan Pengurusi Kelab Berani Mati
Maistre Dada Ahli Kelab Berani Mati yang merupakan pakar permainan pisau.
Taiko Scid Ketua kumpulan Knights
Tuan Zen Ketua kumpulan Red Yakuza

Novel grafik[sunting | sunting sumber]

Sehingga hari ini terdapat 6 novel grafik Gengkey termasuk buku ilustrasi.

  • Gengkey
  • Lawak Gengkey
  • Gengkey X Tants
  • Absolute Gengkey
  • Gengkey Fever
  • Gengkey 100 - The Character Guide

Figura[sunting | sunting sumber]

Watak utama Gengkey iaitu Lowkey telah dijadikan figura pada tahun 2002 yang mempunyai 2 versi iaitu yang biasa dan versi hitam & putih. Hanya ada 400 unit figura bagi versi Lowkey yang biasa dan 100 unit bagi versi hitam & putih. Figura Lowkey didatangi dengan kad identiti dengan nombor bersiri, patung beruang Lowkey dan kad ID Lowkey. Figura ini dikeluarkan oleh Kumpulan Art Square.

Permainan Video[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2007 permainan video Gengkey yang berjadul Everybody's Gengkey telah dikeluarkan oleh Kumpulan Art Square dan Macera Technology.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • Gengkey telah memenangi hadiah ke-2 bagi Multi-Frame Comic dalam Pertandingan ke-2 Golden Dragon Award Original Animation & Comic Competition 2005 (OACC) di Beijing.