Gerhard Ertl

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Gerhard Ertl
Prof Ertl-Portrait.jpg
Lahir (1936-10-10) 10 Oktober 1936 (umur 82)
Stuttgart-Bad Cannstatt, Baden-Württemberg, Jerman
KediamanJerman
WarganegaraJerman
BidangKimia permukaan
InstitusiUniversiti Teknikal Hannover
Universiti Ludwig Maximilians Munich
Universiti Tekhnikal Munich
Universiti Bebas Berlin
Universiti Teknikal Berlin
Institut MPG Fritz Haber
Universiti Humboldt Berlin
Pusat pendidikanUniversiti Stuttgart
Universiti Teknikal Munich
Penasihat kedoktoranHeinz Gerischer
Dikenali keranaKimia permukaan
AnugerahHadiah Jepun (1992)[1]
Hadiah Wolf dalam Kimia (1998)
Hadiah Nobel dalam Kimia (2007)
Hadiah Otto Hahn (2007)
Hadiah Syarahan Faraday (2007)

Gerhard Ertl (lahir 10 Oktober 1936) merupakan seorang ahli fizik Jerman dan seorang Profesor emeritus di Jabatan Kimia Fizikal, Fritz-Haber-Institut der Max-Planck-Gesellschaft di Berlin, Jerman. Penyelidikan Ertl meletakkan asas kimia permukaan moden, yang telah membantu menjelaskan bagaimana sel-sel bahan api menghasilkan tenaga tanpa pencemaran, bagaimana penukar pemangkin membersihkan ekzos kereta dan juga mengapa karat besi, kata Royal Swedish Academy of Sciences.

Hasil kerja beliau telah membuka jalan bagi pembangunan sumber tenaga bersih dan akan membimbing pembangunan sel bahan bakar, kata Astrid Graslund, setiausaha Jawatankuasa Nobel Kimia.

Beliau telah dianugerahkan Hadiah Nobel dalam Kimia 2007 untuk mengkaji proses kimia pada permukaan pepejal. Akademi Nobel berkata Ertl memberikan penerangan terperinci bagaimana tindak balas kimia berlaku pada permukaan. Penemuannya digunakan dalam kajian akademik dan pembangunan perindustrian, kata akademi itu. "Kimia permukaan juga boleh menjelaskan kemusnahan lapisan ozon, kerana langkah-langkah penting dalam tindak balas sebenarnya berlaku pada permukaan kristal kecil ais di stratosfera," kata penghargaan itu.

Pada tahun 2015, Ertl menandatangani Deklarasi Mainau 2015 mengenai Perubahan Iklim pada hari terakhir Mesyuarat Pencapaian Nobel Lindau ke-6. Perisytiharan tersebut telah ditandatangani oleh sejumlah 76 Pemenang Hadiah Nobel dan diserahkan kepada Presiden Republik Perancis, François Hollande, sebagai bahgian dari pertemuan iklim COP21 yang berjaya di Paris.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Laureates of the Japan Prize. japanprize.jp
  2. ^ "Mainau Declaration". www.mainaudeclaration.org. Dicapai 2018-01-11. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]