Geografi Melaka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sebagai sebuah negeri yang kedua terkecil di Semenanjung Malaysia (selepas Perlis), Melaka yang mempunyai 3 daerah (Alor Gajah, Jasin dan Melaka Tengah meliputi keluasan tanah sebanyak 1,650 km persegi (anggaran 1.3 peratus keseluruhan jumlah tanah di Malaysia). Bandar bandar utama di negeri Melaka ialah Bandar Melaka, Alor Gajah, Masjid Tanah, Jasin, Merlimau, Tampin dan Air Keroh.

Dari segi geografi, kedudukan Melaka boleh dikatakan amatlah strategik kerana berada di tengah-tengah laluan di antara timur dengan barat. Selain itu, pokok bakau dan api-api boleh dijadikan pelindung semula jadi. Angin Monsun pula tidak mengganggu kegiatan perdagangan kerana muara sungainya yang terlindung daripada tiupan angin keran telah dihalang oleh tanah Sumatera.

Cuaca di Melaka adalah panas dan bercahaya semasa siang dan sejuk semasa malam di sepanjang tahun dengan hujan pada waktu petang. Suhu antara 23 darjah hingga 33 darjah Celsius. Jumlah hujan setahun adalah kira-kira 3,218 mm.