Pembasmian kaum

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Genosid)
Jump to navigation Jump to search

Pembasmian kaum atau genosid[a][1] ialah satu bentuk jenayah yang bertujuan untuk menghapuskan kewujudan sesuatu suku-kaum manusia. Pada lazimnya tema ini merujuk kepada tindakan pembasmian suku-kaum tertentu yang terancang dan berorganisasi.

Menurut Statut Roma dan Undang-Undang no. 26 tahun 2000 mengenai pengadilan hak asasi manusia, genosida atau pembasmian kaum ialah:

perbuatan yang dilakukan dengan maksud untuk menghancurkan atau memusnahkan seluruh atau sebahagian kelompok bangsa, kaum, kelompok etnik, kelompok agama dengan cara membunuh anggota kelompok; mengakibatkan penderitaan fizikal atau mental yang berat terhadap anggota kelompok; mewujudkan keadaan kehidupan kelompok yang menciptakan kemusnahan secara fizikal sebahagian atau seluruhnya; melakukan tindakan mencegah kelahiran dalam kelompok; memindahkan secara paksa anak-anak dalam kelompok ke kelompok lain.[2]

Tindakan seperti di bawah boleh dianggap sebagai jenayah pembasmian kaum:

  • Membunuh anggota suku-kaum berkenaan.
  • Mencederakan anggota suku-kaum berkenaan dari segi jasmaniah dan batiniah.
  • Merosakkan ruang kehidupan suku-kaum yang berkenaan dengan tujuan memusnahkan sebahagian ataupun keseluruhan suku kaum berkenaan.
  • Menghalang anggota suku-kaum yang berkenaan untuk menurunkan zuriat.
  • Secara keras, memindahkan kanak-kanak kumpulan berkenaan kepada kumpulan yang asing.

Pembasmian Kaum ditakrifkan satu bentuk jenayah di bawah undang-undang antarabangsa yang berjudul Konvensyen mengenai Pencegahan dan Hukuman terhadap Jenayah Pembasmian Kaum

Istilah "genosida" ini juga boleh dilanjutkan ke dalam konteks budaya ("genosida budaya") yang merujuk kepada sesuatu tindakan menghapuskan sesuatu peradaban dengan melarang penggunaan bahasa daripada sesebuah kelompok atau suku, mengubah atau menghancurkan sejarahnya atau menghancurkan simbol-simbol peradabannya.

Peringkat pembentukan pembasmian kaum[sunting | sunting sumber]

Jenayah membasmi suku kaum tertentu merupakan satu bentuk jenayah besar-besaran yang dilakukan secara kolektif oleh golongan tertentu dalam sesuatu masyarakat. Jenayah ini adalah tidak mungkin dilakukan pada peringkat individu. Sehubungan itu, jenayah ini sebenarnya adalah satu fenomena sosial yang kompleks, yang hanya akan berlaku selepas masyarakat berkenaan melalui beberapa perkembangan dalam masyarakat.

Pada tahun 1996, Gregory Stanton - presiden pertubuhan pemerhatian dan pengkajian mengenai genosid iaitu Genocide Watch - memberi suatu taklimat mengenai "8 tahap pembasmian kaum" kepada Jabatan Negara Amerika Syarikat.[3] Dalam taklimat tersebut, beliau menghujah bahawa genosida itu terbentuk dalam lapan peringkat "yang boleh diramal tapi tidak dapat disekat":[3]

Peringkat perkembangan Ciri-ciri Pencegahan
1.
Klasifikasi
Anggota masyarakat dibeza-bezakan menurut kriteria tertentu sehingga wujudnya pengucapan "kita dan mereka" di dalam masyarakat berkenaan. Masalah ini dapat diselesaikan dengan memupuk semangat kekitaan di dalam masyarakat.
2.
Simbolisasi
Sesuatu golongan dalam masyarakat tertentu mula diberi lebel ataupun simbol tertentu, khususnya simbol yang membawa konotasi buruk. Pemberian label terhadap golongan tertentu harus diharamkan.
3.
Nyah-Kemanusiaan
Sekumpulan manusia mula dianggap dan dirasai sebagai entiti non-manusia oleh suatu kumpulan yang lain. Propaganda kebencian terhadap kaum tertentu harus dihentikan secara serta merta.
4.
Organisasi
Jenayah pembasmian kaum sentiasanya dilakukan secara berorganisasi,khususnya organisasi yang bersenjata. Untuk melawan perkembangan ini, penubuhan dan penyertaan organisasi estrim ini harus diharamkan dengan serta merta.
5.
Polarisasi
Masyarakat mula berpecah kepada golongan yang bermusuhan Langkah kepolisan harus diambil.
6.
Identifikasi
Sasaran serangan mula dikenal pasti berdasarkan identiti ras, budaya, agama dan lain-lain lagi. Pembasmian hampir berlaku, dan amaran harus dibunyikan.
7.
Pembunuhan/Serangan
Serangan dimulakan. Bagi pihak penyerang mereka tidak merasai tindakan mereka adalah berdosa kerana mereka menganggap mangsa sebagai entiti non-manusia, ataupun manusia yang tidak memiliki sifat kemanusiaan secara sempurna. Pada peringkat ini, tindakan militer harus diambil dan satu kawasan terlindung harus disediakan untuk para pelarian.
8.
Penafian
Penjenayah menafikan jenayah mereka. Penjenaya diadili di atas mahkamah dan hukuman yang setimpal dilaksanakan.

Pembasmian kaum perbuatan paling hina[sunting | sunting sumber]

Dalam sejarah umat manusia, sememangnya pernah berlaku jenayah pembasmian kaum. Sejak 1991, umat manusia telah menyaksikan kes pembasmian seperti di bawah:

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Indonesia lebih mengejanya sebagai genosida manakala Malaysia, Singapura dan Brunei mengejanya sebagai genosid.
  2. ^ http://www.preventgenocide.org/ab/1998/
  3. ^ a b Gregory Stanton. The 8 Stages of Genocide, Genocide Watch, 1996