Getah Arab

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Getah rembesan pokok akasia (gum arabic) dalam bentuk ketulan dan serbuk

Getah Arab (Bahasa Arab: صمغ عربي, translit. samgh `arabiy; Bahasa Inggeris: gum arabic atau acacia gum[1]) adalah bahan diperolehi dari getah semulajadi rembesan dua spesies akasia iaitu Senegalia senegal [2] dan Vachellia (Acacia) seyal yang mengeras. Bahan ini terdiri banyaknya dari campuran glikoprotein dan polisakarida kompleks daripada arabinosa dan galaktosa, ia bersifat larut dalam air dan boleh dimakan.

Getah keras ini dituai secara komersial dari pokok-pokok liar, kebanyakannya di Sudan (80%) dan di seluruh Sahel benua Afrika dari Senegal di sebelah barat ke Somalia di timur. Ia digunakan terutama dalam industri makanan dan minuman ringan sebagai penstabil bernombor E414 (I414 di AS). Ia turut digunakan dalam pelbagai jenis bahan seni arabic termasuk penghasilan cat, gam, kosmetik, dan pelbagai aplikasi industri, termasuk kawalan kelikatan pada tinta dan industri tekstil, walaupun bahan yang lebih murah bersaing dengannya kerana banyak peranan ini.

Penggunaan[sunting | sunting sumber]

Dalam makanan[sunting | sunting sumber]

Bahan ini digunakan dalam industri makanan menghasilkan gula lapis, gula-gula lembut dan getah serta manisan seumpamanya sebagai penstabil, pengemulsi dan pemekat, [3] serta dalam pembuatan minuman ringan untuk mengikat pemanis dan perasa.[4] bahan ini sering dilarutkan dalam air, sirap gomme, kadang-kadang digunakan dalam koktel untuk mengelakkan gula daripada mengkristal dan memberikan tekstur yang halus.

Dalam kesenian[sunting | sunting sumber]

Bahan ini digunakan sebagai bahan pengikat cat air kerana sifat mudah larut dalam air bersama apa jua pigmen warna ditakarkan. Pigmen ini akan melekat bersama gum arabic meresap pada permukaan seperti kertas setelah air habis menyejat.[5]

Gum arabic turut dipakaikan sebagai pelicau ukiran tembikar yang hendak dibakar agar lebih diperkuatkan mengelakkan kerosakan apabila dikendalikan lanjut.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Re-evaluation of acacia gum (E 414) as a food additive". EFSA Journal. European Food Safety Authority. 15 (4): e04741. April 2017. doi:10.2903/j.efsa.2017.4741. PMC 7010027. PMID 32625453. Unknown parameter |displayauthors= ignored (bantuan)
  2. ^ "Acacia senegal (gum arabic)". Royal Botanic Gardens, Kew. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 February 2018.
  3. ^ Rinsky LH, Rinsky G (2009). The Pastry Chef's Companion: A Comprehensive Resource Guide for the Baking and Pastry Professional. Chichester: John Wiley & Sons. m/s. 1, 134. ISBN 978-0-470-00955-0. OCLC 173182689.
  4. ^ "Gum arabic: the invisible ingredient in soft drink supply chains". the Guardian. 16 August 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 March 2018. Dicapai pada 29 April 2018.
  5. ^ Kraaijpoel D, Herenius C (2007). Het kunstschilderboek — handboek voor materialen en technieken. Tirion Creatief. m/s. 183. ISBN 978-90-439-1107-8.