Gerak perlahan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Video gerak perlahan motion panahan petir yang dirakam pada kadar 6,200 bingkai sesaat.

Gerak perlahan (bahasa Inggeris: slow motion[1], disingkatkan sebagai slow-mo) merupakan suatu kesan dalam proses pembikinan filem di mana masa kelihatan menjadi lambat atau perlahan. Kesan ini dicipta oleh seorang paderi Austria bernama August Musger pada awal abad ke-20.

Gerak perlahan banyak digunakan dalam mana-mana dalam pembuatan filem oleh ramai pengarah untuk mencapai pelbagai kesan tertentu. Antara subjek yang kerap disentuh dalam penggunaan gerak perlahan ini termasuk:

  • Semua jenis aktiviti kesukanan untuk menunjukkan kemahiran
  • Fenomena alam, seperti titisan air yang mengena pada kaca.

Gerak perlahan juga boleh digunakan untuk tujuan artistik; yakni bagi menampakkan aura yang romantik atau mendebarkan, ataupun menekankan suatu detik yang utama. John Woo menggunakan kesan ini dalam filem Face/Off merakam pergerakan burung merpati yang sedang terbang. The Matrix menerapkan kesan ini dalam adegan-adegan aksi dengan berjayanya menggunakan banyak kamera serta mencampurkan gerakan perlahan ke dalam bahagian aksi langsung filem tersebut. Akira Kurosawa menerajui kesan filem ini dalam membikin filem Seven Samurai pada tahun 1954. Teknik ini dikaitkan rapat terutamannya dengan syot kesan/efek letupan dan filem dasar laut.[petikan diperlukan]

Kegunaan saintifik[sunting | sunting sumber]

Gerak perlahan sering diperlukan dalam aplikasi sains dan teknikal untuk faktor yang sangat besar, misalnya untuk memeriksa butiran sebuah letupan nuklear. Contoh teknik kadangkalanya diterbitkan, contohnya rakaman sebutir peluru yang dilepaskan menembusi sebiji belon.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "'slow motion' - Maklumat Kata". Pusat Rujukan Persutratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 1 Disember 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]