Gianluca Gaetano

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gianluca Gaetano
Maklumat peribadi
Nama penuh Gianluca Gaetano
Tarikh lahir (2000-05-05) 5 Mei 2000 (umur 23)
Tempat lahir Cimitile, Itali
Ketinggian 1.83 m (6 ka 0 in)
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Napoli
Nombor 70
Kerjaya remaja
2005–2011 ASD Future Boys di Cimitile
2011–2019 Napoli
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2019– Napoli 2 (0)
Pasukan kebangsaan
2015 Itali B15 2 (0)
2015 Itali B16 6 (1)
2016 Itali B17 2 (0)
2018 Itali B19 2 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 27 Julai 2019
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 27 Julai 2019

Gianluca Gaetano (sebutan bahasa Itali: [dʒanˈluːka ɡaeˈtaːno]; lahir 5 Mei 2000) merupakan seorang pemain bola sepak Itali yang beraksi di posisi pemain tengah menyerang untuk kelab Itali, Napoli. Beliau merupakan pemain lepasan akademi Napoli dan telah menyertai kelab itu sejak tahun 2011. Beliau merupakan pemain termuda dalam sejarah kelab yang pernah menandantangani kontrak profesional bersama Napoli iaitu semasa beliau berusia 16 tahun.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Gianluca Gaetano telah dilahirkan dan dibesarkan di Cimitile, Napoli. Beliau telah dilahirkan dalam keadaan keluarga yang aktif dalam sukan. Abangnya, Felice Gaetano merupakan pemain bola sepak yang juga pemain akademi Napoli. Beliau mempunyai dua orang sepupu iaitu Michele Peluso dan Felice Raiola yang juga merupakan pemain bola sepak.[1]

Sebagai seorang peminat setia Napoli, Gaetano menyertai kelab itu sejak berusia 11 tahun dan menyimpan impian untuk menjadi kapten pasukan Napoli suatu hari nanti.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Gaetano telah memulakan kariernya bersama kelab setempat, ASD Future Boys di Cimitile ketika beliau berusia lima tahun. Bahkan, beliau bermain bersama dengan abangnya, Felice di kelab tersebut. Pada tahun 2011, mereka berdua telah menyertai akademi Napoli.[2]

Semasa musim 2017–18, Gaetano telah menjaringkan 17 gol dan mencipta 14 hantaran kepada jaringan gol lain sepanjang kejohanan apabila beliau membentuk barisan serangan mantap bersama dengan rakan sepasukannya, Ciro Palmieri.

Ketika musim 2018–19, Gaetano telah menjaringkan lima gol dalam enam perlawanan Liga Remaja UEFA apabila beliau beraksi menentang pasukan-pasukan terkemuka Eropah. Beliau menjaringkan gol sulungnya ketika menentang Liverpool yang berkesudahan seri 1–1. Beliau turut telah menjaringkan hatrik ketika menentang Red Star Belgrade yang menyaksikan Napoli menang 5-3.

Beliau telah menjadi kapten pasukannya dan berhasil menjaringkan 22 gol dan mencipta lapan hantaran kepada jaringan golnya dalam semua kejohanan. Prestasinya yang begitu menonjol telah membolehkan beliau untuk dipanggil oleh jurulatih skuad senior Napoli, Carlo Ancelotti dan diberi peluang untuk melakukan penampilan sulung untuk skuad senior.

Napoli[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2016, Gaetano telah menjadi pemain termuda yang pernah menandantangani kontrak profesional bersama Napoli semasa beliau baru berusia 16 tahun.[3] Gaetano telah melakukan kemunculan sulungnya untuk Napoli ketika perlawanan Coppa Italia menentang Sassuolo pada 13 Januari 2019 yang berkesudahan Napoli menang 2–0.[4]

Pada 12 Mei 2019, beliau telah dipanggil oleh jurulatih Carlo Ancelotti untuk diberi peluang melakukan penampilan sulungnya di Serie A menentang S.P.A.L. Namun, ia disusuli oleh insiden neneknya, Gaetano telah diserang sakit jantung ketika dia meraikan pencapaian cucunya itu.[5][6]

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 25 Mei 2019[7]
Kelab Musim Liga Piala Eropah Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Itali Napoli 2018–19 2 0 1 0 0 0 3 0
2019–20 0 0 0 0 0 0 0 0
Jumlah 2 0 1 0 0 0 3 0
Jumlah kerjaya 2 0 1 0 0 0 3 0

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Staff, Editorial (5 July 2016). "The Brothers Sign for Napoli - In Italian Language". ilgiornalelocale. Dicapai pada 5 July 2016.
  2. ^ Andrea Cardone (27 November 2014). "Storie dal Sud: Gianluca Gaetano, la fantasia al potere nei Giovanissimi del Napoli". www.iamnaples.it.
  3. ^ Giacometti, Pasquale (28 November 2018). "Gianluca Gaetano, brilla la stella della Primavera del Napoli!".
  4. ^ "Partita Coppa Italia - napoli-sassuolo - La Gazzetta dello Sport". www.gazzetta.it.
  5. ^ Gordan, Jamie (14 May 2019). "'I LOVE YOU' Napoli starlet Gianluca Gaetano's gran dies as she celebrates his first-team debut". The Sun. London. Dicapai pada 14 May 2019.
  6. ^ Winehouse, Amatai (14 May 2019). "You will always be with me in my heart': Napoli starlet Gianluca Gaetano's grandmother DIES as she celebrates his debut for the first team". Dailymail. Dicapai pada 14 May 2019.
  7. ^ Biodata Gianluca Gaetano di Soccerway

Pautan luar[sunting | sunting sumber]