Gerakan nasti

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Niktinasti pada tumbuhan Cassia corymbosa pada siang (kiri) dan malam (kanan)

Gerakan nasti merupakan tindak balas tanpa arah terhadap rangsangan (stimulus) seperti suhu dan kelembapan yang biasanya dialami oleh tumbuhan.[1]

Gerakan nasti berbeza dengan tropisme, di mana tindakan-tindakan tropisme berarah terhadap atau menjauhi sumber rangsangan manakala gerakan nasti tidak dipengaruhi oleh kawasan di mana berlakunya rangsangan. Selain itu, gerakan tropisme berkait dengan pertumbuhan tumbuhan tetapi gerakan nasti tidak semestinya berkaitan dengan pertumbuhan tumbuhan.

Senarai tindak balas[sunting | sunting sumber]

  • Fotonasti: Tindak balas terhadap rangsangan cahaya.
  • Niktinasti: Tindak balas dalam keadaan gelap.
  • Termonasti: Tindak balas akibat rangsangan suhu.[2]
  • Tigmonasti: Tindak balas akibat sentuhan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ W., Yatim (2007). Kamus Biologi. Jakarta: Obor. m/s. 160. 
  2. ^ Wood, W. M. L. (1953-01-01). "Thermonasty in Tulip and Crocus Flowers". Journal of Experimental Botany (dalam bahasa Inggeris). 4 (1): 65–77. doi:10.1093/jxb/4.1.65. ISSN 0022-0957.