Pada 1990-an, penggiat gay, lesbian, dan biseksual mengangkat kependekan awalan LGB. Istilah tersebut secara beransur-ansur ditukar kepada LGBT, memandangkan orang transjantina mendapat pengiktirafan. Sekitar waktu tersebut, beberapa penggiat mula untuk memperuntukkan semula istilah kuira, melihatkan ia sebagai lebih radikal dan terangkum bagi istilah payung, walaupun ada yang menolaknya, disebabkan sejarahnya sebagai suatu kata kesat. Dalam isu pengiktirafan ini, tahun 2010-an menyaksikan pengangkatan istilah LGBTQ, dan lain-lain variasi yang lebih terangkum.
Orang LGBT secara menyeluruh membentuk masyarakat LGBT, walaupun tidak semua orang LGBT menyertai atau mempertimbangkan mereka sebahagian daripada masyarakat yang lebih luas. Gelaran ini tidak dipersetujui secara sejagat oleh semua orang yang mereka rasa perlu rangkumkan. Sebagai contoh, sebahagian orang interseks (khunsa) suka jika memasukkan mereka dalam kumpulan ini, manakala ada juga kalangan mereka sebaliknya. Istilah payung pilihan yang pelbagai wujud merentasi pelbagai budaya, termasuk kuira; percintaan sejantina (SGL); dan kumpulan kecil jantina, seksual dan romantis (GSRM, atau gender, sexual and romantic minorities).
Lesbian merujuk kepada wanita yang tarikan seksualnya hanya kepada wanita lain. Wanita yang tertarik kepada kedua-dua wanita dan lelaki selalunya dirujuk sebagai biseksual.
Perkataan lesbian berasal dari Lesbos iaitu sebuah pulau terletak di perairan timur Yunani. Psappho, seorang penyajak wanita zaman dahulu yang tinggal di pulau ini, terkenal dengan sajak-sajaknya mengenai cinta. Sappho menulis sajak cinta untuk wanita. Kerana itu namanya dan pulau tempat dia tinggal menyebabkan orang mengaitkan pulau tersebut dengan wanita yang mencintai wanita. Kadangkala lesbian juga dipanggil Sapphis (bahasa Inggeris: Sapphist) sempena nama Sappho. (Rencana penuh...)
Anderson Hays Cooper (lahir 3 Jun 1967) ialah wartawan, penulis, dan personaliti televisyen Amerika Syarikat. Beliau ialah penyampai rancangan Anderson Cooper 360° di CNN. Ia disiarkan secara langsung dari studio CNN di New York Cit. Sejak September 2011 hingga Mei 2013, beliau menjadi pengacara rancangan bual bicaranya sendiri, Anderson Live. (Rencana penuh...)