Geodinamik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

 

Geodinamik merupakan cabang bidang geofizik yang mengkaji dinamik Bumi dengan menerapkan ilmu fizik, kimia, dan matematik untuk memahami cara perolakan mantel membawa kepada tektonik plat dan fenomena-fenomena geologi seperti penyebaran dasar laut, pembentukan gunung, gunung berapi, gempa bumi, gelinciran dan sebagainya. Geodinamik juga bertujuan menyelidiki aktiviti dalaman dengan mengukur medan magnet, graviti, dan gelombang seismos, serta mineralogi batuan dan komposisi isotopnya. Kaedah geodinamik juga digunakan pada penerokaan planet lain.[1]

Umum[sunting | sunting sumber]

Geodinamik umumnya berkaitan dengan proses-proses pemindahan dan penyebaran bahan-bahan ke serata Bumi. Di pedalaman Bumi, pergerakan berlaku apabila batu melebur atau berubah bentuk (deformasi) lalu mengalir sebagai tindak balas terhadap medan tegasan. [2] Deformasi ini mungkin bersifat rapuh, elastik, atau plastik, bergantung pada kekuatan tegasan (tekanan) dan sifat fizikal bahan berkenaan, terutamanya skala masa pengenduran tegasan. Batu-batuan secara struktural dan komposisi heterogen (aneka ragam) dan mengalami tegasan yang berubah-ubah, jadi biasa kita melihat pelbagai jenis deformasi dalam jarak ruang dan masa yang dekat.[3] Dalam mengkaji skala masa dan kepanjangan geologi, lebih mudah menggunakan medan penghampiran dan tegasan keseimbangan berterusan untuk mempertimbangkan tindak balas purata terhadap tegasan purata.[4]

Pakar geodinamik biasanya menggunakan data dari GPS geodetik, InSAR, dan seismologi bersama dengan model berangka, untuk mengkaji evolusi litosfera, mantel dan teras Bumi.

Kerja yang dilakukan oleh ahli geodinamik termasuk:

  • Memodelkan deformasi rapuh dan mulur bahan geologi
  • Meramalkan corak tumbesaran benua, dan perpecahan benua dan superbenua
  • Memerhatikan deformasi dan kelonggaran permukaan disebabkan lembar ais dan pantulan pascaglasial, serta membuat dugaan berkaitan kelikatan mantel
  • Menemui dan memahami mekanisme penggerak di sebalik tektonik plat.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

 

  1. ^ Ismail-Zadeh & Tackley 2010
  2. ^ Turcotte, D. L. and G. Schubert (2014). "Geodynamics."
  3. ^ Winters, J. D. (2001). "An introduction to igenous and metamorphic petrology."
  4. ^ Newman, W. I. (2012). "Continuum Mechanics in the Earth Sciences."