Geowarisan dan geopelancongan di Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Geowarisan merujuk kepada usaha pemeliharaan warisan alam semulajadi berasaskan geologi dan geopelancongan ialah pelancongan berasaskan alam semulajadi yang berkaitan dengan geologi.

Usaha[sunting | sunting sumber]

Kesedaran mengenai keperluan perlunya geowarisan dan geopelancongan di Malaysia secara amnya ialah pengaruh daripada amalan negara-negara maju yang menekankan konsep pemeliharaan alam semulajadi berasaskan semula jadi.

Usaha Geowarisan ini amat berkait dengan tujuan pewujudan geopark di Malaysia.

Konsep geopark[sunting | sunting sumber]

Di peringkat global, wawasan geopark iaitu pembangunan lestari wilayah berasaskan pemuliharaan dan utilisasi warisan alam, khususnya warisan geologi dan landskap telah mendapat sambutan hangat.

Geopark didefinisikan sebagai satu kawasan dengan keluasan bersesuaian, mempunyai sempadan jelas dan mengandungi beberapa tapak warisan geologi berkepentingan kebangsaan, ser-antau atau antarabangsa yang dibangunkan secara lestari bagi meningkatkan tahap ekonomi dan nilai budaya penduduknya, terutama melalui aktiviti pelancongan.

Geopark ialah satu konsep pembangunan yang memberikan perhatian kepada keseimbangan tiga komponen utama iaitu ke-pentingan pemuliharaan sumber asli (khususnya sumber geowarisan), pembangunan infrastruktur untuk pelancongan dan aktiviti sosioekonomi yang menguntungkan masyarakat setempat. Konsep geo-pelancongan yang diperkenalkan pada tahun 1994 semakin berkembang di mana tumpuan lebih diberi kepada penghayatan sumber warisan geologi dan landskap fizikal.

Komponen geopark[sunting | sunting sumber]

Komponen Fizikal[sunting | sunting sumber]

Sesuatu kawasan dengan keluasan sesuai dan mempunyai sempadan kawasan yang jelas serta mempunyai sumber warisan geologi berkepentingan antarabangsa dan mempunyai sumber warisan semulajadi,sejarah dan budaya.

Komponen Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Komponen pembangunan adalah merupakan perkara-perkara yang berkaitan dengan perkara seperti berikut:

  • Pemuliharaan tapak warisan semulajadi.
  • Pembangunan prasarana di tapak warisan.
  • Pembangunan sosio-ekonomi secara lestari.
  • Pembangunan insaniah melalui pendidikan dan penyelidikan.
  • Pengembangan kesenian dan kebudayaan.

Komponen Pengurusan[sunting | sunting sumber]

  • Penglibatan pelbagai pihak berkepentingan.
  • Keperluan kewangan.
  • Pengurusan
  • Pembangunan infrastruktur
  • Pelan pengurusan.
  • Jangka masa pendek, sederhana dan jangka panjang

Penghuni atau warga geopark boleh memanfaatkan sumber warisan sebagai sumber ekonomi inovatif melalui:

Penglibatan langsung dalam industri geopelancongan seperti menjalankan syarikat pelancongan, berkhidmat sebagai renjer, sukarelawan dan pemandu pelancong, atau melalui

Penglibatan dalam industri sokongan pelancongan yang begitu luas cakupannya termasuk:

  • dalam penghasilan produk geopark
  • perkhidmatan pengangkutan
  • perkhidmatan perhotelan dan hospitaliti
  • perkhidmatan kulinari dan;
  • pelbagai aktiviti lain yang akan menjadi daya tarikan pelancong.

Kepentingan penubuhan geopark[sunting | sunting sumber]

Gagasan geopark menegaskan betapa pentingnya meningkatkan taraf sosioekonomi warga dengan mengambil kira kelebihan yang ada pada kekayaan khazanah warisan, antaranya melalui industri:

1. Pelancongan[sunting | sunting sumber]

Memajukan industri pelancongan lestari dan memperkenalkan sektor GEOPELANCONGAN dengan menerap elemen geosains dalam aktiviti pelancongan dan rekreasi alam semulajadi sedia ada dan membuka tapak Geo Pelancongan baru. GEOPELANCONGAN bukan sahaja menjamin pulangan ekonomi tetapi turut menyokong usaha pemuliharaan dan peningkatan modal insan.

