Gerak Khas The Movie

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bagi siri filem, lihat Gerak Khas (siri filem).
Gerak Khas The Movie
Gktm.jpg
Poster keluaran tayangan
PengarahDatuk Yusof Haslam
PenerbitDatuk Yusof Haslam
PenulisDatuk Yusof Haslam
BerdasarkanGerak Khas oleh
Datuk Yusof Haslam
Dibintangi oleh
Syarikat
penerbitan
Mula ditayangkan
1 Mac 2001 (2001-03-01)
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
PerbelanjaanRM 1.35 Juta
Pecah panggungRM 4.40 Juta

Gerak Khas The Movie merupakan filem aksi/jenayah Malaysia 2001 berdasarkan drama kepolisan Gerak Khas.[1] Filem yang diterbitkan, ditulis dan diarahkan oleh Datuk Yusof Haslam terbitan Skop Productions. Dibintangi oleh Mizal Zaini, Abby Abadi, Erra Fazira, AC Mizal, Datuk Rosyam Nor dan Norman Hakim. Filem ini mengisahkan mengenai Unit Gerak Khas yang ditugaskan untuk menghancurkan satu sindiket yang terlibat dalam kegiatan pengedaran VCD lucah dan pil ecstacy yang diketuai oleh Castelo (Datuk Rosyam Nor). Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 1 Mac 2001.

Sebanyak dua sekuel telah dihasilkan, iaitu Gerak Khas The Movie II (2002) dan GK3 The Movie (2005).

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Unit Gerak Khas ditugaskan untuk menghancurkan satu sindiket yang terlibat dalam kegiatan pengedaran VCD lucah dan pil ekstasi. Sindiket tersebut didalangi oleh dua kumpulan haram yang bermusuh (Castello dan Rafael). Kedua-dua kumpulan ini juga terlibat dalam kegiatan cetak rompak, senjata api serta menguasai pasaran VCD haram dan VCD lucah hampir di seluruh negara. Inspektor Mazlan dan Inspektor Aleeza telah ditugaskan untuk mengawasi dan mengintip gerakan kedua-dua kumpulan haram tersebut. Dalam pada itu Unit Gerak Khas menerima kehadiran Inspektor Shafikah yang ditugaskan untuk membantu siasatan. Kemunculan Shafikah membuatkan Unit Gerak Khas semakin ceria. Keramahan Shafikah menyenangkan semua anggota Gerak Khas lebih-lebih lagi Inspektor Mazlan yang mula menaruh minat dan cuba mendekati Shafikah dengan lebih rapat.

Sementara itu seorang wartawan TV (Azura) yang membuat liputan berita-berita jenayah mengintip gerakan Castelo dan Rafayel. Ekoran dari tindakan Polis yang semakin hebat dan mengancam empayar perniagaan VCD haram dan pil ecstacy, dua kumpulan haram (Castelo dan Rafayel) yang selama ini bermusuhan telah bersatu. Mereka merancang untuk memerangi anggota Gerak Khas. Tindakan mereka dibantu oleh Suzana yang sebenarnya adalah 'mastermind' dalam kegiatan jenayah. Sementara itu konflik hubungan antara Aleeza dan Mazlan semakin tegang. Mereka sering berbalah. namun atas kesedaran dan komited dengan tanggungjawab yang dipikul, masing-masing melupakan soal peribadi dan meneruskan misi menghancurkan dua kumpulan penjenayah Castelo dan Rafayel.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Gerak Khas The Movie dikeluarkan pada 1 Mac 2001 dan menjadi filem Malaysia pertama yang ditayangkan pada 2001. Filem ini telah menelan belanja sebanyak RM1.35 juta. Kutipan yang diterima untuk filem ini adalah sebanyak RM4,396,053.25.

Muzik[sunting | sunting sumber]

Gerak Khas The Movie: Original Soundtrack
Runut bunyi oleh Pelbagai artis
Dikeluarkan pada6 Februari 2001
GenreRunut bunyi
SyarikatNova Music
PenerbitJohan Aziz

Runut bunyi filem Gerak Khas The Movie dikeluarkan pada 6 Mac 2001 dan diterbitkan oleh Nova Music. Lagu "Keliru" nyanyian AC Mizal dan "Keranamu Kekasih" nyanyian Illa Sabry dikeluarkan sebagai single utama.[2] Pembikinan album runut bunyi Gerak Khas memakan belanja lebih RM40,000.[2]

No. TajukPenulisPenyanyi Masa
1. "Ibarat Lilin"  Is Wow, Johan Azizi   
2. "Titip Rindu"      
3. "Keranamu Kekasih"   Illa Sabry  
4. "Jendela Hati"   Erra Fazira  
5. "Keliru"   AC Mizal  
6. "Semusim Rindu"      
7. "Wajah"   Aishah  
8. "Motor Kapcai"   Senario  
9. "Bintang Kehidupan"   Nike Ardilla  

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan
2001 Festival Filem Malaysia ke-15 Pelakon Komedi Terbaik Mazlan Pet Pet Menang
Penataan Bunyi Terbaik Peter Lim Menang

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Gerak Khas The Movie Filemkita.com. Dicapai pada 1 Mei 2011.
  2. ^ a b Album Soundtrack Gerak Khas The Movie Utusan Malaysia (17 Januari 2001). Dicapai pada 1 Mei 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]