Gerakan kombat udara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pesawat Sukhoi Su-30MKI Tentera Udara India semasa latihan Thach Weave.

Gerakan tempur udara atau air combat manoeuvring (juga dikenali sebagai ACM atau dogfight) adalah seni taktikal bergerak, berpusing dan/atau memilih lokasi sesebuah pesawat pejuang agar mendapat posisi untuk menyerang pesawat lain. Gerakan tempur udara bergantung pada Manuever Asas Pejuang (Basic fighter maneuvers- BFM) ofensif dan defensif untuk mendapat kelebihan ke atas lawan udara.

Gambaran sejarah[sunting | sunting sumber]

Penerbangan tentera muncul pada Perang Dunia I dimana kapal terbang pada mulanya digunakan untuk mengesan penumpuan askar musuh, kedudukan dan pergerakan meriam medan. Pertempuran awal udara menyaksikan para juruterbang menembak satu sama lain dengan senjata tangan.[1] Pesawat pertama yang direkodkan ditembak jatuh oleh pesawat lain, yang berlaku pada 5 Oktober 1914, adalah milik Jerman. Juruterbangnya, Feldwebel Wilhelm Schlichting, telah ditembak dengan senjata tangan oleh peninjau Louis Quenault, yang menaiki pesawat Voisin Type 3 dipandu oleh Sarjan Perancis Joseph Frantz.[2] Keperluan untuk menghentikan rekonaisans yang sedang dijalankan oleh pesawat musuh dengan cepat membawa kepada penciptaan pesawat pejuang, sejenis pesawat yang direka khusus untuk memusnahkan pesawat lain.[1]

Persenjataan tembak arah depan didapati paling efektif dalam era pesawat pejuang Perang Dunia I, tetapi ia mustahil untuk menembak melalui kipas kapal terbang sendiri yang sedang berpusing dengan tanpa memusnahkan kapal terbang sendiri! Roland Garros, bekerja dengan syarikat Morane Saulnier Aéroplanes, mereka adalah yang pertama menyelesaikan masalah ini dengan memasang baji keluli pengawal arah aliran pada kipas. Beliau mendapat 3 'bunuhan' tetapi telah ditembak jatuh oleh tembakan dari bumi dan mendarat didalam garisan Jerman. Anthony Fokker memeriksa bangkai pesawat tersebut dan belajar memperbaharui rekaan itu dengan menyambungkan mekanisme tembakan senjata kepada pemasaan enjin, dengan itu membolehkan senjata ditembak melalui kipas tanpa membuat sentuhan pada kipas itu.[1][2] Seiring dengan kemajuan pantas teknologi, juruterbang yang baru dan muda mula mentakrifkan alam pertempuran udara ke udara, seperti Max Immelmann, Oswald Boelcke, dan Lanoe Hawker. Salah seorang "juruterbang ace" terhebat Perang Dunia I, Manfred von Richthofen (Red Baron), menulis didalam bukunya bertajuk The Red Fighter Pilot, "Perkara yang paling menarik dalam pertarungan udara ialah faktor penentu ini tidak bergantung pada muslihat penerbangan tetapi bergantung sepenuhnya pada keupayaan peribadi dan tenaga juruterbang itu. Seorang juruterbang mungkin mampu membuat semua aksi gulungan dan lagak ngeri yang dibayangkan tetapi dia mungkin tidak berjaya menembak jatuh walaupun satu musuh."[3]

Juruterbang kelak belajar mencapai posisi menembak (sambil mengelak ancaman senjata musuh) dengan menggerakkan diri mereka ke belakang pesawat musuh; ini dikenali sebagai mendarat atas "six o'clock" pesawat atau atas "ekor" mereka, ditambah dengan pelbagai istilah lain, biasanya dicipta oleh askar udara. Kombat jenis ini dikenali sebagai dogfight. Oswald Boelcke, seorang pejuang ace Jerman semasa Perang Dunia I, adalah yang pertama menerbitkan peraturan asas bagi gerakan tempur udara pada tahun 1916, dikenali sebagai Dicta Boelcke.[4][5] Beliau menasihatkan para juruterbang supaya menyerang daripada arah matahari (iaitu arah juruterbang lawan tidak dapat melihat), atau terbang pada altitud lebih tinggi dari pihak lawan. Kebanyakan peraturan ini masih bernilai hingga ke hari ini walaupun sudah berabad lamanya.

Pertempuran udara hari ini adalah lebih rumit daripada yang lama, seperti peluru berpandu udara ke udara, radar, dan meriam otomatik yang mampu menembak pada kadar yang tinggi telah digunakan pada hampir semua pesawat pejuang moden.[6] Maneuver jenis baru, dan gerakan tambahan telah muncul , bertujuan untuk memecah penguncian radar dengan meminimumkan tanda Doppler pesawat sendiri ("menjaga musuh pada 3 atau 9 o'clock"), atau menghabiskan tenaga kinetik peluru berpandu yang sedang meluncur (dengan mengubah laluan pesawat dari sisi ke sisi, misil tersebut, tidak terbang terus ke sasaran tetapi cuba menghalangnya, akan membuat pusingan tajam dan akhirnya terbang pada laluan yang lebih panjang). Walaubagaimanapun, pertarungan jarak dekat dengan peluru berpandu inframerah dan meriam pesawat masih mengikut peraturan am yang sama ditetapkan di ruang angkasa Eropah pada awal abad ke-20. Peraturan utama masih sama: jangan biarkan lawan anda berada di six o'clock, sewaktu cuba untuk melepasinya.

Taktik tempur jarak dekat adalah berbeza-beza mengikut jenis pesawat yang digunakan dan jumlah pesawat yang terlibat.

Contoh maneuver[sunting | sunting sumber]

Gerakan Pugachev Cobra seperti yang ditunjukkan oleh pesawat Su-27 Flanker

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Who Killed the Red Baron? October 7, 2003. PBS.
  2. ^ a b "Early Air-to-Air Combat". BBC.
  3. ^ The Red Fighter Pilot. Richthofen.com. Retrieved on 2010-11-16.
  4. ^ "Dicta Boelcke - Organization of Jagdstaffeln and the demise of Boelcke". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-10-25. Dicapai pada 2016-08-25. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  5. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-03-04. Dicapai pada 2016-08-25.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  6. ^ "Basic Principles of BFM".

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Templat:Aerial warfare