Giacomo Casanova

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Giacomo Casanova
Potret lakaran adiknya, Francesco
Kelahiran(1725-04-02)2 April 1725
Venezia, Republik Venezia (kini dalam Itali)
Meninggal dunia4 Jun 1798(1798-06-04) (umur 73)
Ibu bapaGaetano Giuseppe Casanova
Zanetta Farussi

Giacomo Girolamo Casanova [ˈdʒaːkomo dʒiˈrɔːlamo kazaˈnɔːva, - kasa-; ja-ko-mo ji-ro-la-mo ka-sa-no-va] (2 April 1725 – 4 Jun 1798) merupakan seorang pengembara dan penulis kelahiran Republik Venezia.[1][2] Beliau sangat dikenali atas hubungan sulit yang banyak bersama sebilangan wanita yang berkenalan dengannya, sambil juga berada dalam lingkungan tokoh-tokoh terkenal dan berpengaruh sezamannya, tidak sahaja dalam kalangan penulis seperti Voltaire, Goethe dan Mozart tetapi malah juga dalam kalangan agamawan seperti kardinal dan Paus sendiri.

Beliau menghabiskan senja hidupnya di Bohemia sebagai pustakawan seorang pembesar bergelar Graf; di situ jugalah beliau mengabadikan hidup penuh warnanaya dalam autobiografi Histoire de ma vie ("Kisah Hidupku") yang banyak menggambarkan secara terperinci gaya hidup dan adat resam yang lazim di Eropah pada abad ke-18.[3]

Biografi[sunting | sunting sumber]

Awal hidup[sunting | sunting sumber]

Giacomo lahir di kediaman no. 2993 Calle [jalan] della Commedia/Calle Malipiero kota Venezia pada 2 April 1725. Beliau anak sulung dalam enam adik-beradik (termasuk Francesco Giuseppe (1727–1803) dan Giovanni Battista (1730–1795)) kepada Gaetano Casanova, seorang pelawak dan Zanetta Farussi, seorang pelakon. Beliau didaftarkan serta dibaptiskan di gereja San Samuele yang berada di jalan sama.[4] Beliau dibesarkan pada tahun-tahun pertamanya sehingga 1734 oleh nenek sebelah ibunya, Marsia Farusso, semasa Zanetta menjelajah ke luar negara melakukan persembahan.[5] Ayahnya meninggal ketika Giacomo berusia 8 tahun.

Pendidikan

Beliau meneruskan pengajiannya di sekolah paderi Gozzi dari tahun berikutnya pada 1734 sebelum beralih ke Universiti Padua untuk mempelajari bidang-bidang kimia, matematik, falsafah dan perundangan sehingga 1742 - beliau diharapkan para penjaganya agar dapat menjadi seorang peguam mengkhusus hal gereja. Beliau mendapat kedua-dua ijazah lulus dalam undang-undang awam dan undang-undang kanun gereja ketika berusia 17 tahun.[6]. Beliau dirasmikan sebagai seorang kakitangan gereja pada 14 Februari 1740 sebelum dinaikkan pangkat ke suatu kedudukan kecil pada 22 Januari tahun berikutnya. Beliau pada mulanya dipilih sebagai seorang pengkhutbah gereja namun meletakkan jawatan bila pidatonya dikecam kerana disampaikan dengan teruk.

Kerjaya penulisan[sunting | sunting sumber]

Di Paris[sunting | sunting sumber]

Casanova kembali ke Venezia untuk memulihkan diri berikutan kegagalannya berpacaran dengan Henriette. Beliau bernasib baik menang untung dalam judinya sehingga berkesempatan merantau ke Paris pada tahun 1750.[7] Dia banyak menjalinkan hubungan rambang dengan banyak peremuan yang digambarkannya sangat melampau dan melbih-lebih.[8] Ketika di Lyon pula, Giacomo berminat dengan persatuan Freemason ditemui di mana dia berfikir kemasukan dia dalam persatuan tersebut boleh mendekatkannya dengan orang-orang ternama da n berpengaruh tinggi yang menganggotai persatuan ini; dia berjaya diberi pangkat Master Mason di sana.[9][10][11]

Pemenjaraan

Kegiatan tidak senonohnya akhirnya dapat diketahui warga Venezia sehingga beliau dikesan, ditahan dan didakwa atas tuduhan "pencabulan umum terhadap agama suci [Kristian]".[12] sehingga beliau dihukum penjara terus tanpa perbicaraan selama lima tahun[12][13] di penjara tingkat atas Piombi, Palazzo Ducale[14] pada 12 September. Beliau membuat seberapa percubaan meloloskan diri - cubaan pertamanya mahu menerobosi bilik pengawal untuk melepaskan diri, namun beliau dipindahkan tiga hari sebelum perancangannya dapat dilakukan ke suatu bilik lebih luas dan bertingkap.[15] Casanova mencuba sekali lagi dengan bantuan seorang paderi yang turut ditahan di sana atas kesalahan sendiri di mana paderi tersebut menebuk lubang siling biliknya sebelum menebuk siling bilik Giacomo; Giacomo berjaya keluar dari sel tersebut.[16]

Senja hidup di Bohemia, Histoire de ma vie[sunting | sunting sumber]

Beliau mendapat pekerjaan di sebuah perpustakaan milik bendahara diraja Empayar Suci Romawi Graf Joseph Karl von Waldstein tahun 1785 di Istana Dux, Bohemia (kini dalam Republik Czech). lagi-lagi dengan perilaku pembesar tersebut yang sangat mementingkan dirinya sendiri sehingga mengasingkan Casanova. Di sinilah juga beliau mula mencatat semula segala peristiwa dan pengalaman yang berlaku dalam hidupnya.[17][18]

