Kerdas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Genuak)

Kerdas
Biji-biji kerdas atau kabau
dari Pasar Mukomuko, Bengkulu
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Genus:
Spesies:
A. bubalinum
Nama binomial
Archidendron bubalinum
Sinonim[3]
  • Inga bubalina Jack[2] (basionym)
  • Cylindrokelupha bubalina (Jack) Kosterm.
  • Feuilleea bubalina (Jack) Kuntze
  • Ortholobium bubalinum (Jack) Kosterm.
  • Pithecellobium bubalinum (Jack) Benth.
  • Pithecellobium bigeminum var. bubalinum (Jack) Benth.
  • Albizia acradena Miq.
  • Pithecellobium ellipticum sensu auct. non (Blanco) Hassk.
  • Pithecellobium lobatum sensu Ridl.

Kerdas, gerduak, genuak atau kabau (nama saintifiknya ialah Archidendron bubalinum) merupakan sejenis spesies tumbuhan dari spesies Fabaceae.

Buahnya sering dijadikan sebagai ulam serta dimakan bersama nasi malah mengeluarkan bau yang agak kuat sama seperti petai atau jering.

Botani[sunting | sunting sumber]

Saiz pohon ini agak kecil hanya mencapai ketinggian sehingga 20 meter dengan panjang dahan sehingga 25 sentimeter. Ranting-ranting kecilnya berwarna merah keperangan terang dengan permukaan kelihatan bersisik.[4]:97 Dedaunnya berbentuk bujur mencekung dengan panjang 5.5-22 sm dan 2.5-10.5 sm lebar berpermukaan kesat seperti kertas pada tangkai daun 0.5-6 sm;[4]:97 daun mudanya pula berwarna ungu.

Bunganya mempunyai lima kelopak sekuntum berwarna putih dengan stamen sepanjang 9 mm.[4] Lenggai buah yang dihasilkan berkulit nipis seperti jering tetapi agak keras liat mengandungi biji yang berulas-ulas antara 10mm-15mm. Warna isinya bergantung kepada ketuaan buah ini: biji yang sudah tua atau disimpan lama kehitaman, isinya yang masih muda atau baru dipetik bewarna kuning pucat (keputih-putihan).

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Buah kerdas dijual sebagai ulam.

Kerdas dijadikan sebagai ulam bagi menambah selera makan. Baunya agak kuat hingga melekat pada bau nafas selepas memakan ulam ini. Kerdas ini boleh bertahan lama jika disimpan bersama kulitnya. Bagi penduduk luar bandar mereka sering mencari pokok kerdas yang tumbuh meliar di dalam hutan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nielsen, I. 1979. "Notes on the genera Archidendron." Adansonia; recueil d'observations botaniques, ser. 2, 19: 3-37.
  2. ^ Jack, W. 1822. "Descriptions of Malayan Plants". Malayan Miscellanies, vol. II(1822) VII.: 77. Bencoolen [Benkulen]: Sumatran Mission Press.
  3. ^ The Plant List: Archidendron bubalinum (Jack) I.C.Nielsen, diakses pada 21/III/2017
  4. ^ a b c Nielsen, I. C. (1992). Flora Malesiana. 11: Mimosaceae (Leguminosae-Mimosoideae). m/s. 97.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]