Pergi ke kandungan

Gerbang:Mesir Purba

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
PORTAL MESIR PURBA

Kandungan pilihan tentang Mesir Purba

Topeng pengebumian emas firaun Tutankhamun, simbol bagi banyak aspek Mesir purba

Mesir purba (Mesir: km.t) merupakan satu buaian tamadun yang tertumpu di hilir Sungai Nil di Timur Laut Afrika. Ia terbit daripada Mesir prasejarah sekitar tahun 3150 SM (mengikut kronologi Mesir konvensional), apabila Mesir Hulu dan Hilir disatukan oleh Menes, yang dipercayai oleh majoriti ahli Egiptologi sebagai orang yang sama dengan Narmer. Sejarah Mesir purba merangkumi tempoh-tempoh kerajaan stabil yang diselang-seli dengan "Zaman Perantaraan" yang begitu goyah. Kerajaan-kerajaan stabil ini berada dalam salah satu daripada tiga tempoh: Kerajaan Lama pada Zaman Gangsa Awal; Kerajaan Pertengahan pada Zaman Gangsa Pertengahan; atau Kerajaan Baru pada Zaman Gangsa Akhir.

Kemuncak kuasa Mesir purba dicapai semasa Kerajaan Baru, yang meluaskan pemerintahannya ke sebahagian besar Nubia dan sebahagian besar Levant. Selepas tempoh ini, Mesir perlahan-lahan memasuki era kemerosotan. Sepanjang sejarahnya, ia telah diserang atau ditakluki oleh beberapa tamadun asing, termasuk Hyksos, Kush, Assyria, Parsi, dan yang paling ketara, Yunani dan kemudian Rom. Persoalan bila Mesir purba tamat tidak disepakati: sama ada dengan berakhirnya Zaman Akhir semasa Perang Alexander Agung pada 332 SM atau dengan berakhirnya Kerajaan Ptolemaik yang diperintah Yunani semasa Rom menakluk Mesir pada 30 SM. Pada 642 M, penaklukan Mesir oleh Arab menamatkan tempoh seribu tahun Zaman Yunani-Rom di rantau ini.

Kejayaan tamadun Mesir purba sebahagiannya datang daripada keupayaannya untuk menyesuaikan diri dengan keadaan Sungai Nil untuk pertanian. Banjir Nil yang boleh diramal dan pengairan terkawal di lembah suburnya menghasilkan hasil tanaman yang begitu banyak. Ia menyokong populasi yang lebih padat, seterusnya pembangunan sosial dan budaya yang ketara. Dengan sumber yang mencukupi, pentadbiran pun menaja pelombongan mineral-mineral di lembah dan kawasan gurun sekitarnya, pembangunan awal sistem penulisan sendiri, organisasi projek pembinaan dan pertanian kolektif, perdagangan dengan tamadun lain, dan tentera untuk menegaskan dominasi Mesir di seluruh Timur Dekat. Yang memotivasikan dan mengatur aktiviti-aktiviti ini ialah birokrasi jurutulis-jurutulis elit, ketua-ketua agama, dan pentadbir di bawah kawalan firaun yang memerintah, yang memastikan kerjasama dan perpaduan rakyat Mesir dalam konteks sistem kepercayaan agama yang rumit.[1]

Antara banyak pencapaian Mesir purba ialah: teknik-teknik kuari, ukur, dan pembinaan yang menyokong pembinaan piramid, kuil, dan obelisk yang besar; sistem matematik; sistem perubatan praktikal dan berkesan; sistem pengairan dan teknik pengeluaran pertanian; kapal papan pertama yang diketahui; faience Mesir dan teknologi kaca; bentuk baharu kesusasteraan; dan perjanjian damai terawal yang diketahui, yang diratifikasikan dengan Empayar Het yang berpusat di Anatolia. Kesenian dan seni binanya banyak ditiru dan barangan antikuitinya dibawa untuk dikaji, dikagumi, atau direbutkan di seluruh pelosok dunia. Begitu juga, runtuhan monumen-monumennya menginspirasikan imaginasi pelancong dan penulis selama ribuan tahun. Rasa hormat baharu Eropah dan Mesir terhadap barangan purba dan penggalian yang bermula dengan serius pada zaman moden awal telah membawa kepada banyak penyiasatan saintifik tentang Mesir purba dan masyarakatnya, serta penghargaan yang lebih besar terhadap warisan budayanya. (Rencana penuh...)

