Gigi telur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anak bayan Senegal dua minggu selepas menetas. Gigi telur berdekatan hujung paruh atas.

Bagi sesetengah haiwan bertelur, gigi telur merupakan bonjol yang kecil dan tajam pada kranium (bukan betul-betul gigi) yang digunakan oleh anak untuk memecah permukaan telur ketika menetas. Ia terdapat pada kebanyakan burung dan reptilia, bahkan juga pada monotrem (platipus dan ekidna), katak Eleutherodactylus dan labah-labah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]