Gerakan Tanah Air
Gerakan Tanah Air | |
---|---|
Singkatan | GTA |
Pengasas | Mahathir Mohamad |
Ditubuhkan | 4 Ogos 2022 |
Didahului oleh | |
Keanggotaan |
|
Ideologi | |
Kedudukan politik | Sayap kanan |
Agama | Islam Sunni |
Slogan | Malaysia Unggul dan Bermaruah |
Kerusi DUN | 5 |
Kerusi Parlimen | 4 |
Laman sesawang | |
https://pejuang.org.my/ | |
Politik Malaysia Parti politik Pilihan raya |
Gerakan Tanah Air (Jawi: ݢرقن تانه اءير, GTA) ialah sebuah gabungan parti politik dan badan bukan kerajaan di Malaysia yang diasaskan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4 dan ke-7 Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Gabungan ini terdiri daripada empat parti utama, Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN) serta keterlibatan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan tokoh masyarakat.
Penubuhan GTA diumumkan pada 4 Ogos 2022 dalam sebuah sidang media di Yayasan Albukhary, Kuala Lumpur dan memberi keutamaan kepada perjuangan hak orang Melayu Bumiputera dan menukar kerajaan sedia ada.[1] Adapun GTA dijangka akan bertanding 120 kerusi pada pilihan raya umum Malaysia ke-15 (PRU-15) terutama di kawasan-kawasan Melayu yang ditandingi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).
Struktur kepimpinan[sunting | sunting sumber]
Berikut ialah senarai jawatankuasa penaja GTA[2]:
- Pengerusi:
- Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (PEJUANG)
- Timbalan Pengerusi:
- Ustaz Zamani Ibrahim (BERJASA)
- Dato' Paduka Ibrahim Ali (PUTRA)
- Datuk Seri Utama Mukhriz Mahathir (PEJUANG)
- Datuk Mohammed Mosin Abdul Razak (IMAN)
- (Tokoh Masyarakat)
- Naib-naib Pengerusi:
- Ketua Setiausaha:
- Datuk Wira Marzuki Yahya (PEJUANG)
- Bendahari:
- Ketua Penerangan:
- Ahli-Ahli Jawatankuasa:
- Dato' Mohd Rosli Ramli (BERJASA)
- Tan Sri Dato' Mohd Khalid Yunus (PUTRA)
- Datuk Mohamed Ismail Ibrahim (IMAN)
- Dato' Wira Amiruddin Hamzah (PEJUANG)
- En. Borhan Ahmad Zakaria (PUTRA)
- Dr. Amir Hamzah (IMAN)
- En. Azriq Rosman (BERJASA)
- Prof. Dr. Murad Merican - Sarjana
- Tuan Hj. Ahmad Zakie Ahmad Shariff - Profesional Kewangan
- En. Syed Hassan Syed Ali - Tokoh NGO
- Dr. Nazmi Desa - Agamawan
- En. Khaidir Ahmad - Aktivis Alam Sekitar & Rakyat Marhaen
- Dr. Farhan Rusli - Sarjana & Profesional
- Datuk Dr. Abdul Halim Sher - Doktor Perubatan
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ ALWANI ZAFIRAH (4 Ogos 2022). "Tun Mahathir ketuai Gerakan Tanah Air kembalikan hak Melayu". Kosmo. Dicapai pada 4 Ogos 2022.
- ^ Fareez Azman (Ogos 4, 2022). "RoS diharapkan 'murah hati' luluskan nama, prinsip perlembagaan Gerakan Tanah Air - Dr Mahathir". Astro Awani. Dicapai pada 4 Ogos 2022.