Gerbang Brandenburg

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Gerbang Brandenburg
ݢربڠ برندربورڠ
Brandenburger Tor (Jerman)
Brandenburger Tor morgens.jpg
Gerbang seperti yang dilihat pada waktu siang
Maklumat umum
ArkitekCarl Gotthard Langhans
JenisGerbang kemenangan
BahanBatu pasir
Lebar65 meter (213 ka)
Tinggi26 meter (85 ka)
Mula dibina pada
1788
Disiapkan pada
1791
Dibuka pada
6 April 1791; 230 tahun yang lalu (1791-04-06)
Laman sesawang
www.visitberlin.de/de/brandenburger-tor
Maklumat lokasi
Gerbang Brandenburg yang terletak di Jerman
Gerbang Brandenburg
Lokasi di Jerman
Koordinat52°30′59″N 13°22′40″E / 52.51639°N 13.37778°E / 52.51639; 13.37778
LokasiPariser Platz, Berlin
 Jerman
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Gerbang Brandenburg atau Pintu Brandenburg (Bahasa Jerman: Brandenburger Tor) adalah monumen neoklasik[1] abad ke-18 terletak di bahagian barat pusat kota Berlin, menghadap bangunan Reichstag yang menempatkan dewan perundangan Jerman. Ia dibina atas perintah Frederich Wilhelm II, raja Prusia, setelah pemulihan sementara berikutan Revolusi Batavia[1] di tapak pintu gerbang lama kota menandakan permulaan jalan dari Berlin ke bandar Brandenburg an der Havel.

Gerbang ini menjadi tempat banyak peristiwa bersejarah besar dalam benua Eropah hingga dinggap tidak hanya sebagai simbol sejarah penuh gejolak benua ini dan Jerman, tetapi juga semangat kesatuan dan perdamaian dalam benua tersebut. Kawasan sekelilingnya merupakan tempat pejalan kaki tumpuan warga Berlin menyaksikan keramaian seperti hari Tahun Baru mahupun acara lain seperti tontonan besar Piala Dunia.[2]

Senibina[sunting | sunting sumber]

Gerbang ini terdiri daripada sepasang enam tiang Dorik di setiap sisi, membentuk lima lorong. Reka bentuknya didasarkan daripada Propylaea, pintu masuk Akropolis Athens, Yunani yang sesuai dengan kecenderungan unsur klasikisme dalam seni bina persekitaran Berlin (pertama, Baroque, dan kemudian neo-Palladio). Pintu gerbang ini merupakan unsur pertama dalam rancangan "Athens baru Sungai Spree" difikirkan arkitek tersebut pada waktu pembinaan ia.[3]

Di atas gerbang adalah suatu hiasan ukiran menggambarkan Victoria, dewi kemenangan Rom, memandu suatu pedati ditarik empat ekor kudanya (diberi nama "Quadriga"[4]) melambangkan kemenangan sambil memegang suatu lembing berhujung Salib Besi. Ukiran ini dikaryakan oleh Johann Gottfried Schadow pada asalnya lebih menggambarkan Eirene, dewi kedamaian dalam mitologi Yunani sebelum ditukar pada pasca-zaman Napoleon.[4]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Gerbang ini pada awal pendiriannya diberi nama "Gerbang Kedamaian" (Friedenstor);[5] laluan tengah ia dikhususkan untuk kerabat diraja Prusia.[6]

Napoleon Bonaparte merampas patung hiasan gerbang ini berikutan kekalahan Prusia dalam Pertempuran Jena-Auerstedt[7] untuk dibawa ke Paris.[6] Ukiran-ukiran ini dipulangkan ke Jerman oleh Ernst von Pfuel setelah tewasnya Napoleon dalam Perang Gabungan Keenam;[8][9] pada ketika ini juga ia diberi pengubahsuaian kecil yang cocok oleh Karl Friedrich Schinkel.[5]

Dengan melemahnya pengaruh blok Komunis di Eropah, binaan ini menyaksikan seberapa kejadian utama berkaitan peleraian sengketa membawa kepada turutan utama yang menyatukan negara-negara Eropah mengakhiri Perang Dingin. Presiden Ronald Reagan melakukan ucapan besar kepada rakyat Berlin Barat pada 12 Jun 1987 di hadapan gerbang ini mendesak Mikhail Gorbachev mendesak peruntuhan Tembok Berlin.[10][11] Gerbang ini menjadi merupakan lokasi upacara rasmi mengisytiharkan penyatuan semula Jerman pada awal Oktober 1990, khususnya penaikan bendera Schwarz-Rot-Gold pukul 12 tengah malam tanggal 3 Oktober menandakan permulaan suatu negara Jerman disatukan yang baharu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Das Brandenburger Tor und sein Geheimnis, Der Tagesspiegel
  2. ^ "Berlin feiert am Brandenburger Tor ins neue Jahr 2013 (in German)". Berliner Morgenpost. 4 March 2007.
  3. ^ Ward, Graham (2013). The Oxford Handbook of Theology and Modern European Thought. Oxford University Press. m/s. 68. Unknown parameter |Chapter= ignored (|chapter= suggested) (bantuan)
  4. ^ a b "Brandburg Gate - History". Dicapai pada 11 Oktober 2020.
  5. ^ a b "Denkmale in Berlin. Brandenburger Tor". Senatsverwaltung für Stadtentwicklung und Umwelt, Berlin. Dicapai pada 5 August 2013.
  6. ^ a b Dunton, Larkin (1742). The World and Its People. Silver, Burdett. m/s. 188.
  7. ^ "Deutsches Historisches Museum". Dhm.de. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-24. Dicapai pada 25 April 2014.
  8. ^ Sullivan, Paul (2016). "Brandenburg Gate". Pocket Rough Guide Berlin. Rough Guides. London: Penguin Random House. m/s. 72. Dicapai pada 9 Mei 2016.
  9. ^ Dedio, Florian; Dedio, Gunnar (2013). "Berlin, Germany, before the war". The Great War Diaries: Breathtaking Colour Photographs from a World Torn Apart. London: BBC Books, Penguin Random House. m/s. 50. Dicapai pada 6 Mei 2016.
  10. ^ "Remembering Reagan's "Tear Down This Wall" speech 25 years later". CBS News. 12 June 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-29. Dicapai pada 2020-10-11.
  11. ^ "Lessons from Reagan after "Tear down this wall" speech". CBS News. 12 June 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-20. Dicapai pada 2020-10-11.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]