Pergi ke kandungan

Gerbang:Yunani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Selamat datang ke portal Yunani
Acropolis Banner
Acropolis Banner

Introduction

Yunani (nama rasminya Republik Yunani - Bahasa Yunani: Ελληνική Δημοκρατία, Ellīnikī́ Dīmokratía, [e̞liniˈkʲi ðimokraˈti.a]) ialah sebuah negara di tenggara Eropah dan terletak di hujung semenanjung Balkan. Negara ini bersempadankan Bulgaria, Macedonia Utara dan Albania di utara, Turki dan Laut Aegia di timur, serta menghadap Laut-Laut Mediterranean dan Ionia masing-masing di selatan dan baratnya. Dikenali sebagai asal usul ketamadunan Barat, Yunani mempunyai sejarah yang kaya dan tersebar mempengaruhi tiga benua utama dunia mengelilinginya iaitu Eropah, Asia dan Afrika.

Baca lagi...

Rencana terpilih - tunjukkan yang lain

Tapak pertempuran masa kini.

Dalam Pertempuran Thermopylae bertarikh 480 SM, suatu persekutuan negeri-negeri kota Yunani pimpinan Leonidas dari Sparta bertarung melawan Empayar Parsi yang datang menakluk di genting Thermopylae di tengah Yunani. Dengan bilangan jauh lebih kecil, tentera Yunani menahan bala tentera Parsi dalam pertahanan ketitisan darah terakhir antara yang paling terkenal di dunia, sungguhpun akhirnya jatuh kepada Parsi. Pasukan Leonidas menyekat satu-satunya jalan yang boleh dilalui oleh bala tentera Xerxes I. Selepas dua dan setengah hari pertempuran, seorang penduduk tempatan yang bernama Ephialtes dipercayai berpaling tadah pada pihak Yunani dan mendedahkan denai kambing yang membawa kepada belakang barisan tentera Yunani yang bertahan.

Tentera Yunani diwakili oleh "tiga ratus Spartan bersenjata; satu ribu dari Tegea dan Mantinea, separuh dari setiap tempat; seratus lima puluh dari Orkhomenos di Arkadia dan seribu dari Arkadia yang lainnya; sejumlah Arkadia yang sama banyak, empat ratus dari Corinth, dua ratus dari Phlius, dan lapan puluh dari Mykenai. Terdapat juga dari Peloponnesos; dari Boeotia terdapat tujuh ratus Thespiae dan empat ratus Thebes." Dalam pertempuran akhir, ketika kemenangan Parsi tidak dapat dielakkan, kebanyakan tentera Yunani berundur tetapi Leonidas dan sesetengah yang lain kekal untuk bertarung. Sungguhpun mereka "tahu bahawa mereka akan mati di tangan orang Persia, mereka menunjukkan kekuatan teragung yang dimiliki mereka" (Rencana penuh...)

Imej umum

Berikut adalah imej daripada pelbagai rencana Wikipedia yang berkenaan Yunani.

Ralat Lua: No content found on page "Budaya Yunani".

Tahukah anda?

Topics

Rencana yang berkaitan dengan Yunani

Kandungan yang diiktiraf

Kategori Yunani

Category puzzle
Category puzzle
Tekan [►] untuk melihat subkategori

Sastera dan falsafah

Homer
Homer

Yunani telah menghasilkan pelbagai puisi yang tidak terhitung jumlahnya di dunia, dari zaman purba hingga kini, selain ahli-ahli falsafah seperti Sokrates, Plato dan Aristotles serta sejarawan seperti Herodotus dan Thucydides. Tokoh-tokoh terkenal kesusasteraan Yunani moden termasuk Odysseas Elytis dan Constantine Cavafy.

Nyanyikanlah, ya dewi, kemarahan Akhilleus anak Peleus, yang telah mendatangkan malapetaka yang tidak terhitung ke atas bangsa Akhaia. Banyak jiwa yang berani yang dihantarnya dengan tergesa-gesa turun ke Hades, dan ramai pahlawan yang dijadikannya mangsa kepada anjing dan burung hering, kerana demikianlah nasihat Zeus telah dipenuhi sejak hari anak Atreus, raja manusia, dan Akhilleus yang hebat, mula-mula bertengkar antara satu sama lain.

— Homeros, Iliad

Seni

Seni Yunani bermula dalam tamadun prasejarah Cyclades dan Minos. Seni Yunani purba telah banyak mempengaruhi budaya banyak negara dari zaman purba hingga kini, khususnya dalam bidang arca ukir dan seni bina. Di Barat, sebahagian besar seni Empayar Rom berdasarkan model Yunani. Di Timur, penaklukan Alexander Agung memulakan berabad-abad pertukaran budaya antara Yunani, Asia Tengah dan India. Semasa Zaman Pembaharuan, estetika humanis dan standard teknikal seni Yunani yang tinggi menjadi sumber inspirasi kepada generasi artis Eropah.Baca lebih lanjut...

Petikan

Portal lain yang berkaitan

WikiProject Greece

Anda dijemput turut serta dalam WikiProjek Yunani, sebuah pasukan petugas khusus untuk membangunkan dan menambah baik rencana-rencana tentang Yunani.

Wikipedia Yunani

Terdapat Wikipedia versi Yunani, ensiklopedia bebas.

Wikipedia Yunani Purba

Wikipedia Yunani Pontik

Terdapat versi Yunani Pontik untuk Wikipedia, ensiklopedia bebas.
  

Orang Yunani yang terkenal

Video Pilihan

Sumber

Portal

Purge server cache