German Olympic Decoration

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Anugerah Olimpik daripada era Nazi, diharamkan sejak tahun 1945
Anugerah Olimpik Jerman: Medal Peringatan, Kelas ke-2, Kelas Pertama (dari tahun 1957)

German Olympic Decoration atau Anugerah Olimpik Jerman ([Deutsche Olympia-Ehrenzeichen atau Deutsches Olympiaehrenzeichen] error: {{lang-xx}}: text has italic markup (help))[1] ialah sejenis pingat awam Jerman Nazi yang dikurniakan kepada para peneraju Sukan Olimpik Musim Sejuk IV di Garmisch-Partenkirchen dan Sukan Olimpik XI di Berlin 1936. Anugerah tersebut tidak ditujukan kepada peserta sebenar didalam Sukan Olimpik, tetapi bagi mengiktiraf mereka yang mengatur persiapan "dibelakang tabir" dan bekerja untuk acara ini.[2]

Beberapa anggota SS, termasuk, Reinhard Heydrich, Karl Wolff dan Heinrich Himmler telah dikurniakan anugerah Sukan Olimpik kerana menyediakan keselamatan disepanjang acara ini.[3] Hermann Fegelein telah dikurniakan anugerah ini kerana memantau persiapan perjalanan dan kemudahan bagi acara ekuestrian.[4] Anugerah tersebut telah disampaikan kepada Leni Riefenstahl kerana kerja-kerja beliau dalam penggambaran pelbagai acara sukan. Ia juga telah disampaikan, Kelas ke-2, kepada Hiroshi Ōshima, Duta Besar Jepun ke Jerman.[5]

Anugerah Olimpik Jerman telah dikurniakan dalam tiga kelas:

  • Kelas Pertama
  • Kelas Ke-2
  • Medal Peringatan Olimpik Jerman

Daripada ketiga-tiga kelas, Kelas Pertama telah disampaikan sebagai darjah kalung. Sebanyak 767 pingat ini telah disampaikan. Kelas kedua terbuka kepada orang yang memainkan peranan penting, tetapi peranan lebih kecil seperti kerja-kerja pertunjukkan sukan. Sebanyak 3,364 pingat ini telah disampaikan. Medal Peringatan Olimpik Jerman (Bahasa Jerman: Deutsche Olympia-Erinnerungsmedaille) telah dizahirkan untuk mengiktiraf khidmat yang berkaitan dengan kerja-kerja persiapan dan pelaksanaan acara sukan. Pingat tersebut tidak terhad kepada warga Jerman. Kesemua kelas boleh dipakai dalam saiz mini pada bar reben.[6] Undang-undang moden Jerman melarang pemakaian lambang swastika, jadi pada tahun 1957 kerajaan persekutuan Jerman membenarkan anugerah pengganti bagi versi swastika; yang masih wujud dan boleh dipakai sebagai pingat awam.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Angolia, John (1989). For Führer and Fatherland: Political & Civil Awards of the Third Reich, R. James Bender Publishing, pp. 17, 19. ISBN 0-912138-16-5
  2. ^ Lumsden, Robin (2001). Medals and Decorations of Hitler's Germany, The Crowood Press Ltd. ISBN 1-84037-178-1
  3. ^ SS service record collection, United States National Archives; College Park, Maryland
  4. ^ Miller, Michael (2006). Leaders of the SS and German Police, Vol. 1, R. James Bender Publishing, p. 306. ISBN 93-297-0037-3
  5. ^ Angolia, John (1989). For Führer and Fatherland: Political & Civil Awards of the Third Reich, p. 21.
  6. ^ Angolia, John (1989). For Führer and Fatherland: Political & Civil Awards of the Third Reich, pp. 17-22.
  7. ^ "Section 86a Use of Symbols of Unconstitutional Organizations". Criminal Code (Strafgesetzbuch, StGB). German Law Archive.