Ghaz Abu Bakar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ghaz Abu Bakar
Kelahiran
Mohd Ghazali bin Abu Bakar

(1974-12-06) 6 Disember 1974 (umur 49)
Nama lainGhaz
PendidikanSarjana Muda Sc. (Hons) Filem dan Animasi
Pusat pendidikanUniversiti Multimedia (MMU)
PekerjaanPengarah, penerbit, penulis
Tahun aktif1996–kini

Mohd Ghazali bin Abu Bakar (lahir 6 Disember 1974) merupakan seorang pengarah filem, televisyen dan muzik video Malaysia. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Multimedia Kreatif, Universiti Multimedia (MMU), Cyberjaya selama 7 tahun. Beliau juga merupakan bekas pelajar di dalam Sarjana Muda Sc. (Hons) Filem & Animasi di universiti sama. Beliau turut memiliki studio penerbitannya, The Media Hustler.[1]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan pada 6 Disember 1974 di Johor Bahru, Johor, Ghaz merupakan pemegang ijazah Sarjana Muda Sc. (Hons) Filem & Animasi di Universiti Multimedia, Cyberjaya.[1] Beliau memulakan kerjaya awalnya dalam bidang perbankan sebelum berhenti untuk menjadi pensyarah di pusat pendidikannya, beliau mengkhususkan dalam bidang multimedia kreatif, terutamanya Penerbitan Multimedia.[1] Semangat untuk muzik dan videografi mendorong beliau untuk mengarahkan video pertama beliau, "Sesucinya Cintamu" yang dipopularkan oleh Anuar Zain. video pertama dihasilkan mendapat sambutan hangat daripada penonton dan juga orang dari industri muzik, kerana perbezaan ketara dalam bercerita.[1] Dari itu, beliau terus membuat lebih banyak video muzik sambil meneruskan kerjaya sebagai pensyarah di universiti.[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Ghaz mengarahkan filem cereka pertamanya, Hantu Kapcai yang ditayangkan pada 27 September 2012 terbitan Showbiz Productions.[2] Filem yang mengisahkan tentang Ajib, seorang mat rempit yang terdesak melunaskan hutang dengan along, terpaksa berlumba dengan musuh ketatnya, Tiger. Hantu Kapcai merupakan kejayaan komersial luar biasa, ia berjaya meraih kutipan RM3 juta sekaligus mengatasi kutipan filem animasi Hollywood, Hotel Transylvania lakonan suara Adam Sandler dan Selena Gomez dan filem Looper lakonan Bruce Willis dan Emily Blunt, yang ditayangkan serentak pada tarikh sama. Percubaan sulung Ghaz berjaya membuahkan hasil apabila Hantu Kapcai memenangi Anugerah Blokbuster 2013 bagi kategori Filem Terhebat, Filem Aksi Terhebat, Filem Kelakar Terhebat, Hero Terhebat (Zizan Razak), dan Heroin Baru Terhebat (Neelofa).[3]

Pada tahun 2015, beliau mengarahkan filem Cicakman 3 bersama Yusry KRU. Filem lakonan Zizan Razak dan Lisa Surihani.[4] mengisahkan Man, seorang bapa dan suami yang telah bercerai dengan isterinya, Linda. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah kotak yang mana dia diberi tanggungjawab untuk menjadi Cicakman yang baharu.[5][6] Filem ini merupakan yang pertama dalam trilogi ini yang menampilkan arahan bersama Yusry dan Ghaz serta hasil terbitan tiga syarikat produksi, KRU StudiosAstro Shaw dan Grand Brilliance.

Beliau mengarahkan filem Polis EVO di mana ia menyaksikan Zizan bekerja di bawah arahan beliau buat kali ketiga dan filem pertama Shaheizy Sam di bawah arahan beliau. Ia berkisarkan dua anggota polis, Inspektor Khai dan Inspektor Sani yang mempunyai perwatakan yang sangat berlainan tetapi mereka harus bekerjasama untuk menjatuhkan sebuah operasi pengedaran dadah.[7] Polis EVO merupakan kejayaan komersial di pawagam, menjadi filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman selama lima bulan dengan kutipan sebanyak RM 17.47 Juta,[8] sekaligus melayakkan Ghaz menerima pencalonan di Festival Filem Malaysia ke-28 bagi Pengarah Terbaik.

