Gerd Müller

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Gerd Muller)
Gerd Müller
Müller pada tahun 2007
Maklumat peribadi
Nama penuh Gerhard Müller
Tarikh lahir (1945-11-03)3 November 1945
Tempat lahir Nördlingen, Jerman
Tarikh kematian 15 Ogos 2021(2021-08-15) (umur 75)
Tempat kematian Wolfratshausen, Jerman
Ketinggian 176 cm (5 ka 9 in)[1]
Posisi permainan Penyerang
Kerjaya remaja
1958–1963 1861 Nördlingen
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1963–1964 1861 Nördlingen 31 (51)
1964–1979 Bayern Munich 453 (398)
1979–1981 Fort Lauderdale Strikers 71 (38)
Jumlah 555 (487)
Pasukan kebangsaan
1966 Jerman Barat B23 1 (1)
1966–1974 Jerman Barat 62 (68)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Gerhard "Gerd" Müller (Sebutan bahasa Jerman: [ˈɡɛɐ̯t ˈmʏlɐ]; 3 November 1945 – 15 Ogos 2021)[2] merupakan bekas pemain bola sepak Jerman. Seorang penyerang berprolifik, terkenal dengan kemahiran penyudahnya lebih-lebih lagi di dalam kotak penalti. Beliau diakui salah satu penyerang terhebat sepanjang zaman.[3]

Di peringkat antarabangsa bersama pasukan Jerman Barat, beliau telah menjaringkan 68 gol dalam 62 kemunculan antarabangsanya. Bersama kelab Bayern Munich, beliau meletakkan rekod dengan 365 jaringan gol dalam 427 perlawanan Bundesliga. Di peringkat Eropah, Müller mencipta rekod dengan menyumbat 66 gol dalam 74 perlawanan Eropah.[3] Dengan purata satu gol satu perlawanan bersama pasukan Jerman Barat, Müller kini di tempat ke-12 dalam senarai penjaring terbanyak dalam perlawanan antarabangsa sepanjang masa walaupun beliau kurang beraksi berbanding 25 pemain teratas. Dalam kalangan penjaring terbanyak, beliau mempunyai nisbah gol-perlawanan.

Beliau digelar "Bomber der Nation" ("pengebom negara") atau secara ringkasnya "Der Bomber",[3] Müller dinamakan sebagai Pemain Bola Sepak Terbaik Eropah pada 1970. Selepas menempuh musim yang cemerlang di Bayern Munich, beliau menjaringkan sepuluh gol sepanjang kempen Piala Dunia 1970 dan dianugerahkan Kasut Emas selaku penjaring terbanyak. Dalam kejohanan Piala Dunia 1974, beliau menjaringkan empat gol termasuklah gol kemenangan pada perlawanan akhir. Müller memegang rekod penjaring terbanyak Piala Dunia sepanjang zaman dengan 14 gol selama 32 tahun. Pada tahun 1999, Müller di kedudukan kesembilan dalam pengundian Pemain Eropah Abad Ini oleh International Federation of Football History & Statistics (IFFHS) dan beliau di tempat ke-13 dalam pengundian World Player of the Century.[4] Pada tahun 2004, Pelé meletakkan Müller dalam FIFA 100, senarai pemain bola sepak terhebat.[3]

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Müller pada tahun 1973.

Bayern Munich[sunting | sunting sumber]

Müller memulakan kerjaya bola sepaknya di TSV 1861 Nördlingen. Seterusnya, Müller sertai Bayern Munich pada tahun 1964 dan bergabung dengan bintang kelak, Franz Beckenbauer dan Sepp Maier. Bayern kemudian menorak langkah untuk menjadi kelab Jerman paling berjaya dalam sejarah. Pada mulanya, Bayern beraksi di Regionalliga Süd (Liga Bahagian Selatan), yang merupakan sebuah peringkat di bawah tahap Bundesliga pada masa itu. Selepas satu musim, Bayern Munich menyertai Bundesliga dan memulakan rangkaian kejayaan mereka. Bersama Bayern, Müller mengumpul beberapa kejuaraan diraihnya sama ada di peringkat domestik mahupun antarabangsa ketika era 1960an dan 1970an. Beliau meraih kejuaraan Bundesliga empat kali, DFB-Pokal empat kali, Piala Eropah tiga kali, Piala Antara Benua sekali dan Piala Juara-Juara Eropah sekali.

