Geran (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Geran
PengarahAreel Abu Bakar
Penulis
  • Hafiz Derani
  • Areel Abu Bakar
Dihasilkan oleh
  • Abu Bakar Mat Zin
  • Hayati Bt Ahmad
  • Eeeman Teoh
  • Yusri Yusof
  • Johan Abdullah
Dibintangi
SinematografiAreel Abu Bakar
Disunting olehNik Johan
Muzik olehBajai
Syarikat
penerbitan
  • Layar Pictures
  • Tree of Hope Productions
Tarikh tayangan
10 Oktober 2019 (Malaysia)
Masa tayangan
1 jam 41 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM 471 ribu

Geran (atau dikenali sebagai The Deed of Death) merupakan filem aksi silat Malaysia 2019. Filem ini mempamerkan pencak silat, dan mengisahkan satu keluarga pesilat yang perlu pertahankan nama dan tanah rumah mereka daripada tergadai setelah adik mereka lari dengan geran tanah.

Ia ditayangkan pada 10 Oktober 2019 di Malaysia dan Brunei. Filem ini mendapat kepujian atas aksi-aksi silatnya.[1][2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Di Kedah, Ali dan Fatimah dari satu keluarga petani dan pesilat Gayong berasa amat marah dan kesal apabila adik bongsu mereka, Mat Arip, yang terlibat dalam lumba kereta haram dan berjudi, kini lari dengan geran tanah pusaka rumah mereka. Mat Arip telah mencagarkan geran tanah ayah mereka kepada sindiket ceti Haji Daud. Haji Daud pula ialah musuh Pak Nayan dalam silat dan mengugut keluarga mereka. Untuk menjaga nama dan tanah rumah daripada tergadai, mereka kini perlu menentang untuk menyelamatkan adik mereka yang ditangkap oleh sindiket itu dan menuntut semula geran tanah keluarga mereka.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

FIlem ini mempamerkan silat seni gayong dari Pertubuhan Gayong Pusaka. Filem ini tidak menggunakan pelagak ngeri (stuntman), pelakonnya melakukan aksi sendiri kerana mereka berpengalaman dalam silat atau para pesilat sebenar.[3][4][5] Dialog filem ini menggunakan Bahasa Melayu loghat Kedah, dengan sarikata bahasa baku Malaysia disediakan.

Kesinambungan[sunting | sunting sumber]

Tajuk didedahkan sebagai Geran 2 (atau dikenali sebagai The Deed of Death 2).[6]

Sumber rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ ""Geran" teroka dunia seni bela diri tradisional asli silat". Cinema.com.my.
  2. ^ "Interview with Taiyuddin Bakar for Geran". Harian Metro.
  3. ^ "Geran angkat seni tempur silat Melayu". Berita harian
  4. ^ ‘Filem silat ini cerminkan kita - Melayu’. Malaysiakini.com
  5. ^ "Tak Pakai "Stuntman", aksi lawan dalam filem Geran dijamin realistik". Hangat.
  6. ^ "Areel Abu Bakar Dedah Perancangan "Geran 2". Kakimuvee. Dicapai pada 4 Jan 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]