Gereja Kecil Sistine

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Gereja Kecil Sistine
Cappella Sistina (Bahasa Itali)
Sistina-interno.jpg
Gereja dari sisi hujung altar
Ralat Lua pada baris 502 di Modul:Location_map: Tidak dapat mencari pentakrifan peta lokasi yang diperincikan: "Module:Location map/data/Vatican" tidak wujud.
Info asas
LokasiKota Vatikan
Koordinat geografi41°54′11″N 012°27′16″E / 41.90306°N 12.45444°E / 41.90306; 12.45444Koordinat: 41°54′11″N 012°27′16″E / 41.90306°N 12.45444°E / 41.90306; 12.45444
AgamaKatolik Rom
DaerahKeuskupan Rom
NegaraKota Vatican
Tahun ditahbiskan15 Ogos 1483
Status kegerejaan atau organisasiTempat sembahyang Paus
PemimpinPaus Francis
Laman webmv.vatican.va
Penerangan seni bina
ArkitekBaccio Pontelli, Giovanni de Dolci[1]
Jenis seni binaGereja
Pecah tanah pada1473[1]
Disiapkan pada1481[1]
Spesifikasi
Panjang40.9 meter (134 kaki)
Lebar (ruang ibu)13.4 meter (44 kaki)
Tinggi (maks)20.7 meter (68 kaki)
Nama rasmi: Kota Vatikan
JenisKebudayaan
Kriteriai, ii, iv, vi
Tarikh dimasukkan1984[2]
No. Rujukan286
State PartyFlag of the Vatican City.svg Takhta Suci
KawasanEropah dan Amerika Utara

Gereja Kecil Sistine (Bahasa Latin: Sacellum Sixtinum; Bahasa Itali: Cappella Sistina, [kapˈpɛlla siˈstiːna]) adalah sebuah gereja kecil di Istana Apostolic iaitu kediaman rasmi Paus di Kota Vatikan yang asalnya dikenali sebagai Cappella Magna. Gereja ini mengambil nama daripada Paus Sixtus IV yang bertanggungjawab memulihkan binaannya antara tahun 1477 dan 1480. Sejak itu, gereja ini telah berfungsi sebagai kedua-dua tempat beribadah dan tempat bekerja petugas paus. Geraeja ini berperanan kini sebagai tempat pemilihan seorang bakal Paus yang baru untuk mengetuai Gereja Katolik. Kemasyhuran gereja ini datang terutamanya daripada lukisan fresko yang menghiasi dalamannya terutamanya siling gereja serta Il Giudizio Universale karya Michelangelo.

Semasa pemerintahan Sixtus IV, sepasukan pelukis zaman Pembaharuan yang juga termasuk Sandro Botticelli, Pietro Perugino, Pinturicchio, Domenico Ghirlandaio dan Cosimo Roselli menghasilkan satu siri lukisan menggambarkan kisah-kisah hayat tokoh agama Kristian — iaitu Moses (atau Musa) dan Yesus Kristus — yang turut diimbangi oleh potret-potret paus di atas dan tiraian trompe l'oeil di bawahnya. Lukisan-lukisan ini telah disiapkan pada tahun 1482, dan Sixtus IV mengadakan upacara Misa pertama di tempat tersebut pada 15 Ogos 1483 untuk Pesta Assumption, di mana gereja ini disucikan dan ditahbiskan kepada "Mary si Perawan", atau Virgin Mary.[3][4]

Antara tahun 1508 dan 1512, Michelangelo mengecat siling gereja ini atas restu Paus Julius II, di mana projek ini telah mengubah hala seni Barat dan dianggap sebagai salah satu pencapaian seni utama dalam peradaban manusia.[5][6] Beliau kembali ke kota tersebut yang berada balam keadaan sosiopolitik yang berbeza selepas Karung Roma, dan beliau melukis Il Giudizio Universale di antara 1535 dan 1541 untuk Paus Clement VII dan Paul III.[7] Kemasyhuran lukisan-lukisan Michelangelo telah menarik ramai pengunjung ke gereja ini sejak pembukaannya pada lima ratus tahun yang lalu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan EHT2006_313 tidak disediakan
  2. ^ Vatican City, Whc.unesco.org, dicapai 9 Ogos 2011 
  3. ^ Pietrangeli 1986, halaman 28
  4. ^ Monfasani, John (1983), "A Description of the Sistine Chapel under Pope Sixtus IV", Artibus et Historiae, IRSA s.c., 4 (7): 9–18, doi:10.2307/1483178, ISSN 0391-9064, JSTOR 1483178. 
  5. ^ Gardner, Helen (1970) Art through the Ages, p. 469, Harcourt, Brace and World. ISBN 978-0-15-508315-8
  6. ^ Robert Coughlan, The World of Michelangelo, Time-Life International, (1966) p. 116
  7. ^ Robert Coughlan, p. 127

Pautan luar[sunting | sunting sumber]