Gilgamesh (Fate/stay night)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gilgamesh

Gilgamesh ialah seorang watak fiksyen daripada sebuah novel visual dan siri anime Jepun berjudul Fate/stay night ciptaan TYPE-MOON.

Gilgamesh merupakan Servant kelas Archer yang bersifat sombong, enigmatik dan mementingkan diri sendiri. Dia telahpun biasa mendiami Bandar Fuyuki dan menjelaskan bahawa dia mempunyai hubungan dengan Saber. Seringkali berpakaian perisai emas, dia memiliki sebuah koleksi Noble Phantasm yang tidak terkira jumlahnya, meskipun setiap satu daripadanya tidak mewakili identitinya yang sebenar.

Seiyū watak Gilgamesh ialah Tomokazu Seki, dan alihan suara versi Inggeris dilakukan oleh Grant George.

Status Servant[sunting | sunting sumber]


Master: Kirei Kotomine Tokiomi Tōsaka Jantina: Lelaki Warna: Emas
Penjajaran: Baik Kegila-gilaan Baik Kegila-gilaan Ketinggian: 182 cm Kebolehan: Kekayaan
Noble Phantasm: EX EX Berat: 68 kg Kegemaran: Dirinya sendiri, kuasa
Kekuatan: B B Rintangan Sihir: E (C) Tidak suka: Dirinya sendiri, ular
Ketahanan: C B Tindakan Bebas: A+ (A) Musuh: Archer, Rider, Saber
Ketangkasan: C B Undang-undang Emas: A
Mana: B A Karisma: A+
Tuah: A A Ketuhanan: B (A+)


Kebolehan[sunting | sunting sumber]

  • Rintangan Sihir
Tahap: E (C)
Kebolehan untuk membatalkan sebarang kesan sihir yang digunakan ke atas diri sendiri. Dia tidak mampu membatalkan sihir. Namun, dalam Peperangan Holy Grail ke-4, sebelum dirinya dihancurkan oleh kandungan Holy Grail, Gilgamesh mampu menangkis sihir yang memerlukan dua rangkap atau kurang.
  • Tindakan Bebas
Tahap: A+ (A)
Kapasiti seorang Servant untuk kekal hidup tanpa seorang Master. Sebaik sahaja diubah menjadi Servant bersifat jahat oleh Holy Grail, dia tidak lagi memerlukan sumber mana daripada seorang Master untuk mengekalkan kewujudannya di dunia. Sebaliknya, dia hidup menggunakan nyawa manusia lain, terutamanya kanak-kanak, untuk mengekalkan kewujudannya. Mahupun sebelum perubahan ke atas dirinya berlaku, Gilgamesh telahpun memiliki kebolehan tinggi untuk bergerak secara bebas, mampu bertarung dengan sebaik mungkin tanpa memerlukan sokongan daripada Masternya, meskipun masih memerlukan sumber mana tambahan untuk menggunakan Noble Phantasmnya pada tahap maksima.
  • Undang-undang Emas
Tahap: A
Dalam sejarah dan mitologi, individu-individu yang ditakdir memiliki harta dan kekayaan yang tidak ternilai dikenalpasti sebagai pemilik Undang-undang Emas (Golden Rule). Dikalangan individu tersebut, Gilgamesh merupakan pemilik kemewahan zenit, kerana dia mempunyai harta kekayaan yang mencukupi untuk membeli apa sahaja yang diperlukannya di dalam mana-mana era penyeruan.
  • Karisma
Tahap: A+
Kebolehan semula jadi untuk mengarahkan sekumpulan tentera. Bukan sahaja memiliki kekayaan yang tidak ternilai jumlahnya, Gilgamesh juga mempunyai kekuatan keyakinan yang sama nilainya. Dengan kebolehan ini, dia mampu memberi inspirasi dan arahan kepada tentera-tentera dalam pelbagai jenis saiz, membekalkan mereka keghairahan dan rasa bangga diri untuk dirinya dan objektifnya sehingga keberkesanan pertarungan tentera di bawah arahannya meningkat dengan mendadak.
  • Ketuhanan
Tahap: B (A+)
Tahap kekuatan seorang dewa di dalam darah makhluk. Kebanyakan daripada kekuatan Gilgamesh lahir daripada darah yang diwarisinya. Dikalangan beratus individu lagenda dalam sejarah mitologi, Gilgamesh pada asalnya memiliki darah dewa yang paling pekat, disebabkan dirinya sendiri yang dikatakan 2/3 Tuhan. Walaubagaimanapun, sikapnya yang megah dan seringkali mengingkari perintah di dalam kehidupan, termasuklah sikap tidak menghormati dewa-dewa lain, telah mengakibatkan dirinya dihina oleh ramai dewa dewi. Sebagai pembalasan di atas tindakan-tindakan Gilgamesh tersebut, sifat ketuhanannya telah diturunkan satu tahap penuh.


