George Lea

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Leftenan Jeneral Sir George Harris Lea, KCB DSO MBE (1912-1990) dilahirkan di Worcestershire, England pada 28 Disember 1912. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Charterhouse dan di Maktab Tentera Diraja Sandhurst dan ditauliahkan ke dalam Rejimen Lancashire Fusiliers dalam tahun 1933.

Jeneral Lea berkhidmat di Malaya dalam tahun 1950-an sebagai anggota Rejimen SAS British semasa zaman Darurat. Beliau kemudian mengambil alih jawatan Pengarah Operasi Borneo (DOBOPS) daripada Mejar Jeneral Walter Walker pada awal tahun 1965, semasa Konfrontasi.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.