Ghaz mengarahkan telefilem komedi Baby Bro! yang dibintangi oleh Zizan Razak, Shaheizy Sam, Izara Aishah dan Nur Qistina Raisah. Telefilem ini mengisahkan tentang kehidupan seharian dua orang pemuda, Joe dan Sham, yang mencari rezeki dengan cara tersendiri di kota Kuala Lumpur. Kehidupan mereka berubah serta-merta dengan kehadiran seorang bayi yang tidak diketahui dari mana asalnya, ia menemui penonton di Astro First Eksklusif pada 30 November 2017.[9][10][11]

Kolaborasi[sunting | sunting sumber]

Ghaz mempunyai beberapa pelakon yang berlakon di dalam lebih daripada satu filem arahannya. Zizan Razak dan Yus Murai ialah pelakon yang kerap berkerjasama dengan beliau, muncul dalam lima filem.

Pelakon Hantu Kapcai (2012) Tokan (2013) Suami Aku Ustaz (2015) Polis EVO (2015) Bella & Jamie (2019) Bulan dan Pria Terhebat (2020) Rompak (2022) Jumlah
Zizan Razak X markN X markN X markN X markN X markN 5
Remy Ishak X markN 1
Izzue Islam X markN X markN X markN 3
Hairul Azreen X markN 1
Fizz Fairuz X markN 1
Riz Amin X markN 1
Neelofa X markN 1
Dian P. Ramlee X markN 1
Yus Murai X markN X markN X markN X markN X markN 5
Liyana Jasmay X markN X markN 2
Pekin Ibrahim X markN 1
Wan Hanafi Su X markN X markN 2
Johan As'ari X markN 1
Yank Kassim X markN X markN 2
Adi Putra X markN 1
Nora Danish X markN X markN 2
Liza Abdullah X markN 1
Razak Ahmad X markN 1
Norman Hakim X markN 1
Shaheizy Sam X markN 1
Mimi Ernida X markN X markN 2
Harun Salim Bachik X markN 1
Hushairy Hussein X markN 1
Pablo Amirul X markN 1
Eyka Farhana X markN 1
Fadilah Mansor X markN 1
Juliana Evans X markN 1
Khir Rahman X markN X markN 2
Bell Ngasri X markN X markN 2
Dynas Mokhtar X markN 1
Zahirah MacWilson X markN 1
Maya Karin X markN 1
Alif Hadi X markN 1
Didie Alias X markN 1
Rashidi Ishak X markN 1
Marissa Yasmin X markN 1
Daiyan Trisha X markN 1
MK K-Clique X markN 1
Tony Eusoff X markN 1
Niezam Zaidi X markN 1
Ezlynn X markN 1
Azhar Sulaiman X markN 1
Siti Khadijah Halim X markN 1

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Catatan
Pengarah Penulis
2012 Hantu Kapcai Ya Ya Filem arahan pertama
2013 Tokan Ya Ya
2015 Cicakman 3 Ya Ya Arahan bersama Yusry Abdul Halim
Suami Aku Ustaz Ya Ya
Polis EVO Ya Tidak
2019 Bella & Jamie Ya Tidak Arahan bersama Fairul Nizam Ablah
2020 Bulan dan Pria Terhebat Ya Ya
2021 Mat Bond Malaya Tidak Tidak Dirinya sendiri, sebagai pelakon
2022 Rompak Ya Tidak

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2009 Ponti Anak Remaja Astro Ria
Anak Aku Artis
Laila Sari
2010 Santau Keramat Doktor
2011 Si Tudung Tweet TV9
2012 Cik Paris Diva Kampung Astro Prima
2013 NY Cinta Astro First Eksklusif
Nama Aku Beng Astro Ria
2016 Lampu Merah Astro Citra
Angin Cinta Astro First Eksklusif
Syahadah Yang Hilang Astro Citra
Rumi & Jawi Astro Prima Arahan bersama Pali Yahya
2017 Baby Bro Astro First Eksklusif
2021 Black (Musim 2) Viu
2022 Kerusi Kecil TV1
Hilang Viu Arahan bersama Sein Qudsi
2023 Super Wira Astro Ceria