Noble Phantasm[sunting | sunting sumber]

Gilgamesh, dalam pakaian biasa, menggunakan Gate of Babylon
  • Gate of Babylon (ゲート・オブ・バビロン Gēto obu Babiron?): Perbendaharaan Raja (王の財宝 Ō no zaihō?)
Tahap: E ~ A++
Jenis: Anti-Tentera
Sebilah pedang biasa, bersaiz kecil, mempunyai peranan besar sebagai kunci ruang angkasa, membenarkan Gilgamesh untuk mengakses harta kekayaannya dalam sebuah peti jauh di dalam bilik rahsia purba Babylon. Di dalam bilik ini terdapat sejumlah besar Noble Phantasm yang dikumpulkan pada kemuncak tamadun Uruk. Gilgamesh menggunakan senjata-senjata ini sama ada dengan melontar mereka sebagai senjata atau menembak mereka keluar daripada peti tersebut seperti roket; kebolehan Noble Phantasm inilah yang menentukan Gilgamesh sebagai Servant kelas Archer. Sebarang senjata atau artifak yang digunakan daripada Gate of Babylon kembali semula ke peti mereka dalam suatu jangka masa yang tidak ditentukan. Gilgamesh kurang berkebolehan dalam menguruskan setiap satu daripada senjata yang terdapat dalam petinya, justeru dia hanya menembak senjata ini sebagai projektil; dalam keadaan tertentu, Gilgamesh akan menarik keluar senjata daripada Gate of Babylon dan menggunakannya sebagai senjata utama. Beberapa Noble Phantasm (yang disenaraikan di bawah) membawa kepentingan tertentu dalam Fate/stay night.
Merodach
  • Merodach (メロダック Merodakku?): Dosa Asli (原罪 Genzai?)
Tahap:
Jenis: Anti-Unit
Sejenis Noble Phantasm yang tidak berhias namun berkilat apabila dipandang yang mempunyai tenaga sihir tinggi. Merodach merupakan sumber kepada pedang lagenda bersifat jahat iaitu Gram dalam mitologi Norse, yang dikenali juga sebagai Balmung dalam Kitaran Cincin Nibelungenlied dan sebagai Nothung dalam Kitaran Cincin Richard Wagner, yang dipikul oleh Sigurd dalam Kisah Völsunga yang menarik keluar senjata tersebut daripada sebatang pokok. Sebaliknya, Caliburn, iaitu pedang berwarna emas yang ditarik keluar daripada sebiji batu oleh Raja Arthur, telah dicipta melalui skematik pedang Gram. Meskipun tidak terkenal jika dibandingkan dengan kedua-dua warisnya, kekuatan dalaman pedang Merodach sebagai Noble Phantasm melebihi kuasa Gram dan Caliburn. Nama pedang ini memberi penghargaan kepada ketua dewa dalam tamadun purba Sumeria dan dewa penaung Babylon, iaitu Merodach.
Durendal
  • Durendal (デュランダル Dyurandaru?): Pedang Mahsyur Tiada Tandingan (絶世の名剣 Zessei no meiken?)
Tahap:
Jenis: Anti-Unit
Pedang suci bercahaya ini telah disihir oleh tiga keajaiban, tidak membenarkan bilahnya beransur pudar sama sekali meskipun Mana penggunanya kering. Lagenda purba menyebut Durendal sebagai pedang yang kebal dan tidak boleh dimusnahkan, serta mengatakan bahawa pedangnya pernah digunakan oleh Hector, seorang pejuang berkebolehan yang bertarung dalam Iliad Homer. Kemudian, pedang ini menjadi popular sebagai pedang yang diberikan kepada seorang paladin bernama Roland oleh Maharaja Rom Suci iaitu Charlemagne, yang asalnya menerima pedang tersebut daripada seorang malaikat.
Gilgamesh, bersenjatakan Ea dan Enkidu
  • Enkidu (エルキドゥ Erukido?): Rantai Syurga (天の鎖 Ten no kusari?)
Tahap:
Jenis: Anti-Unit
Salah satu daripada bahan peninggalan yang digunakan oleh Gilgamesh dalam kehidupannya, rantai ini dihasilkan khas untuk mengunci para dewa, walaupun tidak berkesan ke atas musuh-musuh yang tidak atau mempunyai sifat ketuhanan yang kecil. Meskipun bukan Noble Phantasm sebenar, Enkidu merupakan senjata yang paling dipercayai oleh Gilgamesh. Artifak ini merupakan penghargaan kepada rakan lama Gilgamesh iaitu Enkidu, dan merupakan satu-satunya rantai yang merantai Bull of Heaven dalam lagenda Babylon.
Gilgamesh mengaktifkan Enûma Elish
  • Enûma Elish (エヌマ・エリシュ Enuma Erishu?): Bintang Kewujudan yang Membelah Syurga dan Bumi (天地乖離す開闢の星 Tenchi kairisu kaibyaku no hoshi?)
Tahap: EX
Jenis: Anti-Dunia
Sebilah pedang berbentuk seperti sebatang tiang yang tidak bercahaya, terukir dengan huruf-huruf merah dalam tulisan Cuneiform. Dengan pengeluaran kuasa yang setanding dengan Excalibur, pemutaran ketiga-tiga bilah Ea mensegmen vakuum dan memampatkan gas atmosfera disekelilingnya. Apabila diaktifkan, letupan pergolakan yang kuat berlaku, memutuskan asas-asas realiti dan mengakibatkan kehancuran masa dan ruang, meluluhkan segala benda di dalam kawasan serangan. Bahan komponen Ea tidak mempunyai asal-usul dalam dunia hidup; berbeza daripada senjata-senjata lain, pedang ini tidak boleh disalin melalui penyurihan. Ini merupakan Noble Phantasm yang paling berkuasa dalam simpanan Gilgamesh. Pedang ini tidak mempunyai nama sebenar, namun Gilgamesh merujuk kepadanya sebagai Ea, dan Enuma Elish merupakan kata-kata untuk membangkitkannya. Perkataan Enûma Elish merupakan kiasan kepada epik penciptaan Babylon, dan Ea merupakan dewa penaung kepada elemen air di Babylon.


