Geografi Sarawak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sarawak terletak di Timur Malaysia di kepulauan Borneo, dan merupakan satu daripada dua negeri yang membentuk timur Malaysia. Dengan keluasannya 124,449.51 kilometer persegi, Sarawak menjadi negeri yang terbesar dan meliputi 37.5 peratus daripada seluruh Malaysia.

Sarawak ialah kawasan tropika dengan iklim khatulistiwa. Ia panas dan lembap sepanjang tahun dengan min suhu dari 23 celsius sehingga 32 celsius. Hutan Sarawak ialah sumber dan aset yang paling penting.

Hutan khatulistiwa ini menyumbangkan bilangan kayu balak dan produk hutan yang banyak. Hutan hujan tropika ini juga merupakan habitat bagi 8,000 spesis pokok bunga dan melebihi 20,000 spesis binatang.

Pada 2002, bahagian di Sarawak telah ditambah, iaitu bahagian Mukah dan Betong. Setakat ini, Sarawak mempunyai 11 bahagian keseluruhannya. Setiap bahagian pentadbiran dipimpin oleh seorang Residen dan dibahagikan kepada dua ke empat kawasan.

Kuching adalah kawasan pertama dan seterusnya adalah Sri Aman, Sibu, Miri, Limbang, Sarikei, Kapit, Kota Samarahan, Bintulu, Mukah dan Betong. Bandar-bandar utama di negeri Sarawak adalah Bandaraya Kuching, Bau, Bandaraya Miri, Mukah, Sibu, Bintulu, Sri Aman dan Limbang.

Terletak tepat pada utara Ekuator di antara latitud 0°50° dan 5°N dan longitud 109°36' dan 115°40' E, Sarawak merenggan sepanjang 800km barat daya pinggir laut pulau Borneo. Sarawak terasing daripada Semenanjung Malaysia ke barat dengan Laut China Selatan yang kira-kira 600km dan dicantum ke negeri Sabah secara langsung ke timur laut di mana kesultanan Brunei di tengah-tengahnya. Atas tanah, negeri ini bersempadanan dengan Kalimantan, Indonesia.