Gerhana Cinta Edika

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gerhana Cinta Edika
Gerhana Cinta Edika
Gerhana Cinta Edika
Umum
PengarangHaiza Najwa
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
SubjekNovel
GenreKisah cinta
Penerbitan
PenerbitRhythm
Jenis media
Buku kulit nipis

Gerhana Cinta Edika ialah novel kisah cinta yang ditulis oleh Haiza Najwa dan diterbitkan oleh penerbit Rhythm.

Jalan cerita[sunting | sunting sumber]

Gerhana Cinta Edika ditulis setelah Haiza Najwa terbaca kisah sedih adik-beradik yang melarikan diri dari rumah nelayan mereka di pantai Timur kerana tidak tahan diperkosa abang sendiri. Kakak mereka juga diperkosa sementah usia 11 tahun. Dia sering melihat kakaknya itu meratap di kejauhan malam. Ada kala dilihatnya kakaknya menangis dalam keadaan bogel. Dia hairan justeru pada persepsinya, kakaknya itu sangat bertuah kerana si abang sentiasa paparkan kasih sayang melalui belaian pada si kakak hingga terkadang terbit cemburu di hatinya. Tapi setelah usianya mencecah 10 tahun, barulah dia sedar maksud tangisan kakaknya. Kerana apa yang dilakukan pada kakak dibuat pula pada dirinya. Bila diadukan pada ibu, ibu bilang, "Isyy.. jangan bising-bising nanti malu. Kalau abang tak ada, sapa nak bagi kita makan? Sapa nak ke laut?" Gerhana Cinta Edika menggambarkan betapa bendulnya si ibu yang tidak tahu anak lelakinya mengerjakan adik perempuannya sendiri.