Gila-Gila Pengantin Remaja
| Gila-Gila Pengantin Remaja | |
|---|---|
| Pengarah | Aziz M. Osman |
| Penulis | Aziz M. Osman |
| Dihasilkan oleh |
|
| Dibintangi | |
| Sinematografi | Indra Che Muda |
| Disunting oleh | Aziz M. Osman |
Syarikat penerbitan | |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 105 minit |
| Negara | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
Gila-gila Pengantin Remaja ialah filem komedi romantik Malaysia 2004 terbitan bersama dua pengarah terkemuka Malaysia, Yusof Haslam dan Aziz M. Osman. Genre filem ini ialah komedi dan merupakan sekuel kepada filem Gila-Gila Pengantin.
Plot
[sunting | sunting sumber]Filem ini mengisahkan Amir dan Mastura yang bakal menduduki peperiksaan SPM, berikrar akan berkahwin selepas tamat pengajian di universiti. Percintaan mereka dicemburui Fandi, rakan sekelas Mastura. Bapa saudara Amir, Bakar (seorang kaki pukul) memberi galakan kepada Amir untuk terus belajar hingga ke menara gading. Kakak Mastura, Anita (jurujual barangan kecantikan) percaya masa depan yang cerah tidak semestinya bergantung pada kelulusan akademik. Ketika SPM berlangsung, Mastura terlewat menghadiri ujian kertas Matematik dan kecewa kerana berasa sudah gagal dalam peperiksaannya. Anita pula berpendapat Mastura harus mula mencari calon suami kaya. Amir kecewa apabila mengetahui Mastura ditunangkan dengan Fandi. Namun, dia terkejut dan terdesak apabila mendapat tahu Mastura diminta kahwin secara tergesa-gesa bagi menutup malu apabila Fandi ditangkap berkhalwat dengan gadis lain. Menjelang perkahwinan Mastura dan Fandi, Amir melarikan Mastura ke selatan Thailand untuk bernikah. Dari sinilah bermulanya keriuhan dan kekecohan.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Zahnita Wilson sebagai Mastura, Adik Anita dan teman wanita, kemudian isteri Amir. Seorang pelajar sekolah yang rajin dan mendapat keputusan cemerlang dalam SPM walaupun tidak sempat habis menjawab soalan matematik kerana terlambat bangun tidur.
- Juliana Banos sebagai Anita,Kakak kepada Mastura yang bekerja sebagai penjual jamu dan barang urut yang tidak menyukai hubungan Mastura-Amir.Di akhir cerita Anita berkahwin dengan Bakar
- Afdlin Shauki sebagai Bakar "Burn" ,Bapa saudara Amir yang bekerja bouncer kelab malam. Tertarik hati pada Anita, tetapi tidak menyukai Anita yang terlalu jual mahal dan mengatur hidup adiknya. Kelemahannya adalah takut gelap. Berkahwin dengan Anita pada penghujung cerita.
- Beego sebagai Amir,Teman lelaki, kemudian suami Mastura dan anak saudara Bakar. Seorang pelajar sekolah yang rajin dan berdikari. Mendapat keputusan cemerlang dalam SPM.
- Zed Zaidi sebagai Fandi,Anak Tuan Rustam dan Puan Rosmah yang menjadi playboy dan bakal suami Mastura setelah tamat peperiksaa SPM. Seorang pelajar sekolah yang malas belajar dan gemar berseronok. Kelemahan lidah pendek dan takut lagu Happy Birthday nyanyian M Shariff
- AR Badul sebagai Rustam, suami Rosmah dan ayah Fandi. Gemar berfoya-foya dan melanggan GRO di kelab malam.
- Saiful Apek sebagai Wong, pemandu lori yang membawa beras seludup. Menumpangkan Amir dan Mastura ke sempadan Thailand-Malaysia. Bekerja dengan Rustam pada akhir cerita setelah dibebaskan dari penjara.
- Sheila Mambo sebagai Rosmah, isteri Rustam dan ibu Fandi. Terlalu memanjakan anaknya dan sibuk dengan persatuan wanita yang disertainya.
- Aimi Jarr sebagai Badar, sahabat Rustam.
- Kamarool Haji Yusoff sebagai Cikgu Disiplin
- Dol Baser sebagai Guru Sekolah
- Said Prono sebagai Pengemudi Bot
- Kumpulan Les Sekinchan
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]- Festival Filem Malaysia ke-17, 2004
- Anugerah Khas Juri - Filem komedi