Georg Ohm

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Georg Simon Ohm
Georg Simon Ohm3.jpg
Lahir (1789-03-16)16 Mac 1789
Erlangen, Brandenburg-Bayreuth
(present-day Jerman)
Meninggal dunia 6 Julai 1854(1854-07-06) (umur 65)
Munich, Kerajaan Beraja Bavaria
Kediaman Brandenburg-Bayreuth, Bavaria
Warganegara German
Bidang fizik (elektrik)
Institusi Universiti Munich(en:Ludwig Maximilian University of Munich)
Pusat pendidikan Universiti Erlangen(en:University of Erlangen-Nuremberg)
Penasihat kedoktoran Karl Christian von Langsdorf
Dikenali kerana Hukum Ohm
Hukum Fasa Akustik Ohm
Hukum Akustik Ohm
Anugerah utama Medal Copley(en:Copley Medal) (1841)

Georg Simon Ohm (bahasa Jerman: [oːm]; 16 March 1789 (Erlangen, Jerman) – 6 July 1854 (Munich)) ialah pakar fizik dan ahli matematik Jerman. Beliau meninggal dunia pada usia 65 tahun. Beliau menuntut ilmu matematik di Universiti Erlangen dan mendapat ijazah kedoktoran pada tahun 1811.

Semasa menjadi guru sekolah, Ohm telah memulakan kajian dengan sel elektrokimia, yang dicipta oleh seorang saintis Itali Alessandro Volta. Dengan menggunakan peralatan hasil ciptaannya sendiri, Ohm berhasil menemukan hukum asas elektrik yang menjadi dasar bagi lahirnya teori-teori elektrik yang lain. Teori elektrik yang ditemukan oleh Ohm itu disebut sebagai Hukum Ohm, yang menyatakan bahawa besar arus yang mengalir dalam rangkaian tertutup adalah berkadar terus dengan jumlah keupayaan yang terdapat pada jepit catu daya dan berkadar songsang dengan jumlah rintangan yang dilaluinya (I=V/R).

Malangnya, ketika Ohm menerbitkan penemuannya pada tahun 1827, penemuannya itu diperkecilkan oleh rakan sekerjanya dan dia terpaksa mengundurkan diri dari pekerjaannya sebagai guru sekolah menengah. Namun, pada tahun 1833 ia dilantik sebagai profesor di Universiti Nuremberg.


Terbitan[sunting | sunting sumber]

  • Grundlinien zu einer zweckmäßigen Behandlung der Geometrie als höheren Bildungsmittels an vorbereitenden Lehranstalten / entworfen (Garis-garis panduan untuk pengolahan yang sesuai bagi geometri pendidikan tinggi di institut-institut persediaan / nota-nota)
Erlangen : Palm und Enke, 1817. - XXXII, 224 S., II Faltbl. : graph. Darst. (PDF, 11.2 MB)
  • Die galvanische Kette : mathematisch bearbeitet (Litar Galvani Disiasat Dari Segi Matematik)
Berlin : Riemann, 1827. - 245 S. : graph. Darst. (PDF, 4.7 MB)
  • Elemente der analytischen Geometrie im Raume am schiefwinkligen Coordinatensysteme (Elemen-elemen geometri analisis mengenai sistem koordinat pencong)
Nürnberg : Schrag, 1849. - XII, 590 S. - (Ohm, Georg S.: Beiträge zur Molecular-Physik ; 1) (PDF, 81 MB)
  • Grundzüge der Physik als Compendium zu seinen Vorlesungen (Asas-asas fizik: Ikhtisar syarahan)
Nürnberg : Schrag, 1854. - X, 563 S. : Ill., graph. Darst. Erschienen: Abth. 1 (1853) - 2 (1854) (PDF, 38 MB)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Templat:Penerima Medal Copley 1801-1850 Templat:Saintis yang namanya digunakan sebagai unit SI