Getah sintetik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Getah sintetik ialah sebarang elastomer tiruan. Ia ialah polimer yang disintesis dari hasil sampingan petroleum. Kira-kira 32 juta tan metrik getah dihasilkan setiap tahun di Amerika Syarikat, dan daripada jumlah itu dua pertiga adalah sintetik. Pendapatan sejagat yang dihasilkan dengan getah sintetik dijangka meningkat kepada kira-kira AS$56 bilion pada tahun 2020.[1] Getah sintetik, seperti getah asli, mempunyai banyak kegunaan dalam industri automotif untuk tayar, susuk pintu dan tingkap, kedap seperti gelang O dan gasket, hos, tali pinggang, tikar, dan lantai. Ia menawarkan pelbagai sifat fizikal dan kimia, sehingga dapat meningkatkan keutuhan keluaran atau aplikasi tertentu. Getah sintetik lebih baik daripada getah asli dalam dua aspek utama, kestabilan terma dan ketahanan terhadap minyak dan sebatian yang berkaitan. Ia lebih tahan terhadap agen pengoksidaan misalnya, seperti oksigen dan ozon yang dapat mengurangkan jangka hayat keluaran seperti tayar.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Market Study Synthetic Rubber, Ceresana, June 2013