Gerbang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Gerbang atau lengkungan ialah suatu binaan terbuka dan melengkung yang beratapkan paduan binaan yang biasanya ialah batuan. Lengkungan gerbang boleh jadi dalam bentuk ala bulatan, bujur ataupun tajam di atas seperti piramid. Namun, gerbang ataupun lengkungan tidaklah padat binaannya, binaan gerbang biasanya bertiang dua di tepi dan ruang tengahnya terbuka luas dan membolehkan udara bergerak bebas dari muka ke muka. Gerbang-gerbang pada hari dibina menggunakan lebihan batuan-batuan kecil atau bongkah batu-bata yang digunakan dalam membuat bangunan. Gerbang dicipta bagi mendapat suatu pemandangan yang menarik dan damai. Batu yang terdapat di puncak tertinggi di atas sesuatu gerbang dikenali sebagai "batu kunci" atau "keystone" bagi memastikan batuan yang menjadi bahan asas dalam pembuatan gerbang tidak terjatuh. Gerbang atau lengkungan boleh diletakkan di atas jalan raya, bawah jambatan, pintu masuk utama atau di tingkap-tingkap. Di Malaysia, gerbang yang paling terkenal akan struktur binaan dan nilai warisannya ialah Kota Darul Ehsan.

Gerbang agak berlainan sedikit dengan iwan kerana iwan mempunyai binaan tembok tertutup di bahagian dalamnya.

Gerbang semula jadi[sunting | sunting sumber]

Gerbang laut merupakan salah satu contoh gerbang semula jadi yang berada di kawasan pinggir laut yang berteluk atau bertanjung, gerbang ini terjadi berikutan tindak balas pasang surut ombak laut yang membadai di kawasan penggir laut yang mempunyai tanjung. Secara teknikalnya, ombak akan menyebab berlakunya hakisan ke atas batuan lembut. Apabila hakisan makin bertambah, maka tetanjung mudah membentuk beberapa buah gua. Lama-kelamaan dinding gua yang telah dibadai oleh ombak akan runtuh dan seterusnya membentuk gerbang laut. Keadaan badaian ini akan terus berlaku dan mungkin menyebabkan tiang gerbang laut akan runtuh, maka terbentuklah batuan tunggal dan seterusnya batuan sisa.

Gerbang lembut ialah bentuk gerbang semula jadi yang terdapat di Moab, Utah

Gerbang-gerbang lain[sunting | sunting sumber]

Gerbang buta ialah gerbang yang diisi dengan batuan atau bahan penyumbat yang tidak boleh menjadi tetingkap, pintu mahupun tempat laluan. Gerbang buta biasanya wujud pada bangunan yang telah mengalami pembaikan dan perubahan bentuk yang melibatkan pecahan bahagian mahupun tambahan bahagian seperti blok-blok dinding.

Kubah pula ialah lengkungan yang dikelilingi dengan bahan litupan sebesar 360 darjah pada paksi vertikal.