Georg-Hans Reinhardt

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Georg-Hans Reinhardt
BUNDESARCHIV, Georg-Hans Reinhardt 1.jpg
Jeneral Reinhardt semasa di Rusia, Jun-Julai 1941
Kelahiran (1887-03-01)1 Mac 1887
Meninggal dunia 22 November 1963(1963-11-22) (umur 76)
Kesetiaan  Jerman Nazi
Perkhidmatan Tentera Darat
Pangkat Generaloberst
Arahan Divisyen Ke-4 Panzer
Kor XLI Panzer
Tentera Darat Ke-3 Panzer
Kumpulan Tentera Darat Tengah
Pertempuran

Perang Dunia II

Anugerah Knight Cross berserta Daun Oak dan Pedang

Georg-Hans Reinhardt (1 Mac 1887 – 23 November 1963) adalah seorang panglima perang Jerman dan penjenayah perang semasa Perang Dunia II. Beliau memerintah Tentera Darat Ke-3 Panzer dari tahun 1941 hingga 1944, dan Kumpulan Tentera Darat Tengah pada tahun 1944 dan 1945, mencapai pangkat Generaloberst (Kolonel Jeneral).

Selepas perang, Reinhardt telah dibicarakan di Perbicaraan Pemerintah Tertinggi, sebagai sebahagian daripada Perbicaraan Nuremberg Terkemudian. Beliau telah didapati bersalah kerana jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan dan dihukum penjara 15 tahun. Beliau dibebaskan pada tahun 1952.

Perang Dunia II[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan pada tahun 1887, Reinhardt berjuang semasa Perang Dunia I. Beliau memerintah Divisyen Ke-4 Panzer semasa Pencerobohan Poland pada September 1939.[1] Selepas itu, Reinhardt telah dikurniakan pingat Knight Cross of the Iron Cross. Dalam Pertempuran Perancis tahun 1940, Reinhardt memerintah Kor XXXXI Panzer.[1]

Operasi Barbarossa[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1941, Reinhardt dan Kor XLI Panzer telah dikerahkan ke Barisan Timur untuk Operasi Barbarossa, iaitu pencerobohan ke atas Soviet Union pada bulan Jun. Pasukannya memimpin kemaraan Kumpulan Tentera Darat Utara ke pinggir Leningrad pada Oktober. Seperti kebanyakan kor Jerman di Barisan Timur, kor Reinhardt melaksanakan jenayah Perintah Komisar.[2] Menurut laporan daripada unit bawahan, perintah itu telah dijalankan secara meluas.[3] Pasukan-pasukan dibawah pemerintahan Reinhardt melaksanakan dasar OKH yang "menghapuskan" penyakit mental; pada Disember 1941 mereka membunuh 10 orang pesakit mental di bandaraya Kalinin Rusia, di atas alasan mereka mengancam keselamatan.[4] Pada 5 Oktober Reinhardt diberi memerintah Tentera Darat Ke-3 Panzer dalam Kumpulan Tentera Darat Tengah dan mengambil bahagian dalam kemaraan ke Moscow, iaitu Operasi Typhoon. Selepas kekalahan Jerman dalam Pertempuran Moscow, ketumbukannya telah ditolak kembali oleh serangan balas Soviet semasa musim sejuk 1941−42.

Operasi anti-partisan[sunting | sunting sumber]

Dari awal tahun 1942 sehingga bulan Jun 1944, Tentera Darat Ke-3 Panzer beroperasi di sekitar Vitebsk dan Smolensk. Di dalam operasi anti-partisan di kawasan itu, pasukan dibawah Reinhardt memusnahkan seluruh masyarakat. Laporan Februari 1943 menyatakan:[5]

Untuk menghalang gerombolan dari menetap semula di wilayah ini, penduduk kampung dan ladang di kawasan ini dibunuh tanpa pengecualian seorang bayipun. Semua rumah dibakar.

Ketumbukan ini terlibat dalam pengusiran orang awam ke kem tahanan. Antara bulan September dan Disember 1943, hampir 4,000 orang awam dipindahkan dari Vitebsk dan kawasan sekelilingnya, kerana mereka disyaki membantu "gerombolan" (tanda petikan dalam laporan asal). Tindakan ini dijalankan dengan kerjasama unit-unit SD; orang awam, termasuk wanita dan kanak-kanak, dipindahkan ke kem tahanan Auschwitz, dimana mereka mati akibat kebuluran dan penganiayaan atau kemudian di bunuh dengan gas beracun.[5]