Rencana pilihan - tunjukkan yang lain

Agama Mesir purba merupakan satu sistem kepercayaan politeistik dan upacara yang rumit, yang merupakan sebahagian penting dalam budaya Mesir purba. Ia tertumpu pada interaksi orang Mesir dengan pelbagai dewa yang dipercayai hadir dan mengawal dunia. Ada kira-kira 1500 dewa yang diketahui. Upacara seperti doa dan persembahan diberikan kepada dewa-dewa untuk mendapatkan keredaan mereka. Amalan keagamaan formal tertumpu pada firaun, pemerintah Mesir, yang dipercayai memiliki kuasa ilahi kerana kedudukan mereka. Mereka bertindak sebagai perantara antara rakyat mereka dan para dewa, dan berkewajipan untuk menjaga dewa-dewa melalui upacara dan persembahan supaya mereka dapat mengekalkan Maat, iaitu keteraturan alam semesta, dan menolak Isfet, iaitu kekacauan. Kerajaan melabur sumber yang besar untuk segala upacara keagamaan dan pembinaan kuil.

Individu boleh berinteraksi dengan para dewa untuk tujuan mereka sendiri, memohon bantuan melalui doa atau menarik dewa untuk bertindak melalui sihir. Amalan ini berbeza daripada, tetapi berkait rapat dengan, uoacara dan institusi formal. Tradisi keagamaan rakyat biasa menjadi semakin utama sepanjang sejarah Mesir apabila status firaun merosot. Kepercayaan Mesir tentang kehidupan akhirat dan kepentingan amalan pengebumian terbukti dalam usaha susah payah yang mereka lakukan demi roh mereka untuk terus hidup selepas mati—dengan bekalan di dalam makam, barangan kubur dan persembahan untuk memelihara jasad dan roh si mati. (Rencana penuh...)

Gambar pilihan

Tahukah anda...

Gebel el-Arak knife

  • ... bahawa orang Mesir purba percaya bahawa upacara pembukaan mulut diperlukan untuk jiwa seseorang untuk terus hidup di akhirat?

Berita

5hb September 2018. Rock-cut Tomb discovered in a 4,000-year-old Elite Cemetery


Ogos 2018: di makam datuk bandar Memphis Ptahmose yang bertarikh sekitar 1300 SM ditemui keju yang dipelihara dengan baik, berusia lebih daripada 3000 tahun.

Biografi pilihan - tunjukkan yang lain

Satu dari sebilangan kecil gambaran 3 dimensi semasa Amenhotep I pada pemerintahannya, kini terdapat di Muzium Seni Halus, Boston.

Amenhotep I (memerintah 1545-1525 BCE) merupakan raja kedua dalam dinasti ke lapan belas, Kerajaan Baru Mesir. Sungguhpun dia dapat dipastikan sebagai anak raja sebelumnya, Ahmose (memerintah 1569-1545 BCE) dan isterinya Ahmose–Nefertari, hubungan Amenhotep I dengan keluarga lainnya tidak begitu jelas direkodkan.

Hubungannya dengan Ahotpe II yang pernah dipercayai sebagai isteri & saudara, kini dipercayai sebagai neneknya. Merit-Amun I kekal sebagai "Isteri Raja Agung" tetapi jelas bukannya "Ibu Raja". Seorang lagi isteri, Sitkamose direkodkan di stelea dinasti ke sembilan belas. (Rencana penuh...)

Imej umum

Berikut ialah imej daripada pelbagai rencana berkaitan Mesir Purba di Wikipedia.

Portal berkaitan


WikiProjek

Topik utama

Mesir Purba

Firaun yang terkenal

Agama Mesir Purba

Laman

Pakar kaji Mesir

Kategori

Kandungan diiktiraf

Pengguna:JL-Bot/Project content

Rencana pilihan

Senarai pilihan

Rencana baik

Tahukah anda?

Gambar pilihan

Rencana dalam berita

Rencana utama laman utama

Senarai utama laman utama

Gambar hari ini

Perkara untuk dilakukan

Wikimedia

Wikibuku  Wikikamus  Wikiberita  Wikipetik  Wikisumber  Wikiversiti  Wikimedia Commons  Wikilayar  Wikidata 
Buku Kamus Berita Petikan Teks Sumber pelajaran Imej dan media Panduan kembara Pangkalan data

Sumber

  1. James (2005), p. 8; Manuelian (1998), pp. 6–7.

Portal