Gigi palsu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Gigi palsu yang menyerupai bahagian atas hadapan mulut manusia

Gigi palsu ialah prostetik yang bertujuan menggantikan gigi yang hilang di mana ia disokong tisu-tisu lembut dan keras rongga mulut. Alat sebegini boleh ditanggalkan, namun terdapat juga reka bentuk yang membolehkan ia melekat pada rongga mulut secara kekal (implan gigi).

Bahan gantian ini dapat membantu pemakai mengunyah makanan, meningkatkan penampilan melalui pemuliharaan bentuk muka dan rahang asal pemakai, membantu dalam penyebutan perkataan sehingga melancarkan pertuturan, serta meningkatkan keyakinan diri pemakai.

Jenis[sunting | sunting sumber]

Bahan[sunting | sunting sumber]

Orang dahulu kala menggunakan gading dan taring haiwan yang diikat sebagai alat pengganti gigi semulajadi. Kayu juga digunakan sepertimana yang dilakukan orang Jepun pada abad ke-16.[1]

Model prostetik moden diperbuat daripada akrilik yang boleh dibentuk serta bersifat lembut lalu memberikan keselesaan kepada gusi pemakai.[2] Agen pewarna dan gentian buatan turut ditambah bagi mencantikkan gigi palsu sehingga menyerupai penampilan gusi semulajadi manusia.[3]

Penjagaan[sunting | sunting sumber]

Karang gigi boleh terbentuk pada gigi palsu sepertimana pada gigi betul.[4] Bahan ini serta sisa makanan yang terkumpul boleh menyebabkan keradangan pada gusi (denture stomatitis), penghasilan bau busuk yang tidak diingini, ketidakselesaan pemakaian serta juga pengotoran permukaan gigi, malah ia turut boleh menjadikan gigi palsu ini cepat haus.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Moriyama, N.; & Hasegawa, M. (1987). "The history of the characteristic Japanese wooden denture". Bulletin of the History of Dentistry. 35 (1): 9–16. PMID 3552092. 
  2. ^ Sakaguchi, Ronald L.; Powers, John M. (2012). Craig's Restorative Dental Materials (edisi 13th). ISBN 978-0-323-08108-5. 
  3. ^ Chalifoux, Paul R. (2015). "Acrylic and other resins: Provisional restorations". Acrylic and other resins: Provisional restorations - Esthetic Dentistry (Third Edition) - 10. m/s. 197–230. doi:10.1016/B978-0-323-09176-3.00019-X. ISBN 9780323091763. Dicapai 2018-06-08. 
  4. ^ "Denture Care" Canadian Dental Association http://www.cda-adc.ca/en/oral_health/cfyt/dental_care_seniors/dental_care.asp>
  5. ^ Basker, R M; Davenport, J C; Thomason, J M (2011). Prosthetic Treatment of the Edentulous Patient (edisi 5th). John Wiley & Sons Ltd, West Sussex, UK: Wiley-Blackwell. m/s. 214–217.