2. Pembiasan Pelancongan[sunting | sunting sumber]

Industri pelancongan membuka luas peluang bagi pertumbuhan pelbagai industri sokongan lain termasuk sektor perkhidmatan penginapan (resort, hotel, homestay, tapak perkhemahan dan sebagainya) pengangkutan, kulinari dan penghasilan produk cenderamata. Gagasan Geopark menganjur inisiatif unik dalam penghasilan produk tempatan yang boleh dijadikan identiti sesuatu wilayah sebagai PRODUK GEOPARK.

3. Pemuliharaan[sunting | sunting sumber]

Warga geopark boleh melibatkan diri sebagai RENJER dan SUKARELAWAN GEOPARK yang akan bertanggungjawab memantau aktiviti disesuatu tapak geopelancongan.

4. Penyelidikan dan Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Peningkatan aktiviti pelancongan membawa kepada keperluan penyelidikan saintifik bagi menambah nilai saintifik dan menentukan daya tampungan sesuatu tapak pelancongan. Kajian sosio-ekonomi juga penting dalam membuat perancangan pembangunan jangka pendek dan jangka panjang.

5. Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Penglibatan warga sebagai pemandu geopark dan pelatih serta pemudah cara dalam aktiviti kesedaran geopark pada pelbagai peringkat.

Idea awal geopark di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Idea mengenai perlunya geopark di Malaysia mula-mula sekali diterajui oleh para penyelidik geologi daripada universiti tempatan khasnya Universiti Kebangsaan Malaysia ke atas Kepulauan Langkawi.

Melalui usaha berterusan dengan Lembaga Pembangunan Langkawi dan Kerajaan Negeri Kedah, Langkawi diiktiraf sebagai salah satu geopark antarabangsa oleh UNESCO.

Berikutan kejayaan ini, idea untuk mewujudkan kawasan lain sebagai geopark seperti Delta Sarawak dan Gunung Kinabalu bermula tetapi tidak mendapat sambutan.

Penubuhan jawatankuasa geopark kebangsaan[sunting | sunting sumber]

Atas kelemahan-kelemahan yang timbul untuk menambah bilangan geopark di Malaysia, sekumpulan penyelidik berupa pakar dan pencinta geowarisan dan geopark telah membentuk Jawatankuasa Pelaksana Geopark Kebangsaan secara ad hoc pada tahun 2015.

Usaha ini mula membuahkan hasil apabila Kerajaan Malaysia memberi perhatian kepada idea geopark, geowarisan dan geopelancongan yang dibawah oleh jawatankuasa ini.

Akhirnya, jawatankuasa ini direstui oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) dan siri perbincangan dan mesyuarat dimulakan bagi membentangkan idea-idea pembangunan geopark kebangsaan di Malaysia.

Pada tahun 2015, kerajaan bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Geopark Kebangsaan  iaitu sebuah badan pembuat dasar, merangka strategi dan pengalak pembangunan geopark.

Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha, NRE dan dianggotai oleh ketua jabatan agensi di peringkat negeri dan persekutuan yang berkepentingan.

Seterusnya, 5 kawasan ditetapkan untuk dibangunkan sebagai calon geopark kebangsaan isitu.

  1. Geopark Jerai
  2. Geopark Lembah Kinta
  3. Geopark Gunung Kinabalu
  4. Geopark Delta Sarawak
  5. Geopark Tasik Kenyir

Halangan-halangan penubuhan geopark di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Malaysia masih lagi berjuang untuk meyakinkan pemimpin bagi mewujudkan geopark kebangsaan kedua. Banyak lagi isu berkait governans dan kefahaman yang perlu diselesaikan sebelum usaha murni ini menjadi kenyataan termasuklah:

  • Peranan dan hubungan kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan seperti kerajaan negeri merasakan geopark ialah agenda Persekutuan dan faedahnya kurang dirasai oleh kerajaan negeri. Persepsi in tercetus kerana agenda geopark di bawa oleh golongan akademik dan agensi Persekutuan untuk membantu wawasan kelestarian dan pembangunan ekonomi daerah.
  • Salah faham konsep geopark iaitu apabila geopark diwujudkan, kawasan tersebut tidak boleh dibangunkan termasuk eksploitasi sumber asli.
  • Takut kehilangan kuasa oleh segelintir agensi kerajaan, perwakilan komuniti setempat dan sebagainya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]