Seorang penyudah jaringan yang berbisa, beliau merupakan penjaring terbanyak liga Jerman tujuh kali dan kejohanan Eropah dua kali. Müller menjaringkan 365 gol dalam 427 perlawanan Bundesliga untuk Bayern Munich. Beliau memegang rekod jaringan gol terbanyak dalam satu musim Bundesliga iaitu 40 gol ketika musim 1971–72, satu rekod yang amat mengagumkan kerana tidak seperti liga di negara lain, Bundesliga hanya mempunyai 18 pasukan dan oleh itu hanya terdapat 34 perlawanan setiap musim. Müller turut memegang rekod jaringan gol terbanyak dalam satu tahun, iaitu 85 gol dihasilkan pada tahun 1972[5] sehinggalah rekod tersebut dikejutkan 40 tahun kemudian oleh Lionel Messi.[6][7]

Fort Lauderdale Strikers[sunting | sunting sumber]

Selepas menamatkan kariernya di Bundesliga, beliau berpindah ke Amerika Syarikat untuk sertai kelab Fort Lauderdale Strikers yang beraksi di North American Soccer League (NASL) pada 1979. Beliau beraksi selama tiga musim di sana dengan menjaringkan 38 gol.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Gerd Müller pada tahun 2006.

Müller menjaringkan 68 gol dalam 62 perlawanan untuk pasukan Jerman Barat. Beliau merupakan penjaring terbanyak pasukan Jerman sepanjang zaman sehinggalah rekod tersebut dikejutkan oleh Miroslav Klose pada 2014 walaupun Klose memerlukan kemunculan antarabangsa dua kali ganda daripada Müller. Klose menjaringkan gol ke-69nya dalam kemunculan antarabangsanya ke-132.[8] Kerjaya antarabangsa Müller bermula pada tahun 1966 dan tamat pada 7 Julai 1974 dengan menjulang kejayaan Piala Dunia 1974 di negara tanah airnya.[9] Beliau menjaringkan gol kemenangan buat pasukannya menewaskan Belanda yang dibintangi Johan Cruyff 2-1 pada perlawanan akhir. Empat gol di kejohanan tersebut dan sepuluh gol beliau di Piala Dunia 1970 meletakkan beliau penjaring terbanyak dalam saingan Piala Dunia dengan 14 gol dicetak. Rekod Müller dicabar sehinggalah edisi Piala Dunia 2006, turut diadakan di Jerman apabila rekod tersebut dipecahkan Ronaldo dari Brazil. Müller turut mengambil bahagian dalam UEFA Euro 1972 dan menjadi penjaring terbanyak kejohanan dengan empat gol selain merangkul kejuaraan Eropah bersama pasukan Jerman Barat.

Kehidupan selepas bersara[sunting | sunting sumber]

Selepas Müller menamatkan kerjaya bola sepaknya pada tahun 1982, tahap kesihatannya merosot dan beliau menghidapi alkoholisme iaitu ketagihan arak. Walau bagaimanapun, bekas sahabatnya di Bayern Munich memujuk beliau agar mengurangkan ketagihan terhadap minuman keras itu melalui pemulihan. Setelah itu, mereka memberikan pekerjaan kepada Müller sebagai jurulatih pasukan Bayern Munich II. Pada Julai 2008, Rieser Sportpark di Nördlingen, di mana Müller memulakan kerjayanya di situ ditukar namanya kepada Gerd-Müller-Stadion bagi menghargai jasanya.