Muzik video[sunting | sunting sumber]

Muzik video arahan
Tajuk muzik video Penyanyi
"Rempuh" Black & Tomok
"Bukan Hal Aku" Kaka Azraff, Sleeq
Terima Kasih" Kaka Azraff
"Pelangi Senja" Stacy
"Pokok" Meet Uncle Hussain
"Deja Vu" Shila Amzah
"Cinta" Nitrus
"Kisah Hati" Alyah
"Kau Bisu"
"PesananMu"
"Sesal Separuh Nyawa"
"Meluruh"
"Bawaku Terbang" The Fabulous Cats
"Slot Akasia"
"Cinta Kosmik"
"Aku Tak Percaya Cinta" Liyana Jasmay
"Aku Jatuh Cinta"
"Cinta Bersatu"
"Sesucinya Cintamu" Anuar Zain
"Semua Untuk Mu"
"Mungkin"
"Izinku Pergi" Kaer Azami
"Dalam Kenangan"
"Menjelma"
"Kata" Hazami
"Mungkir Bahagia"
"Kasih Maafkan" Dayang Nurfaizah
"Seribu Tahun" Imran Ajmain
"Sindarela" Amylea
"Shine" Datuk Sheila Majid
"Wajah Rahsia Hati" Urban Method, Ogy Ahmad Daud
"Muara Hati" Datuk Siti Nurhaliza, Hafiz Suip
"Kau Takkan Tahu" Zizan Razak
"Berserah"
"Melodi Cinta" Bob Tutopoli
"Gerimis Mengundang" Brenda & Budi
"Kasih Berubah" Fredo feat Doul

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e Profil Ghaz Abu Bakar Diarkibkan 2017-07-30 di Wayback Machine The Media Hustler. Dicapai pada 28 Jun 2017.
  2. ^ Siti Juliana Mohd Johar (6 Oktober 2012). Rahsia Ghaz kutipan Hantu Kapcai cecah RM3 juta Sinar Harian. Dicapai pada 26 Mei 2017.
  3. ^ Syafique shuib (16 Jun 2013).'Hantu Kapcai' ungguli Anugerah Blokbuster 2 Astro Awani. Dicapai pada 26 Mei 2017.
  4. ^ "Cicak Man 3 Tonjol Kelainan — Gandingkan Lisa Surihani Dan Zizan Razak". Rotikaya.com. 26 Julai 2013. Dicapai pada 2015-11-29.
  5. ^ Mustaza, Aqmar (1 Februari 2015). "Cicakman 3: Lisa, Zizan kembali bersatu". Sinar Harian. Dicapai pada 29 November 2015.
  6. ^ (Inggeris)Brown, Todd (8 Disember 2014). "Malaysia's Lizard Powered Hero Returns In CICAKMAN 3 Teaser". Twitchfilm.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-12-08. Dicapai pada 2015-11-29.
  7. ^ "Misi Shaheizy Sam & Zizan Gegarkan Polis Evo Sudah Bermula". Astrogempak.com.my. Dicapai pada 2015-09-24.
  8. ^ "Polis Evo catat sejarah kutip RM17.30 juta, padam rekod The Journey". Astro Awani. 29 Oktober 2015.
  9. ^ Budiey (19 November 2017). "Filem BABY BRO Lakonan Zizan Razak & Shaheizy Sam Sebelum POLIS EVO 2 Keluar Panggung". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 4 Disember 2017.
  10. ^ Badrul Hisham (23 November 2017). "Zizan Razak, Shaheizy Sam Dan Izara Aishah Bakal Mencuit Hati Dalam Baby Bro". Rojak Daily. Dicapai pada 4 Disember 2017.
  11. ^ Ramlah Zainal (5 Disember 2017). "Komedi aksi bayi comel". Harian Metro. Dicapai pada 5 Disember 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]