Geografi Mongolia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Geografi Mongolia
Peta bandar-bandar utama Mongolia serta sempadan antarabangsa Mongolia
BenuaAsia
RantauAsia Timur
Koordinat46°0′N 105°0′E / 46.000°N 105.000°E / 46.000; 105.000
KeluasanKedudukan ke-18
 • Jumlah1,564,116[1] km2 (603,909 bt2)
 • Darat99.3%
 • Air0.7%
SempadanChina, Rusia
Titik tertinggiPuncak Khüiten (4,374 meter)
Titik terendahHoh Nuur (560 meter)
Sungai terpanjangSungai Orkhon
Tasik terbesarTasik Uvs mengikut luas, Tasik Khövsgöl mengikut isi padu

Mongolia ialah sebuah negara dikelilingi daratan di kawasan Asia Timur serta Asia Tengah dan terletak di antara China dengan Rusia. Permukaan Mongolia adalah bergunung-ganang serta berpenara dan julat ketinggian yang ketara. Jumlah luas permukaan Mongolia ialah 1,564,116 kilometer persegi.

Permukaan Mongolia mencuram dari Pergunungan Altai di kawasan barat dan utara ke kawasan timur dan selatan. Titik tertinggi negara ini ialah Puncak Khüiten (4,374 m) di kawasan barat sempadan Mongolia-China. Secara purata, Mongolia terletak pada ketinggian 1,580 m dari paras laut.

Pergunungan[sunting | sunting sumber]

Mongolia memiliki dua pergunungan utama, iaitu Pergunungan Altai dan Pergunungan Khangai. Pergunungan Altai terletak di kawasan barat dan barat daya Mongolia. Pergunungan ini menempatkan Puncak Khüiten yang merupakan titik tertinggi negara.[2]

Pergunungan Khangai pula terletak di kawasan tengah Mongolia dan lazimnya terdiri daripada gunung-ganang yang lebih tua dan terhakis.

Sungai dan tasik[sunting | sunting sumber]

Pesisir Tasik Uvs.

Beberapa sungai Mongolia mengalir ke lautan, tetapi kebanyakannya berakhir di badan air endoreik di kawasan gurun dan lekukan di Asia Dalam. Sungai-sungai banyak terbentuk di kawasan utara. Sungai dan tasik di Mongolia merangkumi 0.67% keluasan negara, yakni 10,560 kilometer persegi.

Sistem sungai utama Mongolia ialah Sungai Selenge yang mengalir melalui Tasik Baikal ke Laut Artik. Sungai Onon di timur laut Mongolia mengalir ke Lautan Pasifik melalu Sungai Shilka di Rusia dan Sungai Amur.

Tasik dengan keluasan terbesar Mongolia, Tasik Uvs terletak di Lekukan Tasik Agung, manakala tasik dengan isi padu terbesar ialah Tasik Khövsgöl mengalir ke Sungai Selenge. Hoh Nuur, sebuah tasik di timur Mongolia merupakan titik terendah Mongolia dengan ketinggian 557 meter.[3]

Iklim[sunting | sunting sumber]

Mongolia ialah negara dengan ketinggian tinggi dan beriklim sejuk dan kering. Mongolia memiliki kira-kira 260 hari dengan cuaca cerah.

Mongolia memiliki musim sejuk yang lama dan dingin, dan musim panas yang pendek. Ulaanbaatar sebagai contoh mengalami musim sejuk dari Oktober hingga April dengan suhu mencecah -30°C. Disebabkan oleh altitud yang tinggi, waktu petang di musim panas adalah sejuk. Suatu musim tengkujuh yang pendek berlaku pada pertengahan Julai hingga September, tetapi tempoh hujan lazimnya pendek dan renyai.[4]

Zud[sunting | sunting sumber]

Zud ialah suatu situasi dalam musim sejuk apabila cuaca musim sejuk menyebabkan ternakan tidak dapat memakan rumput lalu menyebabkan kematian ternakan dalam jumlah yang banyak. Zud memiliki pelbagai jenis seperti zud tsagaan ("zud putih") dan zud khar ("zud hitam"). Zud ialah kejadian yang khusus di Mongolia.[5][6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Mongolia". The World Factbook. CIA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-12-29. Dicapai pada 2019-11-13.
  2. ^ "Tavan Bogd Uul, Mongolia/China". Peakbagger.com.
  3. ^ Central Asian Review, Volume 15. Central Asian Research Centre. 1967. Dicapai pada 26 November 2016.
  4. ^ "География Монголии" [Geografi Mongolia]. Poedem.ru (dalam bahasa Rusia). Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Oktober 2008.
  5. ^ Mongolia: Harsh Winter Wiping Out Livestock, Stoking Economic Crisis for Nomads, Eurasianet, 1 April 2016
  6. ^ The slow and deadly dzud in Mongolia, BBC, 14 Mei 2010

Pautan luar[sunting | sunting sumber]