Identiti Sebenar[sunting | sunting sumber]

Gilgamesh tidak pernah sesekali mencuba untuk menyembunyikan identitinya sebagai Raja Sumeria lagenda iaitu Gilgamesh. Dia merupakan anak lelaki Lugalbanda, Raja Uruk ke-3, dan ibunya iaitu seorang dewi bernama Ninsun. Dilahirkan ke dunia dalam keadaan kaya-raya dan mewarisi sifat ketuhanan yang lebih pekat daripada kebanyakan makhluk separa-dewa, Gilgamesh membesar menjadi penaung yang angkuh lagi zalim. Rakyatnya, merasai Gilgamesh melayan mereka dengan kekasaran melampau, telah menyembah Anu, iaitu Raja dewa-dewa Sumeria untuk menghulurkan bantuan. Anu, menyedari akan kekejaman Gilgamesh sebagai suatu tindakan yang dilakukannya di atas perasaan bosan, mencipta Enkidu, sebagai seorang lawan setanding dan menarik perhatian Raja Segala Perwira itu.

Enkidu menjadi raja segala binatang, menyerang mereka yang memburu binatang kesayangannya. Seorang penjerat, berasa terganggu dengan kehadiran Enkidu, telah meminta nasihat daripada Gilgamesh, yang mencadangkannya menerima bantuan seorang paderi wanita, iaitu Shamhat. Enkidu "ditamadun" menerusi daya tarikan Shamhat, dan selama-lamanya terpisah daripada binatang-binatang yang dilindunginya. Dia kemudian menjalani kehidupan yang sepi, membantu para penjerat dan pengembala, namun perasaannya yang berkelana telah membawanya ke bandar utama Sumeria, iaitu Uruk. Di sana, dia tertarik ke sebuah majlis perkahwinan, di mana dia mendengar Gilgamesh, dengan bangga dirinya, menyatakan haknya untuk meniduri pengantin dara itu. Apabila Gilgamesh mendekati bilik tidur para pengantin itu, Enkidu dengan penuh perasaan geram telah menghalang Gilgamesh, dan kedua-dua lelaki itu telah bergusti dengan diri masing-masing.

Gilgamesh dan Enkidu adalah setanding dalam pergaduhan mereka, namun Gilgamesh mendapat sedetik peluang keemasan di dalam posisinya yang menguntungkan dan menekan diri Enkidu di lantai. Berasa tertarik dengan kekuatan lawannya, Enkidu memuji Gilgamesh, dan mereka berdua bersumpah menjadi rakan seperjuangan. Gilgamesh mencadangkan kepada rakannya untuk mengembara ke Cedar Forest untuk membunuh makhluk separa-dewa iaitu Humbaba, yang berperanan sebagai penjaga kepada dewa-dewa. Gilgamesh berjaya memegang Humbaba dan menunggu Enkidu untuk menghabiskannya. Namun, Enkidu menyedari bahawa Gilgamesh akan menjadi terkenal sekiranya dia membunuh Humbaba, justeru menghiraukan rayuan Humbaba supaya menunjukkan belas kasihan, Gilgamesh memotong kepalanya. Mereka kemudian memotong pokok sedar yang paling tinggi dan, menggunakan kayu balaknya, mencipta sebuah rakit yang digunakan mereka untuk kembali ke Uruk melalui Sungai Euphrates.