Pada Oktober 2015, Müller disahkan menghidapi penyakit Alzheimer.[10]

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Kelab Musim Liga Piala Eropah[nb 1] Lain[nb 2] Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Jerman 1861 Nördlingen 1963-64 31 51 31 51
Jerman Bayern Munich 1964–65 26 33 6 6 32 39
1965–66 33 15 6 1 39 16
1966–67 32 28 4 7 9 8 45 43
1967–68 34 19 4 4 8 7 46 30
1968–69 30 30 5 7 35 37
1969–70 33 38 3 4 2 0 38 42
1970–71 32 22 7 10 8 7 47 39
1971–72 34 40 6 5 8 5 48 50
1972–73 33 36 5 7 6 12 5 12 49 67
1973–74 34 30 4 5 10 8 48 43
1974–75 33 23 3 2 7 5 43 30
1975–76 22 23 6 7 7 5 34 35
1976–77 25 28 4 11 4 5 37 48
1977–78 33 24 3 4 6 4 42 32
1978–79 19 9 2 4 21 13
Jumlah 453 398 62 78 79 70 11 18 605 564
Amerika Syarikat Fort Lauderdale Strikers 1979 25 19 25 19
1980 29 14 29 14
1981 17 5 17 5
Jumlah 71 38 71 38
Jumlah kerjaya 555 487 62 78 79 70 11 18 707 653

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pasukan kebangsaan Jerman Barat
Tahun Kmncln Gol
1966 1 0
1967 4 6
1968 3 2
1969 7 9
1970 12 13
1971 8 12
1972 7 13
1973 8 7
1974 12 6
Jumlah 62 68

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Bayern Munich[3]

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Müller (kanan) meraih trofi Piala Dunia bersama Jerman Barat pada tahun 1974.
Jerman Barat[3][11]

Individu[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Gerd Müller" (dalam bahasa Jerman). fussballdaten.de. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Disember 2008. Dicapai pada 17 Disember 2008.
  2. ^ "Gerd Müller ist tot: Der Bomber der Nation starb mit 75 Jahren". FOCUS Online (dalam bahasa Jerman). 15 Ogos 2021. Dicapai pada 2021-08-15.
  3. ^ a b c d e f g h i j "Der Bomber wrote records for eternity". FIFA.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-03-02. Dicapai pada 10 December 2012.
  4. ^ Stokkermans, Karel (30 January 2000). "IFFHS Century Elections". RSSSF.com. Dicapai pada 21 June 2014.
  5. ^ Uli Hesse (17 November 2012). "Looking for Goals". ESPN. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-21. Dicapai pada 28 November 2012.
  6. ^ Shergold, Adam (9 December 2012). "Month by month, goal by goal... The diary of Messi's extraordinary record-breaking year". Mail Online. Dicapai pada 10 December 2012.
  7. ^ "Lionel Messi of Barcelona sets new goal-scoring record". BBC Sport. 10 December 2012. Dicapai pada 10 December 2012.
  8. ^ "World Cup in sight as Germany see off Austria". UEFA.com. 6 September 2013. Dicapai pada 2 November 2016.
  9. ^ Lomas, Mark (28 May 2010). "Gerd Muller: Der Bomber". ESPN Soccernet. ESPN. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-15. Dicapai pada 13 September 2011.
  10. ^ "Bayern Munich and Germany legend Gerd Muller suffering from Alzheimer's disease". Daily Mail. 6 October 2015. Dicapai pada 6 October 2015.
  11. ^ name="fussballdaten.de"
  12. ^ Moore, Rob; Stokkermans, Karel. "European Footballer of the Year ("Ballon d'Or")". RSSSF. Dicapai pada 6 September 2014.
  13. ^ "Topscorer 2012/2013: Lionel Messi (FC Barcelona)". eusm.eu. Dicapai pada 6 September 2014.
  14. ^ "1972 team of the tournament". UEFA.com. 2 May 2011. Dicapai pada 6 September 2014.
  15. ^ "Top Scorers". futbal.org. Dicapai pada 6 September 2014.
  16. ^ "FIFA Order of Merit" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2013-10-02. Dicapai pada 21 January 2015.
  17. ^ "Legends". Golden Foot. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 September 2015. Dicapai pada 23 September 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Kedudukan sukan
Didahului oleh
Sepp Maier
Kapten Bayern Munich
1979
Diikuti oleh:
Hans-Georg Schwarzenbeck
Rekod
Didahului oleh
Just Fontaine
13
Penjaring Terbanyak Piala Dunia FIFA
7 Julai 1974 – 27 Jun 2006
Diikuti oleh:
Ronaldo
15