Pada 26 Mei 1944, Reinhardt dikurniakan darjah Pedang untuk pingat Knight Crossnya. Pada Jun 1944, Panzer Ketiga dan keseluruhan Kumpulan Tentera Darat Tengah telah dipecah belahkan dalam Operasi Bagration Soviet dan ditolak kembali kedalam Poland dan Prusia Timur. Pada 16 Ogos 1944, Reinhardt diberi memerintah Kumpulan Tentera Darat Tengah.[6] Pada bulan Disember, serangan baru Soviet menolak keluar Kumpulan Tentera Darat Tengah dari Poland dan masuk ke utara Prusia. Reinhardt bersara dari tugas aktif pada Januari 1945.[7]

Perbicaraan dan hukuman[sunting | sunting sumber]

Pada Jun 1945, Reinhardt telah ditahan oleh Tentera Darat Amerika Syarikat. Beliau telah dibicarakan dalam Perbicaraan Pemerintah Tertinggi, sebagai sebahagian daripada Perbicaraan Nuremberg Terkemudian. Reinhardt didapati bersalah kerana jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan, termasuk pembunuhan dan penindasan tawanan perang Soviet, dan pembunuhan, pengusiran, dan orang awam dijadikan tebusan dalam wilayah taklukan. Beliau telah dijatuhi hukuman penjara 15 tahun, dan meringkuk di Penjara Landsberg. Hukumannya diteliti semula pada Januari 1951, dengan tanpa perubahan. Reinhardt dibebaskan pada tahun 1952 atas alasan simpati.[8]

Dari tahun 1954. Reinhardt bekerja sebagai presiden Gesellschaft für Wehrkunde (Persatuan Sains Ketenteraan), hari ini dikenali sebagai Gesellschaft für Sicherheitspolitik (Persatuan Dasar Keselamatan). Beliau dikurniakan Order of Merit of the Federal Republic of Germany pada tahun 1962.

Tarikh kenaikkan pangkat[sunting | sunting sumber]

Anugerah kebesaran[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Petikan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Hebert 2010, m/s. 2014.
  2. ^ Stahel 2015, m/s. 28.
  3. ^ Hebert 2010, m/s. 259.
  4. ^ Hebert 2010, m/s. 95.
  5. ^ a b Hebert 2010, m/s. 89.
  6. ^ Ziemke 2002, m/s. 343.
  7. ^ Ziemke 2002, m/s. 432.
  8. ^ Herbert 2010, m/s. 218.
  9. ^ a b Thomas 1998, p. 193.
  10. ^ a b c Scherzer 2007, p. 620.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Hebert, Valerie (2010). Hitler's Generals on Trial: The Last War Crimes Tribunal at Nuremberg. Lawrence, Kansas: University Press of Kansas. ISBN 978-0-7006-1698-5. 
  • Scherzer, Veit (2007). Die Ritterkreuzträger 1939–1945 Die Inhaber des Ritterkreuzes des Eisernen Kreuzes 1939 von Heer, Luftwaffe, Kriegsmarine, Waffen-SS, Volkssturm sowie mit Deutschland verbündeter Streitkräfte nach den Unterlagen des Bundesarchives [The Knight's Cross Bearers 1939–1945 The Holders of the Knight's Cross of the Iron Cross 1939 by Army, Air Force, Navy, Waffen-SS, Volkssturm and Allied Forces with Germany According to the Documents of the Federal Archives] (dalam bahasa German). Jena, Germany: Scherzers Militaer-Verlag. ISBN 978-3-938845-17-2. 
  • Stahel, David (2015). The Battle for Moscow. Cambridge, UK: Cambridge University Press. ISBN 978-1-107-08760-6. 
  • Thomas, Franz (1998). Die Eichenlaubträger 1939–1945 Band 2: L–Z [The Oak Leaves Bearers 1939–1945 Volume 2: L–Z] (dalam bahasa German). Osnabrück, Germany: Biblio-Verlag. ISBN 978-3-7648-2300-9. 
  • Ziemke, Earl F. (1968). Stalingrad to Berlin: The German Defeat in the East. Washington D.C.: Center of Military History, US Army. ISBN 0-16-001962-1. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Pegawai tentera
Didahului oleh
tiada
Panglima Divisyen Ke-4 Panzer
1 September 1939 – 5 Februari 1940
Diikuti oleh:
Generalleutnant Ludwig Ritter von Radlmeier
Didahului oleh
tiada
Panglima XXXXVI Armeekorps (mot)
5 Februari 1940 – 4 Oktober 1941
Diikuti oleh:
Generalleutnant Otto-Ernst Ottenbacher
Didahului oleh
tiada
Panglima Tentera Darat Ke-3 Panzer
5 Oktober 1941 – 15 Ogos 1944
Diikuti oleh:
Generaloberst Erhard Raus
Didahului oleh
Generalfeldmarschall Walter Model
Panglima Kumpulan Tentera Darat Tengah
16 Ogos 1944 – 17 Januari 1945
Diikuti oleh:
Generalfeldmarschall Ferdinand Schörner

Templat:Subject bar