Dewi Ishtar yang tertarik dengan kejayaan Gilgamesh menawarkannya peluang untuk menjadi isterinya. Namun Gilgamesh telah menolak tawarannya ini, memikirkan takdir yang menunggunya sepertimana yang telah berlaku kepada lelaki-lelaki lain yang telah mencintai dewi tersebut menemui ajal dalam cara-cara yang dahsyat. Berasa kecewa dan marah di atas keputusan Gilgamesh, Ishtar memintah ayahnya, Anu, untuk menghantar Bull of Heaven untuk menghapuskan Gilgamesh dan menghancurkan Uruk. Lembu jantan tersebut telah menyerang Sumeria buat beberapa tahun, namun dengan bantuan Enkidu, Gilgamesh sekali lagi membuktikan kebolehannya untuk menahan kekuatan musuh gergasi itu dan membunuhnya.

Berasa marah di atas kematian binatang ajaib itu, Ishtar menuntut kematian salah satu daripada pahlawan-pahlawan itu sebagai hukuman pembalasan. Dewa Shamash datang untuk menarik nyawa mereka; Gilgamesh dibenarkan untuk hidup, namun Enkidu disumpah untuk mati kerana mengganggu niat yang sakti. Beberapa ketika setelah berlalunya ujian ini, Enkidu diserang penyakit yang membawa maut dan terseksa selama dua belas hari. Pada saat-saat akhir hidupnya, dia dapat melihat kehidupan yang muram di dalam mimpinya setelah dirinya berada di alam baqa kelak, dan menyumpah mereka yang menyebabnya menjadi begitu. Gilgamesh telah bersedih di atas tubuh badan Enkidu yang tidak lagi bernyawa saban hari, namun setelah Gilgamesh berasa gerun menerima takdir yang sama, dia telah memulakan pengembaraan mencari kehidupan yang abadi.

Gilgamesh mencari Utnapishtim, bekas raja Shuruppak yang terselamat Deluge dengan mencipta sebuah bahtera seperti yang dinasihatkan oleh dewa Ea. Sebagai penyesalan kepada genosidnya ke atas umat manusia, dewa-dewa Semuria memberi Utnapishtim keabadian hidup dan membawa jauh ke Dilmun, iaitu Penghujung Dunia. Setelah mengembara melepasi Gunung Mashu dan melalui Taman Permata, Gilgamesh merentasi Sungai Kematian dan bertemu dengan Utnapishtim.

Utnapishtim menjelaskan bahawa kehidupan abadi boleh dicapai jika Gilgamesh kekal sedar buat enam hari dan tujuh malam; Gilgamesh telah cuba melakukannya, namun mula berasa letih. Gilgamesh berasa kecewa di atas kegagalannya, namun Utnapishtim menawarkan suatu jalan alternatif; terdapatnya herba ajaib, yang hanya tumbuh di lantai laut yang mengelilingi Dilmun, yang akan menganugerahkan kehidupan yang berkekalan kepada sesiapa sahaja yang memakannya. Gilgamesh berjaya menerima herba tersebut, namun berasa ragu-ragu terhadap sifatnya, justeru membuat keputusan untuk mencuba herba tersebut kepada orang-orang tua di Uruk.

Dalam perjalanan pulang, seekor ular telah menelan herbanya tersebut semasa Gilgamesh mandi; kecewa, Gilgamesh hanya mampu bersedih di atas kehilangannya itu. Sebaik sahaja sampai di Uruk, Gilgamesh menatap dinding-dinding disekeliling bandar tersebut yang dibinanya, dan menyedari bahawa manusia biasa tidak dapat melarikan diri daripada takdir, kerana kehidupan abadi yang sebenar-benarnya hanya boleh dicapai melalui kitaran lagenda yang ditinggalkan oleh umat manusia.

