George H. W. Bush

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
George Herbert Walker Bush
George H. W. Bush, President of the United States, 1989 official portrait.jpg

Tempoh jawatan
20 Januari, 1989 – 20 Januari, 1993
Naib Presiden Dan Quayle
Didahului oleh Ronald Reagan
Diganti oleh Bill Clinton

Tempoh jawatan
20 Januari, 1981 – 20 Januari, 1989
Pemangku Presiden Amerika Syarikat pada 13 Julai, 1985
Presiden Ronald Reagan
Didahului oleh Walter Mondale
Diganti oleh Dan Quayle

Pengarah Perisikan Pusat A.S. ke-11
Tempoh jawatan
20 Januari, 1976 – 20 Januari, 1977
Presiden Gerald Ford
Didahului oleh William E. Colby
Diganti oleh Adm. Stansfield Turner

Ahli Dewan Perwakilan Amerika Syarikat dari Daerah Kongres ke-7 Texas
Tempoh jawatan
3 Januari, 1967 – 3 Januari, 1971
Didahului oleh John V. Dowdy
Diganti oleh Bill Archer

Lahir (1924-06-12) 12 Jun 1924 (umur 92)
Massachusetts Milton, Massachusetts
Parti politik Parti Republikan
Pasangan Barbara Pierce Bush
Alma mater Yale University
Pekerjaan Peniaga
Agama Episcopal
Tandatangan

George Herbert Walker Bush (lahir 12 Jun 1924) ialah Presiden Amerika Syarikat ke-41 (19891993). Sebelum menjadi Presiden, beliau pernah berkhidmat sebagai anggota Kongres dari Texas (1967–1971), duta untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (1971–1973), pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Republikan (1973–1974), Ketua Pejabat Perhubungan Amerika Syarikat di Republik Rakyat China (1974–1976), Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA) (1976–1977), Pengerusi Bank Antarabangsa Pertama di Houston (1977–1980), dan Naib Presiden Amerika Syarikat ke-43 di bawah Presiden Ronald Reagan (1981–1989).

Seorang penerbang tentera laut yang dikurniai pingat, Bush juga merupakan bekas perajurit Perang Dunia II terakhir yang pernah berkhidmat sebagai Presiden. Bush ialah bapa kepada George Walker Bush, Presiden Amerika Syarikat ke-43 dan yang terkini. Bapanya, Prescott Bush, ialah Senator Amerika Syarikat.

Untuk kedua-dua dasar dalam negeri dan luar negara, Presiden Bush mengamalkan dasar-dasar yang sederhana. Pada hari-hari terakhir Perang Dingin, beliau bertanggungjawab untuk menguruskan dasar luar negara Amerika Syarikat semasa peralihan Kesatuan Soviet dan Eropah Timur daripada negara komunis kepada negara demokrasi liberal yang perlu dikendalikan dengan bijaksana.

Bush memperjuangkan konsep Aturan Dunia Baru yang menggantikan konfrontasi ketenteraan dan strategik dengan undang-undang antarabangsa dan sepersetujuan sejagat sebagai cara untuk mencapai matlamat-matlamat diplomasi. Idea ini diamalkan semasa Perang Teluk apabila Amerika Syarikat menghimpunkan sebuah gabungan sejagat untuk menterbalikkan serangan Kuwait oleh Iraq di bawah Saddam Hussein.

Untuk dasar dalam negeri, inisiatif Bush yang paling ketara ialah Akta Penyelarasan Peruntukan Pelbagai (Omnibus Budget Reconciliation Act) 1990 yang merupakan suatu tolak ansur dengan ahli-ahli Parti Demokrat dalam Kongres yang penuh dengan perbalahan. Akta itu bertujuan untuk menukarkan kawalan perbelanjaan dengan kenaikan cukai untuk mengimbangkan belanjawan persekutuan.

Bush telah menderita penyakit Parkinson dan telah memaksa beliau untuk menggunakan kerusi roda sejak tahun 2012. Pada Julai 2015, Bush telah menderita kecederaan leher yang teruk. Beliau telah menggunakan pendakap leher pada umur 91. Pada 18 Januari 2017, Bush telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Hospital Methodist Houstan, di mana beliau telah diberi ubat pelali untuk prosedur untuk merawat masalah pernafasan akut yang berpunca daripada radang paru-paru.