Gerhana matahari 26 Januari 2009

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bagi cara penggunaan, lihat Template:Infobox Solar eclipse
Jenis gerhana
Gerhana maksimum
Waktu (UTC)
Rujukan
Saros( of )

Gerhana matahari yang berlaku pada hari Isnin bertarikh 26 Januari 2009 yakni Tahun Baru Cina di Malaysia[1] adalah gerhana anulus matahari dengan magnitud 0.92 boleh dilihat bermula dari selatan Lautan Atlantik dan bergerak 900 km ke arah timur melalui selatan Afrika, melengkung ke arah timur laut melalui Lautan Hindi. Pendaratan yang pertama bermula dari Pulau Cocoa diikuti selatan Sumatera dan barat Jawa. Titik gerhana terus bergerak agak ke timur melintasi di tengah-tengah Borneo, merentasi barat laut Sulawesi, kemudian berakhir sebelum Mindanao, Filipina.[2] Gerhana matahari ini telah diramalkan berlaku selama 3 jam 46 minit.[1]

Gerhana ini merupakan sebahagian daripada Kitaran Saros Suria 131.

Kebolehlihatan[sunting | sunting sumber]

Malaysia[sunting | sunting sumber]

Oleh sebab titik gerhana agak jauh dari Semenanjung Malaysia, kira-kira 60% hingga 80% matahari akan dilindungi bulan.[3] Di Sabah dan Sarawak, lebih daripada 90% matahari dilindungi dan sebahagian kecil Bahagian Kapit, Sarawak boleh nampak gerhana matahari anulus. Permulaan gerhana diramalkan akan berlaku pada jam 4.31 petang dan kemuncak gerhana akan berlaku pada jam 5.50 petang dan berakhir pada jam 6.58 petang.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Maklumat Gerhana Matahari Separa 26 Januari 2009 Versi 1.0 (1.44 MB) Diarkibkan 2016-03-05 di Wayback Machine falak-online.net
  2. ^ "Eclipses During 2009". NASA. Dicapai pada 2009-01-22.
  3. ^ "Gerhana Matahari 26 Januari Ini". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-02-17. Dicapai pada 2009-01-25.
  4. ^ "Falak Online". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-24. Dicapai pada 2009-01-25.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]