Ghalib bin Fahr

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ghalib bin Fahr
(Arab: غالب بن فهر)
Terkenal keranaMoyang Muhammad dan Bani Quraisy
PasanganAtikah binti Yakhlud/Salmah binti 'Amr
Anak-anakLu'ay bin Ghalib, Taym bin Ghalib, Qais bin Ghalib
Ibu bapaFahr bin Malik
Laila binti Al-Harits (Kinanah)
SaudaraMuharib, Al-Harits, Asad, Auf, Jaun, Dhi'b (laki-laki), Jandalah (perempuan)

Ghalib bin Fahr (Arab: غالب بن فهر) adalah datuk moyang ke sembilan daripada Muhammad. Salasilah lengkapnya iaitu Ghalib bin Fahr bin Malik bin An-Nadhr bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Elyas bin Mudar bin Nizar bin Ma'ad bin Adnan.[1] Nama Ghalib dalam bahasa Arab bermaksud 'penakluk/pemenang'.[2]

Bapa Ghalib iaitu Fahr bin Malik, salah seorang ketua daripada Bani Kinanah.[3] Ibu Ghalib adalah Laila binti Al-Harith bin Saad bin Hudzail bin Mudrikah,[4] dan saudara laki-lakinya adalah Muharib, Al-Harith, Asad, Auf, Jaun, dan Dhi'b,[5] sedangkan saudarinya adalah Jandalah.[4]

Nama isteri Ghalib ini dipertikaikan, iaitu antara:

  • Atikah binti Yakhlud bin An-Nadhr bin Kinanah, daripada Bani Kinanah,[5] atau
  • Salmah binti 'Amr bin Rabi'ah (Luhay) bin Haritha bin Amr Muzaiqiya, daripada Bani Khuza'ah.[5]

Anak-anak Ghalib daripada isterinya iaitu Lu'ay bin Ghalib (moyang Bani Quraisy), Taym bin Ghalib (moyang Bani Taym al-Adram), dan juga Qais bin Ghalib yang keturunannya terputus.[5]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ibnu Ishaq; Guillaume (1955). The Life of Muhammad: A Translation of Ibn Isḥāq’s sīrat. London. m/s. 3. ISBN 0195778286.
  2. ^ Ahmed, Salahuddin (1999). A Dictionary of Muslim Names (ed. berilustrasi, cetak ulang). C. Hurst & Co. Publishers. m/s. 58. ISBN 1850653577, 9781850653578.
  3. ^ Abdullah ibn Muhammad ibn Abdul Wahab (2006). Biography of the Prophet. 1 dari Mukhtasar Sirat Al-Rasul. Diterjemahkan oleh Sameh Strauch. Riyadh: Maktaba Darussalam. m/s. 12-14. ISBN 9789960980324, 9960980324.
  4. ^ a b Ismail bin Umar bin Kathir (1998). The Life of the Prophet Muhammad: A Translation of Al-Sīra al-Nabawiyya. 1. Diterjemahkan oleh Trevor Le Gassick. Center for Muslim Contribution to Civilization. m/s. 62.
  5. ^ a b c d The History of al-Tabari: Muhammad at Mecca. 6. Terjemahan oleh W. Montgomery Watt, M. V. McDonald (ed. berilustrasi). SUNY Press. 1988. m/s. 27-28. ISBN 0887067069, 9780887067068.CS1 maint: others (link)