Gin pahit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Gin Pahit adalah sejenis minuman beralkohol diperbuat dengan gin dan arak pahit, seperti yang dinikmati pada zaman penjajahan British di Malaya.

Resipinya, menurut dengan perkhidmatan makanan dan minuman Raffles Hotel, adalah 1½ auns gin dan ½ auns arak pahit Angostura. Sekurang-kurangnya satu buku pada minuman dari 1930an menjelasnya sebagai serupa dengan pink gin, yang akan menandakan lebih kurang pahit.

Minuman ini sering disebut-sebutkan dalam penulisan W. Somerset Maugham berikutan duduknya beliau bertahun-tahun di kepulauan Melayu termasuk cerita pendek "P. & O." (1926), "Footprints in the Jungle" , "The Book-Bag" dan "The Letter" serta dalam novel The Narrow Corner dan The Outstation. Ia turut tampil dalam cerita The Return of Jeeves karya P. G. Wodehouse.