Gewang (memancing)
Penampilan
Menghubungkan gewang kakap pada tali pancing
Himpunan gewang "popper", sejenis gewang permukaan
Gewang atau umpan tiruan ialah salah satu kategori luas umpan pancing buatan berupa replika tidak boleh dimakan yang direka untuk meniru binatang mangsa (cth. ikan umpan, krustasea, serangga, cacing, dll.), bagi menarik perhatian ikan pemangsa, biasanya melalui tampilan, warna menyerlah, pantulan terang, pergerakan, getaran dan/atau bunyi kuat yang merangsang naluri pemangsa ikan dan memikatnya untuk menelan gewang tersebut. Aktiviti memancing menggunakan gewang dikenali sebagai menggewang.