Geran (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Geran (filem 2019))
Jump to navigation Jump to search
Geran
PengarahAreel Abu Bakar
PenerbitAbu Bakar Mat Zin
Hayati Bt Ahmad
Eeeman Teoh
Yusri Yusof
Johan Abdullah
PenulisHafiz Derani
Dibintangi olehNamron
Khoharullah
Feiyna Tajudin
Fad Anuar
Azlan Komeng
Muzik olehBajai
SinematografiAreel Abu Bakar
Disunting olehNik Johan
Syarikat
penerbitan
Layar Pictures
Tree of Hope Productions
Mula ditayangkan
10 Oktober 2019 (Malaysia)
Tempoh tayangan
1 jam 41 minit
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu Kedah

Geran merupakan filem drama aksi silat Malaysia 2019. Filem ini mempamerkan pencak silat, dan mengisahkan satu keluarga pesilat yang perlu pertahankan nama dan tanah rumah mereka daripada tergadai setelah adik mereka lari dengan geran tanah.

Ia ditayangkan pada 10 Oktober 2019 di Malaysia dan Brunei.[1][2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Di Kedah, Ali dan Fatimah dari satu keluarga petani dan pesilat Gayong berasa amat marah dan kesal apabila adik bongsu mereka, Mat Arip, yang terlibat dalam lumba kereta haram dan berjudi, kini lari dengan geran tanah pusaka rumah mereka. Mat Arip telah mencagarkan geran tanah ayah mereka kepada ahlong Haji Daud. Haji Daud pula ialah musuh Pak Nayan dalam silat dan mengugut keluarga mereka. Untuk menjaga nama dan tanah rumah mereka, mereka perlu mencarikan adik supaya tanah mereka tidak diggadai dan membawa adik pulang ke pangkuan ayah mereka.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Namron sebagai Pak Nayan
  • Koharullah sebagai Ali
  • Feiyna Tajudin sebagai Fatimah
  • Fad Anuar sebagai Mat Arip
  • Azlan Komeng sebagai Kahar
  • Taiyuddin Bakar sebagai Mi Piang
  • Megat Shahrizal sebagai Man Bangla
  • Aeril Zafrel sebagai Lah
  • Niezam Zaidi sebagai Asan
  • Adam Shahz sebagai At
  • Kasturi Majid sebagai Tora King
  • Sham Majid sebagai Yon
  • Yusran Hashim sebagai Chot
  • Abinoorizuadin sebagai Pak Teh
  • Faizal Hussein sebagai Haji Daud
  • Fatimah Abu Bakar

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

FIlem ini mempamerkan silat seni gayong dari Pertubuhan Gayong Pusaka. Filem ini tidak menggunakan pelagak ngeri (stuntman), pelakonnya melakukan aksi sendiri kerana mereka berpengalaman dalam silat atau para pesilat sebenar.[3][4][5] Dialog filem ini menggunakan Bahasa Melayu loghat Kedah, dengan sarikata bahasa baku Malaysia disediakan.

Sumber rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]