Ghazi al-Yawer

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ghazi Mashal Ajil al-Yawer
Ghazi al-Yawer

Presiden Iraq (Interim)
Tempoh berjawat
17 Mei, 2004 – 6 April, 2005
Perdana Menteri Ayad Allawi
Didahului oleh Pemerintahan Koalisi Sementara (Coalition Provisional Authority)
Digantikan oleh Jalal Talabani

Tarikh lahir 11 Mac 1958 (56 tahun)
Agama Islam Sunni

Ghazi Mashal Ajil al-Yawer غازي الياور (lahir 1958? di Mosul, Iraq) adalah Presiden Iraq.

Beliau merupakan anggota Majlis Pemerintahan Sementara Iraq (Interim Iraq Governing Council) yang ditubuhkan sejurus selepas penaklukan Amerika Syarikat ke atas Iraq pada tahun 2003. Sebagai Presiden majlis, Ghazi telah diminta menyandang jawatan Presiden sementara Iraq setelah Amerika Syarikat mengembalikan kuasa memerintah kepada rakyat Iraq pada 28 Jun 2004.

Ghazi, seorang yang beragama Islam fahaman Sunni dan ketua puak Shamar, bekerja sebagai seorang jurutera sivil. Beliau telah menuntut di Universiti Petroleum dan Mineral Raja Fahd di Arab Saudi selama dua tahun dan menamatkan pengajian sarjana mudanya di United Kingdom. Beliau melanjutkan pengajiannya di peringkat masters di Universiti Georgetown di Washington pada tahun 80an.

Beliau berkawan baik dengan Sa'ad I. Al-Qeshtaini, seorang Konsultan Informasi Sekuriti dan pakar IT terkenal di Arab Saudi. Ghazi bekerja selama dua puluh tahun di Arab Saudi dan naik menjadi naib presiden di syarikat Hicap Technology Company.

Setelah Iraq ditakluki pada tahun 2003, Ghazi meninggalkan perniagaannya dan pulang ke Iraq untuk menganggotai Majlis Pemerintahan Sementara Iraq yang dikuasai Amerika Syarikat. Beliau menjadi Presiden majlis tersebut pada 17 Mei 2004 setelah dipilih sewaktu mesyuarat kecemasan yang disebabkan oleh pembunuhan Ezzedine Salim.

Beliau dijadualkan untuk memegang jawatan presiden majlis (yang berputar), sehingga 30 Jun 2004, tarikh yang telah dirancang untuk mengembalikan kuasa memerintah kepada Iraq. Namun, beberapa hari sebelum 30 Jun, beliau telah dipilih untuk menjadi ketua negara Iraq yang berdaulat. Jawatan ketua negara ini berunsur simbolik.