Beliau teragak-agak pada mulanya kerana mengkhuatiri mendatangkan permusuhan hasil pembeberan hubungan-hubungan sulit dengan orang ternama, namun beliau menolak rasa segan sedemikian. Beliau tetap menapis kandungan penulisan sendiri dengan menggunakan singkatan nama sebenar sambil menghaluskan laras bahasa dipakai untuk penggambaran bahagian riwayat hidupnya yang terlalu menghairahkan.[19] Beliau turut menulis dalam bahasa Perancis yang pada ketika itu lebih diketahui warga seEropah berbanding bahasa Itali atau bahasa Venezia tuturannya sendiri.[20]

Beliau meninggal dunia pada 4 Jun 1798, tidak lama selepas Republik Venezia ditawan pihak Perancis pimpinan Napoleon Bonaparte. Mayatnya dikembumikan di Du, namun lokasi pengebumiannya yang tepat tidak dapat dipastikan sehingga kini.

Senarai karya dikarang[sunting | sunting sumber]

  • 1752 – Zoroastro: Tragedia tradotta dal Francese, da rappresentarsi nel Regio Elettoral Teatro di Dresda, dalla compagnia de' comici italiani in attuale servizio di Sua Maestà nel carnevale dell'anno MDCCLII
  • 1753 – La Moluccheide, o Sia i gemelli rivali. Dresden.
  • 1769 – Confutazione della Storia del Governo Veneto d'Amelot de la Houssaie
  • 1772 – Lana caprina: Epistola di un licantropo
  • 1774 – Istoria delle turbolenze della Polonia
  • 1775–78 – Dell'Iliade di Omero tradotta in ottava rima
  • 1779 – Scrutinio del libro Eloges de M. de Voltaire par différents auteurs
  • 1780 – Opuscoli miscellanei
  • 1780–81 – Le messager de Thalie
  • 1782 – Di aneddoti viniziani militari ed amorosi del secolo decimoquarto sotto i dogadi di Giovanni Gradenigo e di Giovanni Dolfin
  • 1783 – Né amori né donne, ovvero La stalla ripulita
  • 1786 – Soliloque d'un penseur
  • 1787 – Icosaméron, ou Histoire d'Édouard et d'Élisabeth qui passèrent quatre-vingts un ans chez les Mégamicres, habitants aborigènes du Protocosme dans l'intérieur de nôtre globe
  • 1788 – Histoire de ma fuite des prisons de la République de Venise qu'on appelle les Plombs
  • 1790 – Solution du probléme deliaque
  • 1790 – Corollaire à la duplication de l'hexaèdre
  • 1790 – Démonstration géometrique de la duplication du cube
  • 1797 – A Léonard Snetlage, docteur en droit de l'Université de Goettingue, Jacques Casanova, docteur en droit de l'Universitè de Padou. Dresden.
  • 1822–29 – Histoire de ma vie (edisi pertama - melalui suatu terjemahan bahasa Jerman 12 jilid di bawah judul Aus den Memoiren des Venetianers Jacob Casanova de Seingalt, oder sein Leben, wie er es zu Dux in Böhmen niederschrieb.)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Giacomo Casanova | Italian adventurer".
  2. ^ "CASANOVA, Giacomo in "Dizionario Biografico"".
  3. ^ Zweig, Paul (1974). The Adventurer. New York: Basic Books. m/s. 137. ISBN 978-0-465-00088-3.
  4. ^ Addì 5 aprile 1725. Giacomo Girolamo fig.o di D. Caietano Giuseppe Casanova del q.(uondam) Giac.o Parmegiano comico, et di D.a Giovanna Maria, giogali, nato li 2 corr. battezzato da P. Gio. Batta Tosello sacerd. di Chiesa de licentia, Comp. il signor Angelo Filosi q.(uondam) Bartolomeo stà a S. Salvador. Lev. Regina Salvi. (In P.Molmenti, Carteggi Casanoviani, vol. I, Templat:P.9 nota)
  5. ^ Casanova, Giacomo (1960). Histoire de ma vie (dalam bahasa Perancis). F. A. Brockhaus. m/s. 214. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)
  6. ^ Jean-Didier Vincent (1990). Casanova, la contagion du plaisir. Odile Jacob. m/s. 227. Cite has empty unknown parameter: |lire en ligne= (bantuan)
  7. ^ Masters (1969), p. 77.
  8. ^ Masters (1969), p. 78.
  9. ^ "Memoirs of Giovanni Jacopo Casanova" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada December 29, 2008. Dicapai pada Sep 21, 2018.
  10. ^ "History and famous personalities of the Scottish Rite Freemasonry" (dalam bahasa Itali). Diarkibkan daripada yang asal pada March 1, 2017.
  11. ^ I. Gilbert (PM, PDDGM). "Giovanni Giacomo Casanova: libertine, gambler, spy, statesman, freemason" (PDF). chicagolodge.org (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada April 2, 2017. Dicapai pada Sep 20, 2018.
  12. ^ a b Casanova, Histoire de ma vie, Gérard Lahouati and Marie-Françoise Luna, ed., p. lxv.
  13. ^ Masters (1969), p. 102.
  14. ^ Childs (1988), p. 72.
  15. ^ Casanova (2006), p. 519.
  16. ^ Casanova (2006), p. 552.
  17. ^ Masters (1969), p. 272.
  18. ^ Masters (1969), pp. 272, 276.
  19. ^ Childs (1988), p. 289.
  20. ^ Casanova (2006), p. 1178.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]