Peranan[sunting | sunting sumber]

Gilgamesh pada asalnya diseru oleh Tokiomi Tōsaka dalam Peperangan Holy Grail yang ke-4; Tokiomi telah menggunakan fosil kulit pertama yang disalin seekor ular sebagai bahan pemangkin. Namun setelah Tokiomi meninggal dunia, Gilgamesh telah mengambil bahagian disamping Kirei Kotomine untuk mendapatkan Holy Grail, bertujuan untuk "membasmi" dunia daripada umat manusia, yang dianggap Gilgamesh sebagai suatu kediaman yang kotor dan berkeadaan teruk, justeru tidak sesuai untuk diperintahnya (menurut senario Unlimited Blade Works, Gilgamesh ingin memerintah dunia yang dipenuhi makhluk-makhluk terhormat dan kuat). Apabila Kiritsugu Emiya membunuh Masternya, Gilgamesh kekal wujud di dunia fizikal sehingga dirinya diracuni oleh pencemaran yang terkandung di dalam Holy Grail. Seorang Servant yang bersentuhan dengan cecair ini biasanya akan menghancurkan ego dirinya, namun Gilgamesh telah menentang racun tersebut daripada akur kepada kejahatannya. Namun, kepekatan cecair tersebut telah mengubah semangat rohnya menjadi darah dan daging, justeru Gilgamesh menjadi lebih luar biasa dan mudah teruja.

Dalam Fate/Zero, Gilgamesh bertanggungjawab sebagai pembunuh kepada Servant kelas Rider iaitu Iskander, Raja Segala Naungan. Gilgamesh menentang Saber dalam pertarungan terakhir mereka yang epik, namun telah diganggu oleh kehancuran Holy Grail.

Meskipun mampu wujud secara bebas daripada genggaman Kotomine, Gilgamesh terus bekerjasama dengan Master lamanya itu, yang telah dibangkitkan semula oleh kuasa ajaib Holy Grail tersebut. Dengan bantuan Kotomine, Gilgamesh mampu menyimpan lalu mengumpul Mana yang banyak untuk kegunaan Noble Phantasmnya menerusi pencernaan roh-roh manusia daripada anak-anak yatim yang terperangkap di dalam api pada penghujung peperangan ke-4. Gilgamesh juga turut mendapat sejenis posyen yang mengekalkan rupanya yang muda melalui peti rahsianya, sekaligus mengurangkan umur fizikalnya dan membenarkannya kelihatan normal dikalangan masyarakat setempat.

Gilgamesh merupakan antagonis dalam setiap senario Fate/stay night. Dalam senario Fate, Gilgamesh membunuh Caster setelah ahli sihir itu menyerang kediaman Shirō, dan kemudian telah menyerang hendap Shirō dan Saber dalam temu janji mereka. Di penghujung senario ini, Gilgamesh terbunuh apabila bertarung dengan Saber pada saat-saat akhir di Kuil Ryūdōji dipuncak Gunung Enzō.

Gilgamesh menggunakan Enkidu ke atas Berserker

Gilgamesh lebih aktif di dalam senario Unlimited Blade Works, di mana dia memainkan semula wataknya sebagai penjahat terakhir; setelah dengan mudahnya membunuh Illya dan Berserker, dia "dipinjamkan" kepada Shinji Matō setelah Servant asal Shinji, iaitu Rider, dibunuh oleh Sōichirō Kuzuki. Gilgamesh telah cuba untuk menggunakan Shinji sebagai saluran kepada Holy Grail, namun dia dibunuh oleh Archer setelah berhadapan dengan lawannya yang sukar ditewaskannya, iaitu Shirō. Gilgamesh mempunyai peranan yang kecil di dalam senario Heaven's Feel, di mana dia telah mencederakan Dark Sakura dengan parah menggunakan Gate of Babylon. Walaubagaimanapun, dia telah memandang rendah ke atas kebolehan Dark Sakura untuk sembuh dengan pantas, dan akhirnya ditelan hidup-hidup oleh bayang-bayangnya.

Dalam Fate/hollow ataraxia, Gilgamesh sekali lagi meminum posyen kemudaannya, dan mengelakkan dirinya daripada berinteraksi dengan mana-mana bekas Servant atau Master. Sebagai seorang kanak-kanak, dia sangat popular dikalangan kanak-kanak lain, mengekalkan karisma dirajanya namun tetap bersifat ramah. Apabila Shirō bertemu dengan Gilgamesh yang kecil, dia tidak mengenali identitinya dan berasa terpegun apabila membandingkan diri Gilgamesh yang dewasa, bersifat angkuh dan mementingkan diri sendiri dengan kanak-kanak yang dilihatnya pada waktu itu. Sewaktu berlakunya gerhana Fuyuki, Gilgamesh berubah kembali ke bentuk dewasanya dan membantu Servant lain menghapuskan makhluk Bayang-bayang Serigala, memberi peluang kepada Avenger untuk maju ke Heaven's Feel.